Peperangan membasmi dadah yang dilupakan
The forgotten war on drugs

Oleh Earl Ofari Hutchinson

SAN FRANCISCO - Andaian akan tercapainya kemenangan memerangi Taliban, mencetuskan bahaya ledakan penggunaan dadah di bandar-bandar Amerika. Bahaya ini sudah pun dirakamkan dalam satu laporan betapa rakan kongsi Washington dalam peperangan kali ini, Pakatan Utara, yang amat ghairah mahu mengalahkan Taliban, memang giat dengan perdagangan dadahnya.

Mohamad Amirkhizi, seorang penasihat kanan PBB dalam pengawalan dadah, mendedahkan bahawa hampir kesemua pengeluaran dadah ‘opium’ yang digunakan untuk pengeluaran candu, dan beberapa jenis najis dadah yang lain, kini ditanam hanya di kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Utara.

Walau pun pegawai AS mempertikaikan dakwaan Taliban betapa larangannya tahun lalu terhadap penanaman opium ini adalah sah, pegawai PBB menyatakan larangan itu memang berkesan sehinggakan penjualan dadah sudah semakin menurun. Pada tahun 1999, sebelum dikenakan larangan itu, Afghanistan menghasilkan 75 peratus bekalan candu dunia, mengikut para pegawai PBB. Pada tahun itu juga Afghanistan mengeluarkan 4,000 ton candu, satu rekod dunia. Para pemimpin Pakatan Utara, tidak pula memberikan jaminan mereka akan menghentikan penanaman dan penjualan candu walau pun mereka sekarang menguasai hanya 10 peratus negara itu.

Kalaulah Pakatan Utara itu berjaya menjadi hanya satu kuasa ketenteraan utama di Afghanistan dengan penyingkiran Taliban, penanaman candu dan penjualannya akan naik mencanak lagi. Malahan setiap kerajaan pasca Taliban memerlukan dana yang cepat dan hebat untuk membaik-pulih negara dan membantu mereka yang lama merana.

Usaha membanteras dagangan dadah menghadapi masalah besar. Ketua pengawalan dadah PBB, Pino Arlacchi, mendakwa bahawa perniagaan dadah Afghanistan dikuasai oleh beberapa kumpulan penjenayah yang beroperasi di luar kawalan pihak yang berkuasa. Yang berkait dalam hal ini ialah peperangan dadah: Kerancakan industri dadah Afghan, akan menjejaskan aktiviti penanam di Latin Amerika yang masih merupakan pembekal utama dadah di Amerika, dan mereka terpaksa menaikkan harga dan meluaskan pasaran untuk dapat bersaing.

Ancaman ledakan najis dadah Afghan ini muncul pada ketika yang mencemaskan pihak pemulihan dadah. Selama ini mereka telah berjaya mempengaruhi lebih ramai orang Amerika betapa usah membanteras penyalahgunaan dadah dan mengubati pesakitnya adalah kaedah yang lebih baik daripada menghukum dan memenjarakan mereka. Apabila dadah semakin banyak ia akan merubah trenda ini.

Peningkatan bekalan ini akan menjadi suatu bencana hebat kepada kumpulan berkulit hitam dan Latinos, yang merupakan majoriti daripada 2 juta manusia yang kini terpenjara di Amerika. Mengikut laporan rasmi, walau pun orang kulit putih dan hitam menggunakan dadah pada kadar yang serupa, orang kulit hitam adalah 13 kali berkemungkinan dipenjarakan berbanding mereka yang berkulit putih. Mereka yang berkulit hitam dan Latinos adalah kumpulan yang lebih berkemungkinan menerima hukuman yang lebih berat berbanding orang kulit putih yang melakukan kesalahan yang serupa.

Presiden Bush dan sekutu baratnya berkemungkinan mencapai kejayaan terhadap Osama bin Laden dan kumpulan Taliban. Mereka akan menghadapi kurang kejayaan betapa pun kejayaan mereka mencetuskan gadaian bencana kepada rakyat Amerika daripada serangan dadah yang akan membanjiri setiap penjuru buminya. 

Tamat. 
Terjemahan oleh SPAR - 30 Oktober 01

Hits:.