PAP, seperti UMNO, sedang berkuasa, tetapi risaukan masa depannya
(The PAP, like UMNO, is in control, but nervous of the future)

Oleh: MGG Pillai (artikel asal ada di HARAKAH terkini)

Walau pun PAP (People’s Action Party) sudah memerintah Singapura sejak 1959, kita dapati tidak ada puak pembangkang yang pernah menang pilihan raya dan mampu memberikan penentangan terhadapnya. Namun, PAP terus mengubah-suai perundangan dan kawasan pilihan raya untuk menjamin satu puak pembangkang yang lemah, sentiasa berkecamuk dan tidak mampu bersatu padu menyanggah satu gergasi yang sungguh teguh. Ia telah menghapuskan sistem kawasan pilihan raya yang diwakili oleh seorang perwakilan, dan memilih pemilihan beberapa orang wakil untuk sesuatu kawasan pilihan raya. Kawasan yang besar ini dulunya mempunyai empat orang wakil, kini ia ditambah untuk lima ataupun enam orang. Semuanya dikumpulkan dalam kawasan di mana kemungkinan adanya tenaga pembangkang. Memang tidak boleh disalahkan sistem ini, kerana tanpanya kumpulan minoriti akan kehilangan wakilnya di parlimen.
 
Apabila sebuah masyarakat autokrat didominasi oleh satu bangsa tertentu, seperti di Singapura dan Malaysia, suara minoriti itu akan kurang kedengarannya. Saya melihatnya di Malaysia di mana orang bukan-Melayu menjadi ahli Parlimen hanya daripada kawasan di mana kaumnya adalah yang majoriti, ataupun daripada kawasan pilihan raya di mana majoriti pengundi adalah orang Melayu yang menyokong Barisan Nasional. Di Kelantan, ada seorang wakil yang dipilih daripada kaum Cina sehinggalah tahun 1990, apabila kemudahan itu dipupuskan sebaik sahaja PAS memegang kuasa. Tetapi, mereka tidak boleh diabaikan, dan PAS terpaksa membuat peraturan memberikan mereka hak bersuara. Singapura mempunyai suara Cina seramai tiga per empat daripada keseluruhan pengundinya, berbanding Melayu yang mempunyai suara sekitar 55 peratus sahaja di Malaysia. Namun demikian, kelebihan bersuara ini memberikan kuasa meminggir itu lebih meyakinkan.
 
Strategi kerajaan PAP, walau pun tidak memberikan keuntungan yang terserlah dalam pilihan raya, memang tidak boleh dipersalahkan. Parlimen Singapura telah dibubarkan pada 18 Oktober, dengan hari penamaan calon dilaksanakan satu minggu kemudiannya, dan hari mengundi sembilan hari kemudian pada 3 November. Dewan persidangan yang baru akan dianggotai oleh 84 MP (Ahli Parlimen) bermakna bertambah satu dari yang dulu. Tetapi, kawasan pilihan raya telah dilakar semula dan diumumkan satu hari sebelum parlimen dibubarkan. Ini bererti pihak pembangkang tidak mampu berkempen dengan berkesan dalam satu waktu yang singkat. Pihak pembangkang mendakwa kerajaan PAP mengubah kawasan pilihan raya itu untuk menyingkir ataupun membesarkannya, termasuk kawasan yang secara tradisinya ia diberikan sokongan. Tetapi, Suruhanjaya Pilihan raya memang tidak boleh disalahkan kerana tindakan ini.
 
Kempen yang singkat ini telah diwartakan menjadi undang-undang, untuk menghindari usaha kerajaan, tetapi secara praktikalnya, adalah bertujuan untuk mengekang pergerakan pembangkang. Keadaan ini mungkin tidak berjaya di Malaysia, di mana parti kerajaan begitu bercelaru, dan diperlekehkan selalu kerana sikap kurang-tahu, seperti juga parti pembangkang; UMNO sedang dihantui masalah besar kerana PAS sentiasa menyanggahnya dalam kempen untuk menjuarai undi orang Melayu. Kerana kegagalan UMNO ini ia sudah kehilangan kepercayaan orang Melayu dan tidak lagi berupaya untuk menandingi tahap kecanggihan PAS yang sudah meningkat. Parti bukan-Melayu baik dalam kerajaan ataupun pihak pembangkang, terus beromong-kosong untuk terus kehilangan penyokong. Perdebatan politik terus kehilangan martabatnya apabila UMNO, bukannya PAS, yang mahukan status negara Islam cadangannya itu diiktiraf, walau pun ciri-ciri melayakkan pengiktirafan itu amat berbeza dengan agenda PAS.
 
Apabila kerajaan PAP Singapura, melahirkan rencana perwakilan secara berkumpulan sebelum parlimen dibubarkan, segala dalil yang direncanakannya, telah diterima tanpa banyak soal ketika itu. Namun, ia memberikan satu gambaran yang tersembunyi betapa banyak yang tidak kena dengan pemerintahannya; dasarnya walau pun diterima dengan luas, membeza-bezakan rakyatnya sehingga menunggu masa untuk dipertikaikan. Selama 42 tahun berkuasa, ia telah meminggirkan lebih ramai orang Singapura daripada yang berani dimuslihatkannya. Sebab musababnya tidak pun siapa yang tahu; kerana sesiapa yang berani menyanggah menghadapi risiko yang tinggi harganya. 
 
PAP akan memegang tampuk kuasa hanya kalau ia mampu memimpin masyarakat Cina. Tetapi, kepimpinan itu sudah kelihatan goyah dan semakin menghampiri persoalan yang payah. PAP kerap mengadu-dombakan sesuatu masyarakat dengan yang lainnya, dengan kepercayaan inilah ciri-ciri menampilkan satu masyarakat yang hidup berasaskan meritokrasi. Tetapi, konsep kehidupan secara ini sudah dipersoalkan oleh satu masyarakat generasi yang terdidik, yang merupakan cucu-cicit generasi yang menerokai PAP untuk memegang kerusi kuasa. Inilah juga masalah yang sama menghantui UMNO, di mana ia meraih sokongan kepartian orang Melayu tetapi bukan lagi teras budaya Melayu itu. Bahaya semacam ini belum menghantui PAP lagi, tetapi dijangka akan muncul juga sebaik sahaja Penghulu besar mereka Mr. Lee Kuan Yew yang kini berusia 78 tahun, sudah tidak lagi bernyawa.
 
PAP yang memegang kuasa dengan cara autokrasi dan memerintah tanpa belas kasihan untuk menegakkan satu konsep pemerintahan yang tegap pendiriannya, di mana pihak pembangkang tidak pun berbisa. Tetapi, besar kemungkinan ia akan kehilangan kuasa yang unggul itu, apabila dan hanya ketika para pengundi berpendirian mereka tidak menyenangi lagi konsep pemerintahan seperti itu. Perkara semacam ini belum lagi akan berlaku. PAP akan menang besar kali ini, dengan kemunculan beberapa kerat MP yang bersuara lantang dalamnya. Singapura sedang dilanda krisis, ekonominya sedang merudum dan peristiwa September 11 di Amerika menyulitkan masalahnya lagi. Kisah Osama bin Laden dan penaklukan Afghanistan yang menyuntik kebangkitan terhadap Islam walau pun tidak disebut tetapi ternyata sudah wujud. Mr. Lee telah menyindir orang Melayu Singapura agar pergi berperang untuk puak Taliban.
 
Setiap satu krisis, apabila diada-adakan ataupun direncana memberikan ruang kepada PAP menekan kebangkitan rintihan dalaman. Masalah Malaysia-Singapura adalah salah satu isu yang sudah bertahun lamanya berjaya memerangkap minda orang Cina Singapura agar takut dan curiga kepada kemungkinan bangkitnya ketuanan Melayu. Serangan pengganas di Amerika Syarikat, dan tanggapan umat Islam untuk berjihad selari dengan laungan Osama bin Laden, kemunculan anthrax dan keganasan di Amerika Syarikat, telah berjaya menarik minat rakyat Singapura untuk bersatu menyokong hanya satu parti politik di Singapura dalam usaha menepis kebangkitan Islam, dan segala bencana daripada menjenguk bumi Singapura. Mereka beranggapan parti itu berjaya menampan kebangkitan kemarahan Islam di Malaysia dan Indonesia terhadap pengeboman di Afghanistan.
 
Pembangkang Singapura, menjerit terhadap sikap politik sempit ini tanpa kejayaan, kerana bukan mudah usaha itu. Walau pun wujud kumpulan pembangkang yang tidak rasmi untuk melawan konsep pilihan raya Singapura itu, kerajaan berjaya melumpuhkan usaha mereka. Para pemimpinnya dan bukannya parti politik mereka yang menjadi tontonan ramai, seperti di Malaysia. Selagi mereka berperanan begitu, mereka akan menjadi bercelaru dan mudah ditumpulkan ketokohan mereka oleh kumpulan yang berseteru. Adalah menjadi usaha kerajaan Singapura dan Malaysia untuk mengekalkan status quo semacam itu. Kerana itu PAS dan DAP, sentiasa bertelagah sesama mereka. Kerana itu Dato’ Fadhil Noor dan Mr.Lim Kit Siang tidak dapat berunding secara bertolak ansur kerana takutkan masyarakat beranggapan mereka terlalu mudah menyerah kalah. Tetapi, di Malaysia ramai orang yang berfikiran waras nampak segala kelemahan ini dan mulakan cabaran terhadap isu yang menonjol dan bukannya ketokohan mereka.
 
Pembangkang Singapura belum lagi nampak masalah yang besar melepasi yang kelihatan sekarang ini. Tetapi mereka berkemungkinan merampas kuasa dengan memenangi konsep GRC, yang dianggap oleh PAP sebagai hak mereka. Perkara ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Untuk memenangi cara ini memerlukan perancangan yang diatur untuk tiga ataupun empat pilihan raya umum lagi. Inilah cara memperkuatkan sokongan akar umbi, sambil menjangkakan wujudnya kekalahan dan penarikan diri, sehinggalah tiba masanya nanti seperti yang berlaku pada PAS pada pilihan raya 1990 di Kelantan dan pada 1999 di Terengganu.
 
Jadi, kenapakah PAP amat ghairah mendedahkan kecurigaannya terhadap masa depan? Ramai pemimpin yang ada belum pun lahir ketika PAP memegang kuasa pada 1959. Anak-anak zaman ini sudah semakin tertekan dengan keadaan kerajaan mentadbir negaranya. Ia berjaya membangun berasaskan kelemahan negara jirannya, menjadi sebuah negara maju dunia pertama, yang dikelilingi oleh jiran dunia ketiga. Kesannya ia menarik segala kebencian dan kemarahan daripada segenap kawasan sempadannya. Kemelesetan Singapura telah menggoncang keyakinan terhadap kebangkitan ekonominya. Mereka yang terus terjejas adalah mereka yang selama ini keseronokan menikmati ekonomi global, dan inilah mereka yang menyokong kerajaan untuk mendapatkan hak untuk menikmati keunggulan dan kemewahan dunia.
 
Setelah mencapai kemerdekaan dulu, pemimpin PAP Singapura mempunyai satu ikatan janji dengan rakyatnya. Sebagai gantian, mereka memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap politiknya. PAP telah memberi ruang kepada rakyat Singapura untuk menjadi kaya raya melalui perniagaan dan bukan melalui politik. Pihak pembangkang merasakan kebebasan mereka tersekat setelah Mr.J.B. Jeyaratnam menjadi pembangkang sejak 1967. Ini bererti ekonomi adalah pelancar kemenangan. Inilah yang membuatkan PAP pening kepala apabila krisis terus melanda. Pihak pembangkang akan menghadapi masalah besar kalaulah ia hanya memenangi satu kerusi dalam satu GRC, ataupun memenangi lebih banyak kerusi yang diramalkan oleh PAP, mungkin empat ataupun lima MP. Inilah yang diperakui oleh PAP setelah melihat segala sindiran itu di angin lalu. 

Terjemahan oleh SPAR - 30 Oktober 01.

Hits: