Keranda Misteri di Hospital Quetta, mungkin mengandungi mayat askar pasukan khas Amerika Syarikat

(Nine Mysterious coffins in Quetta hospital..)

ISLAMABAD: Okt 24 (PNS) Satu rahsia nampaknya masih menyelimuti bilik mayat hospital Quetta, Pakistan, kerana di sana ada terdapat enam keranda yang mencetuskan banyak teka-teki.

Tidak siapa yang tahu apakah yang terbaring dalam setiap keranda itu. Namun, orang dalam ada menyebut bahawa keranda itu menyimpan mayat pasukan khas tentera Amerika yang terbunuh di Afghanistan.

Pentagon setakat ini memperakukan tiga orang warga tenteranya yang kemalangan. Seorang telah terbunuh dalam kemalangan 'forklift' di Teluk dan dua orang juruterbang mati ketika helikopternya terhempas malam kelmarin. Namun, Taliban telah mendakwa ramai anggota komando AS yang terbunuh.

Para pengamat berkata Pentagon memang liat mengaku kematian sebenarnya kerana takutkan kemarahan rakyat Amerika. Ada seorang pakar berpendapat, AS enggan menerbangkan mayat itu pulang memandangkan keadaan reaksi negatif yang mungkin tercetus oleh tindakannya itu.

Setiausaha pertahanan, Donald Rumsfeld, mengaku semalam bahawa Taliban adalah lebih kental daripada yang disangka oleh pihak bersekutu. Dia memberitahu majalah mingguan 'US NEWS and WORLD REPORT': "Mereka memang satu kaum yang kental. Selama ini peperangan adalah kerjaya mereka dan mereka tidak mudah mengaku kalah."

Amiral Sir Michael Boyce, Ketua Pertahanan Britain, telah memberikan amaran dalam satu wawancara dengan New York Times betapa operasi serangan udara bersifat "serangan pantas" adalah tidak mencukupi. 

Terjemahan oleh SPAR - 30 Oktober 01.

Hits: