Kita Bersendirian
(We are all alone)

Oleh: Thomas L. Friedman

Biarlah saya fikirkan perkara ini dulu: Pakistan mengizinkan kita mengguna pengkalannya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat – dengan syarat kita mengbom hanya Taliban yang mempunyai nama bermula dengan ‘Omar’ dan yang tidak mempunyai saudara mara di dalam perkhidmatan risikan Pakistan. India menyokong kita pada hari Selasa dan Jumaat dengan syarat ia boleh mengbom pasukan Pakistani di Kashmir berselang hari. Mesir menyokong kita pada hari Ahad, dengan syarat kita tidak memberitahu sesiapa yang kita ada memberinya bantuan bernilai $2 bilion dollar setiap tahun. Yassir Arafat hanya menyokong kita selepas 10 malam pada hujung minggu, ketika orang Palestine yang telah menari di jalan raya ketika Pusat Dagangan Dunia sudah pun tidur lena. Pakatan Utara Afghanistan menyokong kita, dengan syarat kita bekalkan semua anggota tenteranya sandal baru dan berikan pasport Amerika Syarikat kepada 1,000 askarnya yang mula-mula tiba di Kabul.

Israel menyokong kita dengan syarat kita tidak mempertikaikan kegilaan 7,000 peserta Israel yang menduduki perkampungan Palestine yang berjumlah satu juta di Bahagian Gaza. Kuwait memang bersedia bersama kita, kerana kitalah yang menyelamatkannya daripada Iraq. Itu pun ada dua orang Islamis di Parlimen Kuwait yang menentang kita, kerana itu Emir tidak berani mengambil sebarang tindakan. Anda mesti faham perkara itu. Arab Saudi, memang bersedia bersama kita, tetapi mereka tidak berminat untuk berperang. Itu hanya mainan petugas istana. Tetapi jangan khuatir. Putera Alwaleed telah berjanji untuk menyewakan beberapa orang askar Bangladeshi melalui syarikat perkhidmatan Saudi - dengan menaikkan sedikit harga untuk mencari untung sahaja.

Keluarga di raja Saudi memang berminat menyerahkan fail polis mengenai 15 warga Saudi  yang terlibat merampas pesawat, tetapi itu akan dianggap melanggar kedaulatannya, dan anda tentu sedar betapa Saudi amat memelihara kedaulatannya – seperti cara Kedutaan Saudi di Washington yang bertindak menerbangkan semua suku sakat Osama bin Laden keluar daripada Amerika sejurus selepas September 11, dengan menaiki jet khas Saudi, sebelum mereka dapat ditemu siasat oleh FBI.

Kemudian wujud pula pilihan peribadi saya: Semua negara sekutu Arab-Muslim memang berminat melihat Osama Laden ditangkap dengan cepat, tetapi bulan suci Ramadhan semakin dekat dan dunia Islam tidak akan merelakan peperangan musim Ramadhan. Tetapi, anda mesti ingat akan Perang Timur Tengah 1973, yang dilancarkan oleh Mesir dan Syria terhadap Israel? Masih ingat lagi apakah yang mereka namakan peperangan itu di kalangan dunia Arab? “Perang Ramadhan” – begitulah namanya kerana waktu itulah ia bermula. Jadi, dunia Arab boleh melancarkan perang pada bulan Ramadan, tetapi tidak boleh diperangi pada waktu itu.

Saudaraku rakyat Amerika sekelian, aku amat tidak selesa menyebutnya, tetapi, tanpa sahabat kita Britain, kita terpaksa bersendirian. Di tahap akhirnya nanti, pasukan AS dan British yang terpaksa turun padang, dan menghapuskan Osama bin Laden (ataupun orang Osama Laden yang membinasakan tentera Amerika-British ? – penterjemah)

Mungkin anda mahu bertanya, kenapakah kita mempunyai ramai sekutu ketika perang Teluk dulu melawan Iraq? Ketika itu Saudi dan Kuwait membeli keahlian sekutu itu. Mereka telah menyogok tentera Syria dengan berbilion dolar kepada Damshik. Mereka telah menyogok kita dan pasukan negara barat dengan janji-janji untuk mengagihkan kontrak pemulihan semula dengan pelbagai kosnya. Malahan, Jepun ada  menyumbang wang, dan inilah yang memberikan kita keuntungan besar di peperangan Teluk dulu. Inilah yang dikatakan ‘Coalition R Us’

Pada kali ini kita terpaksa menanggung beban belanja sendiri, dan juga untuk orang lain. Malangnya, kehilangan 5,000 jiwa di New York masih tidak dapat merangsang seluruh dunia datang membantu. Sebahagian kesilapan itu adalah disebabkan kesilapan kita sendiri. Mesej yang bersifat unilateralis yang diucapkan oleh Bush pada hari pertama ketika memegang jawatannya, - untuk mengenepikan Perjanjian Iklim Kyoto, telah terlupakan perjanjian biologi, pengawalan senjata, dan seandainya dunia tidak menyukainya tentulah sukar jadinya. Ini semua sudah muncul kini untuk menghambat kita.

Siapakah yang boleh menempelak negara lain yang mahu menggoncang pembayar cukai Amerika Syarikat sedangkan Dick Amey dan pasukannya yang rakus di parti Republikan membuat perkara yang sama - membentangkan rang-undang-undang yang memberi ruang kelegaan terhadap pencukaian kepada golongan kaya-raya, para pelobi dan  syarikat besar, sedangkan tidak ada satu pun yang diperuntukkan kepada mereka yang akan bertarung nyawa dalam peperangan ini?

Nasihat saya: Cuba jangan pentingkan sebarang isu ini. Sebaliknya, tumpukan ingatan kepada para anggota bomba yang meluru memasuki bangunan yang sedang menyala tanpa menyoal, “Berapa harganya?” Fikirkan nasib ribuan para sukarelawan  AS yang telah tinggalkan pekerjaan mereka dan keluarga mereka untuk berjuang di Afghanistan tanpa menyoal, “Apa yang ada untuk aku?” Berbeza dengan tukang tumpang itu dalam sekutu kita, anak-anak muda Amerika itu sedar bahawa September 11 adalah hari keramat kita - hari pertama dalam peperangan yang adil untuk mengekalkan kebebasan kita, kepelbagaian kita, dan masyarakat demokrasi. Saya tidak peduli apakah  peperangan itu terjadi di waktu Ramadhan, Krismas, Hanukkah ataupun hari jadi Buddha -  perkara yang lebih bererti yang kita lakukan itu ialah satu peperangan sehinggalah keadilan itu tertunai.

Tamat
Terjemahan oleh SPAR - 30 Oktober 01.

Hits: