Serangan Media Cetak dan Internet Terhadap keADILan

Perancangan musuh keADILan begitu tersohor hari ini. Dengan mengeluarkan laporan fitnah dalam Malaysiakini yang menyatakan Sdr.Roslan Kasim memberikan kenyataan bahawa Prof. Chandra akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden adalah fitnah semata-mata. Dan beberapa artikel adu-domba dalam laman Malaysiakini serta laman pro-reformasi telah menyerlahkan lagi niat buruk musuh keADILan agar ahli-ahli parti bercakaran sesama sendiri.

Sehingga hari ini rumour mengatakan YB Azmin Ali akan menentang YB Datin Seri Dr. Wan Azizah untuk jawatan Presiden, dan beberapa perancangan menjatuhkan maruah beberapa orang pemimpin keADILan. Hasil siasatan unit psywar keADILan, Orang dari Parti UMNO dan Komponen BN adalah dalang utama dalam segala konflik ini. Dasar politik adu-domba amalan UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.

Malaysiakini juga dijadikan mangsa oleh UMNO, mereka telah diberi kata dua…. Untuk terus beroperasi, mereka perlu mengikut segala arahan UMNO dan KDN. UMNO-ONLINE berpura-pura tidak tahu dan langsung tidak menyiarkan artikel melaga-lagakan ahli keADILan.

Utusan Meloya dan Berita Hairan juga memainkan peranan penting untuk memastikan rakyat dipengaruhi, supaya menilai dan melabelkan keADILan bakal menjadi S46. Budaya UMNO akan terus diserap dalam keADILan supaya ia terus berkecamuk dan berantakan.

Musuh-musuh politik keADILan sudah tidak tahan dengan kekuatan keADILan yang berjaya mencorakkan suasana politik di Malaysia….dengan corak yang lebih versatile dan penuh harmoni dengan pendekatan baru serta cara berpolitik lebih professional dalam memberikan pendidikan ilmu serta celik politik kepada rakyat marhaen. Kita lihat macam mana isu Mohd. Sudin budak hingus proxy UMNO dalam Pemuda keADILan memainkan peranannya merosakkan keADILan dari peringkat dalaman, dia sentiasa membocorkan rahsia gerakan pemuda keADILan dan Pusat serta menjadi dalang adu-domba untuk melaga-lagakan pimpinan pemuda.

Beberapa ahli keADILan juga kini telah termakan budi sogokan proxy UMNO ini, dan ahli keADILan jenis ini juga telah menjadi duri dalam daging terhadap YB Datin Seri Dr. Wan Azizah …. Mereka-mereka ini begitu lemah lembut di hadapan YB Presiden, tapi yang sebenarnya agenda UMNO sedang mereka rancangkan di dalam keADILan. Telah ramai pendokong keADILan terkorban akibat permainan kotor ahli keADILan yang ditaja oleh UMNO ini.

Buat seluruh pendokong keADILan dan BA, kalian perlu berhati-hati dengan musang berbulu ayam…..musang-musang ini sentiasa berhampiran dengan anda, mereka akan menjadi kawan makan kawan…percayalah keikhlasan serta kebijaksanaan ahli keADILan dan BA segala permasalahan ini akan dapat di atasi.

Percayalah pengorbanan serta keimanan akan mengatasi segala-galanya. Kemenangan yang penuh bermaruah akan dikecapi oleh keADILan. Biarkan musuh-musuh BA terjun dengan labu-labunya….mereka kini berada di ambang kiamat…tunggulah hukum karma dari Allah swt.

Reformasi…Reformasi….Reformasi….Allah Hu Akbar….Allah Hu Akbar…..Allah Hu Akbar.

Rakyat Di Jajah UMCINO@BN  (RDJU) - 30/10/2001.

Nota webmaster: Jangan memandang ringan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam. Ini mungkin ada kaitannya dengan hukum karma ke atas manusia yang suka berpura-pura dalam perjuangan~webmaster

Hits: