OSAMA LADEN  ADALAH  TOKOHNYA

Daripada Arkib “The  Progressive” (http://www.progressive.org/webex/wxbin102401.html
November 1998.

Bahagian 1

Catatan Pengarang:   Eqbal Ahmad, seorang aktivis  terpelajar Pakistan meninggal dunia pada  Mei 11, 1999.   almarhum telah  memberikan satu   wawancara  kepada  David Barsamian  pada  November 1998 (kita-kira tiga tahun dulu) dan telah diterbitkan di akhbar ‘The Progressive”. Berikut  adalah   petikan daripada  temu bual itu.

S:   Anda  berada  di  Pakistan  ketika  Amerika Syarikat  mengbom Afghanistan dan Sudan. Apakah  yang  anda  lihat  daripada  semua itu?

Ahmad:  Amerika  Syarikat ialah  sebuah  kuasa  besar  yang  mendakwa mampu menjadi seorang hakim,  pendakwa  dan  juga  algojo. Anda tidak  sepatutnya biarkan sistem  itu membiak.  Kita tidak membenarkan  fenomena itu dalam sistem kita. Tetapi, kita biarkan sahaja  ia  membesar  untuk  menguasai  negara.  Kenapakah  Amerika Syarikat tidak membentangkannya  di  forum antarabangsa  dan dedahkan apa juga  yang  ia  dapat terhadap  Osama  Laden  sebelum mengbom Afghanistan  dan  kilang  di Khartoum? Kini sudah diketahui bahawa kilang yang dimusnahkan di Khartoum tidak pun mengeluarkan senjata kimia. Pada   1986, saya pernah melawat sebuah khemah di Afghanistan yang kemudiannya dimusnahkan oleh Amerika. Pada asalnya  khemah itu dibina dengan tajaan CIA. Amerika Syarikat  telah membelanjakan  sekitar $8 bilion  dollar  untuk menonjolkan ketokohan  Osama  bin  Laden.

S:   Apakah maksud  anda sebenarnya?

Ahamad:   Osama Laden telah dipikat oleh CIA  dan dilatih oleh  Amerika  untuk mempercayai  dengan  penuh ketabsuban  bahawa apabila  seseorang   asing melangkahkan kakinya  ke bumi anda sendiri, anda  harus  mencurigainya.  Osama Laden cuma menjalankan arahan  missinya   yang pernah  merupakan  akujanji utama beliau terhadap Amerika satu ketika dulu. Kini, dia  melaksanakan  misi itu terhadap Amerika kerana pada  anggapannya, Amerika  sedang  menakluk  tanah airnya. Itulah yang sebenarnya.  Dia membesar   melihatkan Arab Saudi dirompak di siang  hari  oleh  syarikat besar Barat dan  kuasa  barat.  Dia pernah melihat  warga Saudi, yang merupakan  sebuah keluarga bernegara,  menyerahkan  sumber  minyak  kepunyaan  orang Arab kepada  Barat. Sehinggalah  1991, dia   merasa lega  kerana  tanah airnya tidak dijajah. Tidak ada tentera   Amerika,  Peranchis  ataupun  British  yang  berpengkalan di Arab Saudi. Namun, kelegaan  yang secebis itu   telah  dinafikannya  ketika  tercetusnya Perang Teluk dan  peristiwa susulannya.

S:  Apakah asal usul  peranan CIA  di  Afghanistan?

Ahmad:   Apabila  Soviet  Union  masuk campur  dalam  perbalahan  perkauman  di Afghanistan,  seorang diktator fundamentalis di Pakistan, Zia ul-Haq, telah ditonjolkan ke  hadapan, dengan bantuan CIA dan  pergerakan  mujahidin. (Sedangkan Zia-ul-Haq dilantik oleh  Presiden   Bhutto  sebagai ketua  tentera  yang kemudiannya merampas kuasa dan  menjatuhkan  hukum mati  ke atas  Zulfikar Ali  Bhutto – pengarang)  Yang diwujudkan ketika itu  ialah sebuah  pergerakan fundamentalis  Islamia yang  terlalu pekat ketaksubannya untuk  mengganyang  apa yang  disebut  ketika itu oleh  dunia barat sebagai  ‘The Evil Empire’  (Empayar Keiblisan). Daripada  Amerika  sahaja, pergerakan ini menerima  $8 billion  dollar  banyaknya. Kemudian, campurkan pula  tambahan  $2 bilion dollar daripada  Arab Saudi yang  disalurkan  hasil  galakan Amerika. Selepas itu, petugas Amerikan menjelajah  merata  dunia  Islam  mengrekrut  orang  Islam untuk berjihad  di Afghanistan.

‘Jihad’  sebagai satu fenomena  yang bersifat  kebangkitan bersenjata seantero dunia tidak pernah  wujud  dalam dunia  Islam sejak  abad ke-10. Fenomena  itu telah disuntik semula  dan diberikan nafas baru untuk kembali bertenaga dalam bentuk pan-Islamia dengan kuasa  biaya  Amerika. Melalui  peperangan di Afghanistan, Amerika Syarikat sudah nampak satu peluang  keemasan  untuk  membangkitkan  dunia  Islam  memerangi pengaruh komunis. Makanya, direkrut  mujahidin  daripada  segenap pelusuk dunia dengan biaya Amerika  yang tidak  ada  hadnya. Saya  telah  menyaksikan ketibaan  mereka   di lapangan terbang dengan pesawat yang tidak terkira  banyaknya, daripada Algeria, Sudan, Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Palestin.  Mereka dibawa  masuk dan  dipantak segala ideologi, betapa  perjuangan  bersenjata  itu  adalah  satu kemestian bertaraf kerja-suci.  Justeru  lahirlah apa yang  dikatakan  kebangkitan  jihad bercorak antarabangsa dan sekaligus  apa  yang dianggap kini sebagai  pengganas Pan-Islamia  itu turut  dilahirkan  juga.

Mereka semuanya  telah dilatih dan  dilengkapkan  dengan senjata  oleh  CIA. Hampir semua  pertubuhan militan  pergerakan  Islamia  di mana juga  di dunia  ini bermula daripada  bumi  Afghanistan.  Orang  CIA  kini  menggelarnya  ‘the  Islamic blowback” (Lantunan  Islamia).

S:  Pada  pandangan anda kenapakah  Barat  terlalu  bersedia  menganggap  Islam sebagai musuhnya?

Ahmad: Ketika  berakhirnya  Perang Dingin, Barat  sudah ketandusan  ancaman yang membolehkannya  bertindak untuk  membulatkan  segala dasarnya. Semua  kuasa pemerintahan, samada yang berbentuk  imperial  ataupun   yang teristimewanya yang bersifat  demokratik  tidak  dapat   memperkasakan kuasa  mereka   berasaskan nafsu-serakah, semata-mata.. Tidak ada  orang  yang  menyokongnnya  (kecuali Malaysia  di bawah  kuku besi  seorang malbari  tua - penterjemah). Mereka  perlukan dua perkara: satu berbentuk momokan dan satu  berbentuk misi peperangan. Orang  British menonjolkan misi  mereka  sebagai  pemikul ‘Bebanan Orang Kulit  Putih’. Orang Peranchis pula menonjolkan  ‘la mission civilisatrice’ (misi  ketamadunan). Orang  Amerika, pada  tahap awalnya  mempunyai  ‘Manisfest Destiny’  (Manifesto Takdir). Kemudian mereka impikan misi “standing  watch on  the walls  of  world freedom” (misi polis dunia) mengikut ungkapan  kata-kata  John F. Kennedy.  Setiap  satu  manifesto  itu terpaksa berhadapan dengan warna-warna  ‘Kehitaman’, ‘Kekuningan’  dan akhirnya  ‘Kemerahan’ yang dikaitkan kepada  bahaya  yang  terpaksa  mereka hadapi. (Yang pasti, walau pun tidak menyebutnya, Amerika  kini dihantui  oleh  ‘The Green Peril’  - Bencana  Kehijauan – satu kebangkitan tentangan Islam yang disebut  akan  berlanjutan  selama setengah  abad – penterjemah). Apabila  ada  momok yang menghantui, mesti ada misi  untuk memeranginya,  dan rakyat pasti  merestuinya.

Buat masa ini, Amerika Syarikat  dinafikan hak  mewujudkan misi  kerana ketiadaan  hantu untuk diganyangnya. Ini merupakan satu  misi yang  anih  apabila diambil kira Amerika sebagai sebuah negara yang selama  hampir 100 tahun  memberikan sokongan kepada kewujudan kerajaan  kediktatoran, mula-mula di Latin Amerika  dan kemudiannya di seantero dunia. Dalam pencarian  mahukan  sarang  keganasan itu, Amerika telah berpaling kepada  Islam.  Pilihan ini dianggap mudah kerana  barat  sudah  lama menghadapi penentangan di Algeria, kemudiannya di  Mesir, Palestine dan  revolusi  Iran. Sebahagian sarang  cabaran itu  memang  terletak di satu lokasi yang sungguh strategik:  di situlah juga tersimpannya khazanah  bumi  berbentuk  sumber  minyak  untuk keperluan Barat.

S:  Apakah pandangan anda   mengenai Taliban di Afghanistan?

Ahmad:  Taliban itu  adalah satu kumpulan  yang  mundur (fahaman kemodenannya – penterjemah)  dan  amat sukar  untuk  dijumpai. Tahun  lalu (1996), saya  telah berada selama dua  minggu di Afghanistan. Pada satu hari, saya terdengar  bunyi  bising laksana gendang dipalu  di rumah  tempat  saya menumpang. Saya keluar  melihat apa sebenarnya sedang berlaku.  Terdapat  seorang  anak muda  yang  mungkin  belum sampai  12 tahun usianya.  Kepalanya  botak dicukur, dan  ada  seutas tali  yang  digantung  di lehernya. Dia  sedang diseret dengan tali. Ada seorang  lelaki  yang mengekorinya di belakang sambil  mengetuk gendang  dengan  perlahan.

Saya  bertanya,  “Apa kesilapan  budak itu?”

Ada orang  menyahut  bahawa budak itu  telah ditangkap  berbuat dosa.

“Apa dosanya?” soal saya.

“Dia  telah ditangkap   bermain  dengan sebiji bola  tenis.”

Saya  pun  pergi menemubual  salah seorang  pemimpin Taliban. Dia  berkata, “Kami melarang  anak-anak lelaki  bermain bola kerana  ia  dianggap  satu punca  nafsu kepada lelaki.” Jadi, logika yang  sama membuatkan mereka  mengurung  kaum wanita  di sebalik serungkup muka  dan  tembok rumah mereka,  dan menghalang anak-anak muda daripada bermain. Ini  yang  saya sebut  sebagai satu  macam  ‘gila’.

Kumpulan ini  (semacam) anti-wanita, anti-muzik, anti-kehidupan, sedangkan beberapa ramai  pegawai  tertinggi Amerika Syarikat  pernah  datang  melawat  mereka dan berbual serta  berbincang dengan mereka. Keseluruhan   tanggapan di rantau  kami ini, AS telah memberikan sokongan  padu  kepada  kumpulan ini. (Ha..ha...ha...jadinya  Taliban menjadi gila  begini atas  galakan dan tajaan  Raja Iblis  Seluruh Dunia – Amerika Syarikat Kecuali setiap kali  pegawai tinggi Amerika  ini tiba, mereka  dipukau dulu tidak melihat segala kegilaan itu ?  - penterjemah).

S:   Apa sebabnya Amerika  berlagak  seperti  itu?

Ahmad:   Apabila  Soviet  Union  hancur berkecai, semua  republik  jajahannya mendapat kemerdekaan  mereka. Gagasan  republik  Asia Tengah, yang  mempunyai penduduk  secara majoritinya  orang Islam,  merupakan  negara  yang kaya raya dengan khazanah minyak dan gas asli. Semua  minyak dan gas  mereka  dulu disalurkan melalui Soviet  Union. Kini, bermulalah  satu  percaturan  baru: Bagaimana  cara yang terbaik untuk menyalurkan minyak dan gas  itu  untuk kegunaan dunia?

Di waktu inilah  beberapa    syarikat  gergasi Amerika   bersatu  melangkah masuk ke situ. Texaco, Amoco, Unocal, Delta Oil – semua ini  adalah gergasi minyak Amerika  yang berlumba-lumba  menyondol Asia Tengah untuk  tumpang 'tui'  menonjolkan   sekaki di pintu simpanan minyak dan gas  di sana.  Mereka tidak berminat  membina  satu saluran paip  di Iran, kerana pada waktu ini Iran masih  mereka  diboikot. Lagi pun Iran  dianggap seteru ketat  Amerika. Mereka  memilih Afghanistan dan Pakistan  sebagai tempat yang terbaik untuk  menyalurkan  paip bekalan.  Apabila berjaya  bererti  Russia turut  dipinggirkan juga.

Cuba  bayangkan  kisah  ini:  Presiden Clinton pernah menelefon beberapa presiden; Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Azerbaijan dan memujuk rayu agar  mereka menyetujui  menandatangani satu  kontrak pembikinan  paip saluran. Saluran paip itu akan merentasi Afghanistan.  Dalam permainan  catur politik ini, kedua-dua  pihak di Pakistan dan Amerika  bertukar pendapat  siapakah  yang  merupakan  puak yang  lebih dipercayai untuk  menentukan  keselamatan  paip yang akan  terpasang  nanti. Mereka telah memilih untuk melantik satu  kumpulan fundamental Islamia  yang  sungguh  ganas dan paling berani untuk menjamin keselamatan  saluran paip itu nanti – Taliban.

Dalam keadaan  ini, penelitian Amerika Syarikat  tidak lagi tertumpu kepada titik-bengik siapakah  yang paling  fundamental dan siapa  yang lebih bertamadun, siapakah yang menyayangi  kaum wanita mereka ataupun  mendera  mereka dengan  zalimnya. Isu yang dipentingkan ialah, siapakah yang berkemungkinan  dapat menjamin  keselamatan saluran minyak dan gas  itu  nanti.

....bersambung:  bahagian  2.

SPAR 30.10.01.

Hits: