City Hall's arrogance confronts nature

CHIAROSCURO (Terjemahan)

MGG Pillai

1:01pm, Tue: Yesterday, Kuala Lumpur city centre flooded in three metres of water after flash floods hit the area in heavy downpour - as six months ago. The Klang river recorded 120mm of rainwater in 90 minutes, the Ampang river 88 mm and overflowed their banks at their confluence with the Gombak river.

Thousands of cars were trapped in underground car parks, those on the roads, with or without their drivers, caught as the floodwaters consumed them. Bumper-to-bumper traffic added to the problems, and office workers came to find their cars submerged or floating in the water.

Much was promised after the April floods; little was done. What caused the floods in April caused it yesterday. And cause future floods.

Yesterday morning, City Hall briefed the media on how it plans to control the expected heavy monsoon floods it expects next month. Three hours later, it was faced with this disaster. City Hall insists, as in April, it was at all times in control. How, when all it could was nothing?

The photographs in today's newspapers is yet proof of bureaucratic bungling, political chicanery, corruption, cronyistic behaviour, inefficiency all combine to make people suffer.

Defying nature

The only game in town was development, with nature and its forces defied with impunity. The arrogance of the time, the early years of the Mahathir leadership, knew no bounds, and woe betide any who questioned or predicted nature's fury at some future date. City Hall is in rigor mortis when floods hit Kuala Lumpur, its impotence writ in its explanations.

It need not have. But it neither consults residents nor seek advice about development which leads to floods and other disasters. City Hall need not approve any development the Prime Minister's Department decides is good for Kuala Lumpur, to add to its impotence.

It does not account for its actions, dismisses any worthwhile proposal if someone else proposes it, has become arrogant, inefficient, corrupt as any government department or statutory body. Since few would criticise City Hall, as more should, and the government protective of its wrongdoings, yesterday's flood was no accident, and City Hall contributed to it.

It was nature's fury waiting to happen. In the 1970s, Kuantan Port was built to defy nature. Political decisions overrode technical doubts and fears. It is but unusable now, the repairs so far double its cost to build. The technical reasons were brushed aside, hundreds of millions of ringgit expended.

The arrogance of wealth from oil had not hit Malaysia, and politicians, including the then prime minister, still counted pennies, and agreed to it, as others like it, reluctantly.

Today's problem of flood control in Kuala Lumpur had its roots then. This belief that wealth from oil would obviate proper conduct, with actions on disaster still decided in arrogance, not in City Hall alone, over how what must is done.

There is no will to correct the wrongs of official policy. City Hall knows, we are told, what it talks about; if floods or other disasters hit Kuala Lumpur, it insists it is in control. But it does not attempt to right the damage. The problems of the April floods is but a dim memory; it says it is ready for next month's expected monsoon floods, but is shocked at yesterday's floods.

Terrifying price of neglect

The political decision to concentrate development in the Kuala Lumpur city centre, when it should have spread that around the 93km city, defies, not accommodates, nature, to feed the avariciousness of cronies and party hacks who cut corners for filthy lucre.

That neglect exacts a terrifying price. With the seat of government shifting to Putrajaya, Kuala Lumpur is not as important as the wasteful superstructures built or planned there. The priorities are wrong, but no one cares.

But one problem no one talks of. Despite promises of a Malaysia flush with money, and projects worth billions of ringgit announced with abandon, there is no money in the kitty. Once the Petronas cash reserves helped; not anymore.

Its oil production is sold forward for ready cash, for 10 years and more, and it underwrites the cost of Putrajaya that can run into RM100 billion and more; individual ministries built so far cost tens of billion ringgits each. The official residences of the prime minister and deputy prime minister cost almost RM500 million. We still do not know how many billions it would cost to rescue the privatised companies that have all collapsed.

Nothing therefore would change. The floods would come two or three times a year, causing hundreds of millions of ringgit damage each time. Insurance companies balk at what it must pay out, and now look at the floods as "acts of God", the catch-all phrase to evade paying out compensation.

But would the government, and City Hall, compensate those caught inadvertently in flash floods, like yesterday's? If it happens twice or thrice a year, would not the flash floods be accepted as a way of life, with no attempt to alleviate it? What causes the treacherous floods now are the pylons built in the middle of the three rivers flowing into Kuala Lumpur for the privatised elevated tolled highways, which attract flotsam and jetsam to block the waterflow.

A heavier than normal rain overflows the river banks. Since City Hall does not, as a rule, keep the rivers free flowing, it just makes each flash flood worse than the last one. How much worse it would have been if the Klang river was covered with a linear city built over it, as a crony had wanted.


Keangkuhan DBKL  menyanggah   alam

Kelmarin, bandar raya  Kuala Lumpur  telah  dibanjiri air setinggi  tiga meter selepas hujan lebat yang melanda  - seperti  yang  berlaku  enam bulan yang  lalu.

Ribuan kereta   telah terperangkap  di  tempat letak kereta  bawah paras  bumi. Mereka yang berada  di jalan raya, sama ada  tuannya  ataupun kosong begitu  sahaja terperangkap sengaja  mengejutkan sambil  banjir terus  mengalir. Kesesakan lalu lintas yang saling  mencium bampar tanpa  perasaan kecintaan  terus  memburukkan keadaan. Apa lagi setelah  petugas pejabat   terperanjat melihatkan  kenderaan  kesayangan terbenam dalam air   ataupun  terapung  dihayut banjir.

Sejak banjir April dulu, banyak janji manis  yang  diberikan  tetapi  tidak banyak yang dilaksanakan. Penyebab banjir April dulu, masih  juga merupakan penyebab banjir yang terbaru. Itu juga penyebab  banjir yang  akan  melanda lagi.

Pagi semalam, Bandaraya (DBKL) membuat   sidang akhbar  memberitahu  media rancangannya untuk  mengawal  banjir  yang dijangkakan  muncul bulan hadapan. Tiga jam kemudiannya, ia telah  dirasuk  bencana  yang sama. Namun, Bandaraya  bertegas seperti gelagatnya April dulu, bahawa  ia  memang  mengawal semua  itu.  Tetapi bagaimana, sedangkan  ia tidak berbuat apa-apa?

Gambar-gambar  yang disiarkan oleh akhbar  semalam, adalah  bukti  betapa  pihak birokrasi  sudah  lalai, menunjukkan adanya putar-belit  politik, korupsi, gelagat kronisme, ketidakcekapan yang menyebabkan  rakyat jelata  terus merana.

Menyanggah Alam

Ada satu permainan kegemaran  Bandaraya  yang  membabitkan  pembangunan. Inilah permainan   menyanggah alam  dan segala kuasanya  yang sengaja diperlekehkan tanpa memikirkan  penderaannya. Keangkuhan zaman ini, yang merupakan tunggak kepimpinan  awal Mahathir,  memang tidak tahu apa hadnya, dan sesiapa  yang berani  mempersoalkan mainan itu  dan  meramalkan  serangan balas  alam di hari muka  memang menerima padahnya. Bandaraya  menjadi kaku dan kematu setiap kali  banjir  melanda dan  segala tenaga yang masih ada dikhaskan untuk   penjelasan yang penuh temberangnya.

Bandaraya  tidak pernah  bertanya  pendapat  penduduk ataupun  mencari  nasihat rundingan mengenai pembangunan  yang kini  mencetuskan kebanjiran dan  pelbagai bencana. Bandaraya  tidak  perlu  meluluskan  sebarang  pembangunan   yang ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri  sebagai projek yang bagus  sedangkan itulah projek yang akan mencekiknya.

Bandaraya tidak lagi  merasa bertanggungjawab  terhadap  segala tindakannya, menepis dengan mudah  segala cadangan yang  bermutu yang dikemukakan oleh pihak yang tidak disenanginya,  sehingga  menjadi angkuh,  tidak cekap, korup seperti jabatan kerajaan ataupun  badan berkanun    yang lain. Oleh kerana tidak ramai  yang   mengkritik Bandaraya, seperti  yang sepatutnya,  dan kerajaan pula  mudah  melindungi kesilapannya, kebanjiran  kelmarin  adalah bukannya  satu  kemalangan  kerana  Bandaraya yang menyumbang kepada  bencana  itu.

Inilah  bencana alam yang  menunggu masa untuk membaham manusia. Pada  1970-an dulu, Pelabuhan Kuantan telah dibina  menyanggah peraturan  ciri-ciri  alam semula jadi. Tindakan politik  telah  mengaburi cadangan  teknikal  mengenainya. Sehingga kini pelabuhan itu masih tidak digunakan sepenuhnya. Segala kerja-kerja pembaikan sudah pun menjangkau dua kali ganda kos pembinaannya.  Segala  anjuran  teknikal sengaja ditolak-tepi, dan ratusan juta  masih  diperlukan lagi untuk membaikinya.

Keangkuhan daripada  kekayaan  minyak  belum melanda  Malaysia  dan  para pemimpin politik termasuk perdana menteri ketika itu,  masih   mengira  duit  kecilan dan bersetuju sahaja dengan  cadangan  itu  seperti orang lain,  walau pun secara liat sahaja.

Masalah pengawalan  banjir  di Kuala  Lumpur bermula sejak  ketika  itu.  Ada kepercayaan bahawa  keuntungan  daripada  hasil   minyak  akan menghindarkan  cara  yang betul, dengan segala tindakan terhadap  bencana itu  dikendalikan oleh  segala keangkuhan  bukan sahaja di Bandaraya  sahaja.

Tidak ada  keazaman  untuk membetulkan  kesilapan dasar  rasmi. DBKL faham perkara ini, demikian kita  diberitahu, apa yang disebutnya setiap kali Kuala Lumpur  banjir ataupun bencana  melanda, ia akan bertegas semua itu  mampu  dikuasainya. Tetapi, ia tidak berusaha  untuk membetulkan  kerosakan. Masalah  yang disebabkan banjir April dulu, hanya merupakan satu memori; DBKL berkata  ia  bersedia   menghadapi  banjir  bulan hadapan, sedangkan ia  terkejut  melihatkan  keadaan  banjir kelmarin.

Bahana kecuaian  yang amat dahsyat

Pendirian  pemimpin politik  menumpukan  pembangunan  Kuala lumpur sedangkan ia seharusnya   menyelerakkan pembangunan itu  merata  93 km keluasan  Bandaraya itu. Ini merupakan satu perbuatan  untuk menyanggah alam semula jadi, semata-mata untuk menyenangkan selera dan nafsu serakah  kumpulan  musibat dalam parti  yang mudah membuat kerja-kerja  putar-belit  untuk   mengaut keuntungan yang berbukit.

Kecuaian beginilah  yang  mencetuskan  bencana yang  tinggi  musibahnya. Apabila  pusat pemerintahan kerajaan  berpindah  ke Putrajaya, Kuala  Lumpur  kini  sudah tidak menjadi penting  lagi  berbanding  segala   struktur kemewahan yang  dibina dan dirancang  di sana. Ini merupakan dasar pemerintahan yang salah, tetapi siapakah  yang  berani menyanggah?

Ada satu masalah yang belum lagi dibincangkan oleh banyak pihak. Walau pun Malaysia menjanjikan  banyak wang  untuk  membiayai  pelbagai projek yang  menggila harganya dan diumumkan  secara  gila-gila juga, sebenarnya  negara sudah  tidak mempunyai wang  lagi. Apabila  Petronas kehabisan simpanan  dananya, tidak lagi ada  bantuan  kewangan untuk kita  bernafas lega.

Pengeluaran minyak Petronas  dijual  ke hadapan (forwards sales), untuk 10 tahun dan lebih lagi, dan Petronas  sudah menjadi penjamin kepada   segala kos pembinaan Putrajaya yang  memakan belanja lebih RM100 bilion. Setiap kementerian dibina   dengan belanja puluhan bilion kosnya setiap satu. Mahligai kediaman Perdana Menteri  dan timbalannya bernilai hampir RM500 juta. (Eh, Mahathir kata  harga mahligai dia hanya RM17 juta sahaja?) Kita masih belum tahu  berapa bilion  diperlukan  untuk  menyelamatkan segala syarikat penswastaan  yang telah hancur  lebur.

Jadi, tidak ada  yang akan  berubah. Banjir akan datang melanda dua  hingga tiga kali setiap tahun, mencetuskan   bencana  berharga   berjuta  ringgit  nilainya setiap kali ia melanda. Syarikat insurans  mengeluh  memikirkan   belanja  ganti rugi yang perlu dikeluarkannya, dan kini  menganggap  banjir itu sebagai   “bencana alam” (Act of God) dan inilah   kata-hikmah yang  bererti  mengecualikan mereka daripada  membayar kerugian dan pampasan.

Apakah kerajaan dan DBKL memberikan pampasan kepada mereka yang   menghadapi bencana disebabkan  banjir  kilat  yang melanda seperti  yang berlaku kelmarin?  Kalau ia melanda   dua hingga tiga kali  setiap tahun, apakah tidak mungkin banjir kilat itu diterima sebagai  satu perkara biasa tanpa perlu melakukan sesuatu untuk membenterasnya? Yang menjadi penyebab utama  banjir   kilat di   DBKL sekarang  ini  ialah tiang-tiang besar yang ditanam di tengah-tengah  tiga buah sungai  yang mengalir  di  Kuala Lumpur  untuk projek lebuh raya bertingkat  yang  bertol. Inilah yang  menyekat  segala perjalanan licin   aliran sungai disebabkan segala kekotoran dan sekatan  itu.

Hujan yang turun   dengan lebat  dan  kerap, mudah  melimpahkan  tebing sungai. Apabila DBKL tidak mengamalkan  sikap  memberikan  ruang  bebas bagi pengaliran sungai, inilah yang menyebabkan setiap  banjir kilat itu lebih  mengganas  daripada  banjir yang lagi satu. Persisiran Sungai Kelang itu pernah dirancang untuk  dibangunkan  menjadi satu ‘linear city’ mengikut  nafsu serakah seorang  kroni kepada  seorang  malbari. Bayangkan apakah yang akan terjadi?

Tamat. SPAR.

Hits: