Kekejaman dan  Keganasan  Yang  Menakjubkan
(The  wickedness and   awesome cruelty....)

oleh Robert Fisk

12 September 2001.

Beginilah  jadinya. Keseluruhan sejarah moden Timur  Tengah – keruntuhan empayar Osmaniah, Deklarasi Balfour, pembohongan Lawrence of  Arabia, pemberontakan Arab,   pembinaan  asas  kerajaan  Israel, empat peperangan Arab-Israel dan penaklukan Israel  selama  34  tahun  yang  ganas- semua  itu tertebus  dalam beberapa  jam  gara-gara  tindakan berani  pihak  yang  mewakili  masyarakat bangsa  yang  ditindas dan  diaibkan tetapi mampu kini  membalas dendam  dengan  cara  yang  kejam dan keganasan  yang  menakjubkan. Patutkah  perkara  ini  dilakukan  dan  adilkah  puak ini  dikaitkan  dengan begitu  pantas  tanpa  sebarang  bukti, sedangkan  dalam kisah  kekejaman  yang  dulu  di  Oklahoma,  membuktikan  bahawa  itu adalah  kerja  jijik  rakyat  Amerika  sendiri?


Dengan mudah  sekali, Osama bin Laden  mula di bibir orang; kekayaannya, theologinya,  dan  juga  ketaksubannya   yang menakutkan   kerana  mahu menghancurkan  kuasa Amerika. Saya  pernah duduk di  hadapan  Ben Laden ketika dia  menceritakan kisah orang-orangnya  membantu   menghancurkan  tentera  Russia  di Afghanistan dan Soviet  Union. Keyakinan  mereka yang tiada  tepiannya  membolehkan  mereka  mengisytiharkan  perang terhadap Amerika.  Tetapi ini bukannya  peperangan demokrasi  berlawan dengan keganasan  yang disogokkan  agar  dunia  mesti  mempercayainya   dalam  masa  yang  terdekat.  Ini  ada  kaitan dengan kisah peluru berpandu Amerika yang  menghentam rumah kediaman Palestine dan helikopter  AS yang melepaskan tembakan peluru  berpandu itu  arah satu ambulan Lebanon  pada  1996  dan bom-bom  Amerika yang  meledak di perkampungan  Qana.  Ini  juga  ada  kaitannya  dengan  militia Lebanon – yang diupah dan  memakai  unifom Israel, sekutu  Amerika -  yang  mengganas  dan  merogol serta  membunuh  di beberapa khemah  pelarian.


Tidak,  memang  tidak perlu  diragukan, keganasan  yang tidak dapat  dibayangkan  terhadap apa  yang  telah  berlaku di Amerika Syarikat. Apabila  wujudnya  orang  Palestine yang meraikan  kematian  sekitar  20,000 hingga  35,000  manusia  yang tidak berdosa, dan dianggap  sebagai simbol  kehampaan  mereka dan juga  fahaman politik yang mentah, dan kegagalan mereka  untuk memahami kenapa  mereka  menuduh  musuh Israel mereka  yang  berlagak  kurang  sopan. Selama bertahun  mereka  beretorik, dengan segala janji  mahu menyerang  balas Amerika, dan  mengerat kepala  ular  yang ganas itu,  kita menganggapnya  omongan  semata. Mana mungkin fikir kita, satu bangsa  yang  mundur,  konservatif,  tidak  demokratik, dan dipimpin oleh  satu kumpulan  regim  yang  korup  dan  tidak bersatu, mampu merencana satu  agenda  yang  menjanjikan  sesuatu yang  di  luar  dugaan  kita. Kini kita  baru sedar  akan  kebenarannya.

Dalam beberapa  jam selepas   penghapusan  semalam, saya mula  tersentak   mengingatkan  segala   serangan  luar biasa  AS  dan  sekutunya,  yang kini  kelihatan  kecil  sahaja berbanding  apa  yang  terjadi kelmarin.  Lupakah kita  akan  peranan  beberapa  pejuang jihad  yang  meledakkan diri mereka  dan  membunuh  241  askar  Amerika  dan 100  komando Peranchis  di Beirut  pada  23 Oktober 1983 dulu, dengan serangan  yang  mempunyai  ketepatan  yang  tidak  dijangkakan?


Terdapat  hanya  tujuh saat  perbezaan  antara  pengeboman  komando Amerika  dengan  kemusnahan  komando Peranchis  yang  berada  tiga  batu  Jaraknya. Kemudian, berlaku pula  serangan  terhadap  beberapa  pengkalan tentera  Amerika  di  Arab Saudi,  dan  usaha  tahun lalu ‘yang hampir  berjaya’ untuk menenggelamkan  USSS Cole  di Aden. Alangkah mudahnya kita  melupakan  senjata  baru  ciptaan Timur Tengah  yang  tidak  mampu ditandingi  oleh  Amerika  ataupun  negara  Barat:  pejuang  jihad  yang  berani mati  dengan  ledakan  bom  yang  dibawanya.


Kita boleh menjangkakan,  betapa banyak usaha  dilakukan  untuk  menutup  segala  kesalahan dan ketidakadilan   yang  mencetuskan  malapetaka  kelmarin.  Kita akan diberitahu   kisah  keganasan  yang dicetuskan oleh  pengganas  yang tidak berotak; dengan penekanan  diberikan kepada  perkataan ‘tidak berotak’ tanpa  menyedari  betapa  Amerika amat  dibenci oleh  penduduk  sebuah kawasan  yang  menjadi  tempat  kelahiran  tiga  agama  terbesar  di  dunia.

Tanyalah  setiap  orang Arab  apakah  perasaannya  apabila  20,00 hingga 30,000  manusia  yang tidak berdosa  kehilangan  nyawa dan  dia  akan  menjawab  laksana  seorang  yang  berotak, bahawa  itu  adalah  satu jenayah  yang besar. Tetapi, mereka  juga  akan bertanya balik kenapakah kita  tidak gunakan  perkataan  yang  sama  untuk  memikirkan  segala  sekatan yang telah menghancurkan  nyawa  sekitar  satu juta kanak-kanak di  Iraq.  Kenapa   kita tidak  meradang  apabila  sekitar 17,500   orang awam  yang  dibunuh oleh  Israel pada  1982  ketika  menakluki  Lebanon.  Begitu  jua  segala  sebab  kenapa  Timur Tengah  bergelora  sejak  awal September -  penaklukan tanah Arab oleh  Israel,  penyingkiran  orang  Palestine daripada  kampung halaman mereka,  segala serangan bom dan  penyembelihan mereka  oleh  tentera  Israel...semua  ini  mesti  dibungkus agar tidak dijadikan  alasan  kenapa   berlakunya  serangan kejam,  kelmarin.


Orang Israel tidak boleh dipersalahkan – walau pun  kita  pasti    Saddam  Hussein  dan  beberapa  diktator  yang lain  akan  membuat  tuntutan  itu  -  tetapi  pengaruh songsang  sejarah  dan  pembabitan  kita  dalam  segala  bebannya  sudah tentu  akan  memihak  secara  terselindung  dengan  pejuang  berani-mati itu.  Segala janji kita yang tidak tertunai, malahan  peranan kita  memusnahkan empayar  Osmaniah, telah menyebabkan  tragedi ini.  Selama ini Amerika telah mengongkosi  setiap peperangan Israel  sehinggakan kita  menganggapnya   ia  menjadi  amalan  yang  percuma. Perkara  ini sudah berubah kini.  Amerika akan bertindak  untuk menyerang  sesiapa  yang  dianggap  ‘pengganas dunia;  dan serangan malam kelmarin  terhadap Kabul dianggap  sebagai  serangan  pembuka.  Malahan,  siapa yang berani  menuding jari  terhadap Amerika   kerana  penggunaan  perkataan  berbau  perkauman  yang bererti  ‘keganasan’?


Lapan tahun yang lalu, saya  pernah   membantu   menghasilkan satu siri   TV  memberi penjelasan   kenapa ramai  orang  Islam  yang  membenci Barat. Kelmarin saya teringatkan beberapa   watak  di dalam  filem itu, keluarga  mereka  yang  hangus  terbakar oleh  serangan  bom dan  senjata  buatan  Amerika. Mereka  pernah  menceritakan bagaimana  tidak siapa yang  datang  membantu  mereka  melainkan  Allah. Theologi  sedang  berantakan dengan  teknologi, penyerang  berani mati melawan  kuasa  nuklear. Sekarang barulah kita  tahu apa  makna  itu semua.

Tamat.
Diterjemahkan oleh SPAR

Hits: