Pakistan Mencari Nahas

BISMILLAH

USA tidak akan berundur daripada rancangan penyerangannya ke atas Taliban. Taliban pula sudah berikrar tidak akan menjadi sitting-ducks. Lebih daripada itu, Taliban juga berikrar akan menyerang negara yang membantu USA, iaitu Pakistan, buat masa ini.

Ikrar pertama bermaksud Pakistan akan menjadi serangan Taliban. Hasilnya, kemungkinan negara Pakistan akan jatuh ke tangan Taliban. Ini tidak mustahil memandangkan sokongan padu rakyat Pakistan kepada Taliban.

Bukan rahsia lagi bahawa majoriti Mujahidin antarabangsa yang mendokong jihad anti-Russia adalah Muslim Pakistan. Kini mereka ini hanya menunggu masa sahaja untuk strike kali kedua. Peluang untuk syahid rupa-rupanya masih terbuka. Generasi kedua juga sedang menunggu masa untuk menjejaki langkah ibubapa mereka yang veteran ini.

USA ketika mengumumkan untuk menyerang Taliban di Afghanistan, tidak ketinggalan untuk menyebut bahawa KEMUNGKINAN mereka juga akan meletakkan ground army di Pakistan jikalau keadaan memerlukan. Ini cuma bull-shit terbesar USA semata. Golongan ini telah hancur semangat kerohanian mereka sejak Vietnam sehingga Somalia. USA tahu bahawa seluruh dunia sudah maklum bahawa USA penakut nombor satu dalam dunia dari sudut peperangan atas tanah. Sebab itulah kemungkinan ini perlu disebut supaya dunia masih memandang tinggi keberanian USA. Tetapi malangnya dengan tersebutnya KEMUNGKINAN ini, USA telah menelanjangkan sifat penakut nak mamposnya untuk berperang, bukan sahaja atas tanah. Ya, mengapa kamu perlu sebut kemungkinan nak letakkan tentera darat? Adakah kerana kamu takut bahawa dunia akan menganggap kamu cuma berani main atas angin sahaja?

Tetapi semua orang tahu kalau USA berpakat dengan Pakistan ia akan menjadi Kuwait kedua. USA akan control udara dan laut (Afghanistan ada laut? kelakarnya) dan Pakistan akan ditugaskan untuk menjaga darat. Yang akan mati dulu sure orang Pakistan.

Tetapi tidak semudah itu kerana by now sudah ramai Mujahidin di Pakistan, mungkin termasuk Osama sendiri. CNN pun sudah mengakui bahawa banyak kem latihan Mujahidin telah dikosongkan sejak awal. USA hanya meminta Pakistan menutup sempadannya dua hari selepas pengeboman NYWTC. Tetapi gang Osama telah bergerak lebih awal daripada itu. So nak cari nahas ker USA berkampung di Pakistan? Itu belum masuk rakyat Pakistan sendiri sama ada yang veteran Afghan dan simpatisan mereka di Pakistan. Mereka ini memang sudah lama nak meratah daging orang putih tu.

USA yakin Pakistan akan membantunya kerana Pakistan kini bankrap dan perlu injection dari USA. USA anytime akan inject Pakistan kalau diminta. Kerajaan Pakistan mungkin dapat dirasuah macam UMNO jugak. Tetapi jangan harap rakyat Pakistan akan menerima kemaluan yang dipaksakan ke atas mereka ini. Maruah dan keberanian mereka tidak jauh bezanya dari rakyat Afghanistan juga kerana darah mereka macam darah orang Melayu dengan Patani saja.

Presiden General Musyarraf kini dalam dilema terbesar dalam karier politik dan ketenteraannya. Kalau tak bersedia jadi anjing USA, USA akan anggap musuh dan takkan bantu dia lagi. Kalau dia bantu USA pulak, terimalah akibat dan malapetaka terbesar, silap-silap boleh jatuh dan Taliban take over Pakistan dengan bantuan rakyat Pakistan sendiri. Itu belum masuk kebanjiran Mujahidin antarabangsa kali kedua ke Pakistan dan Afghanistan dari kalangan Arab dan Asia Timur (KMM pun nak join sama kot. Pak Lah kena jaga sempadan Malaysia pulak!).

Kalau benar Taliban akan laksanakan ikrarnya untuk menyerang mana-mana negara yang membantu USA untuk menyerangnya, tidak mustahil kepentingan-kepentingan Eropah akan turut dilanggar Boeing kerana banyak juga negara Eropah telah berjanji untuk membantu USA menyerang Taliban. Pandai sungguh USA melaga-lagakan dunia sampai boleh jadi satu perang dunia pula, atau mungkin itupun matlamatnya? Malaysia macam mana? Nak bantu USA juga? Madey eloklah duduk diam-diam dan tengok CNN saja. Kalau USA minta tolong, cakap saja 'no comment'. KLCC tu bukannya tahan sangat pun.

Salam,

HC

Hits: