‘Dajjal’ Amerika Syarikat berkata –“Bersama kami atau menentang kami”

Assalamualaikum wm wbt

“Sama ada bersama kami, atau menentang kami.” Begitulah kata-kata ugutan Amerika Syarikat kepada seluruh dunia selepas serangan ‘pengganas’ ke atas World Trade Center (WTC) dan Pentagon pada September 11, 2001. Sedarkah kita semua apa yang dikatakan oleh Amerika Syarikat itu, dari segi maksudnya, sama dengan kata-kata ugutan dajjal kepada dunia seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Adakah Amerika Syarikat itu 'dajjal kecil' seperti yang dimaksudkan oleh Hadith yang berkenaan? Dan seperti yang kita umat Islam sudah pun diingatkan oleh Rasulullah SAW akan terdapat ramai orang-orang munafik di kalangan kita yang akan dengan cepat menyerahkan diri untuk menjadi khadam kepada dajjal bila ianya muncul. Nampak tak persamaan dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Beberapa pemimpin 'Islam' sudah pun dengan cepat menyebelahi dajjal Amerika Syarikat itu dalam perancangannya untuk membunuh orang Islam di Afghanistan yang tidak bersalah itu. Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir antara mereka yang telah dengan cepat menyuarakan harapan agar dajjal Amerikat Syarikat itu akan mempelawa Malaysia untuk menjadi khadamnya dalam usaha membunuh orang Islam di Afghanistan.

Bukan sahaja kita boleh dengan senang melihat persamaan antara Amerika Syarikat dengan dajjal, tetapi kita juga boleh dengan jelas melihat persamaan antara Amerika Syarikat dengan khadamnya kerajaan UMNO-BN di negara kita ini. Walau pun siasatan belum dimulakan lagi, Amerika Syarikat melalui medianya telah dengan melulu menuduh Osama bin Laden dan Afghanistan sebagai bertanggungjawab terhadap serangan ke atas WTC dan Pentagon itu. Amerika Syarikat tanpa bukti kukuh dan semata-mata berdasarkan syak wasangka sudah pun bersiap sedia untuk menyerang Afghanistan yang tidak bersalah itu. Kerajaan UMNO-BN apa kurangnya. Berdasarkan semata-mata syak wasangka atau rekaan, kerajaan UMNO-BN akan menangkap dan menahan rakyat yang tidak bersalah di bawah ISA.

Banyak betul persamaan antara tindak tanduk Amerika Syarikat yang memenuhi ciri-ciri dajjal kecil itu dengan tindak tanduk khadamnya UMNO-BN di negara kita ini. Amerika Syarikat telah berhelah kononnya kemerosotan ekonomi akan berlaku dan ramai pekerja akan terpaksa dibuang kerja akibat dari serangan ke WTC dan Pentagon walau pun seluruh dunia sudah ketahui bahawa sebelum serangan tersebut ekonomi Amerika sudah pun menjurus ke arah 'recession' (kemelesetan). Di Malaysia pada malam ini 19 September, 2001 semua TV dalam berita perdana melaporkan seramai lebih kurang 90,000 pekerja di sektor pengeluaran akan terpaksa dibuang kerja akibat dari serangan ke atas WTC dan Pentagon yang telah menjejaskan ekonomi negara. Pandai betul kerajaan UMNO-BN menipu rakyat.

Saya tergelak mendengar berita TV7 sebentar tadi. Macamlah rakyat Malaysia ini terlalu bodoh. Rakyat Malaysia sejak awal tahun 2001 ini lagi sudah pun mengetahui bahawa seramai 40,000 pekerja bank akan dibuang kerja dan seramai lebih kurang 120,000 orang pekerja di sektor ekonomi yang lain akan juga dibuang kerja pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2002. Malah ramai rakyat yang sudah menjangka mereka akan kena retrench (buang kerja) sudah pun mula membuat persiapan yang perlu. Serangan ke atas WTC dan Pentagon tidak ada kena mengena langsung sebab kemerosotan ekonomi Malaysia telah menjadi bertambah buruk sejak awal tahun ini lagi, dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia sudah pun beberapa bulan yang lalu memberi kelulusan kepada syarikat-syarikat untuk membuang lebih kurang 120,000 pekerja (tidak termasuk pekerja bank seramai 40,000 yang juga akan dibuang kerja). Saya ada menyebut mengenai pembuangan kerja secara besar-besaran ini dalam satu dua artikel saya beberapa bulan yang lalu.

Agak perlu kita semua beringat dan bersedia. Nampaknya Amerika Syarikat adalah 'dajjal kecil' dan kerajaan UMNO-BN adalah antara khadamnya. Maka tidak mustahil kalau Amerika Syarikat dan UMNO-BN akan reka tuduhan-tuduhan palsu kononnya pemimpin dan aktivis PAS serta para ulamak di negara ini adalah pengganas Islam. Jangan hairan kalau kita akan diburu nanti. Bersedialah untuk menghadapi dajjal kecil Amerika Syarikat dan khadamnya kerajaan UMNO-BN.

Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

Tarabulsi

1 Rejab 1422
19 September, 2001.

Nota webmaster: Benarlah kata penulis. Nampaknya kerajaan BN semakin goyah akibat gagal menangani kemelesetan ekonomi yang mlanda sejak sekian lama. Peristiwa rempuhan ke atas WTC dijadikan 'alasan' untuk ekonomi gagal dibaikpulih. Padahal petunjuk ekonomi terus malap semenjak 3 tahun lalu, apabila kira-kira 5 bilion US dollar dibawa keluar dari BSKL oleh pelabur asing semenjak tempoh itu; menyebabkan indeks BSKL kini sedang di'arca' mengikut sesuka hati mereka. Ini adalah helah untuk memerangkap pelabur-pelabur runcit yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Berapa ramai kaum Cina yang merempat akibat penurunan indeks BSKL dan wawaran palsu kedudukan indeksnya. Nampaknya untuk mengaburi mata rakyat, rempuhan WTC dan Pentagon dijadikan modal bahawa kemelesetan berlaku tidak dapat dibendung akibat ekonomi AS yang semakin merudum. Kita ingin bertanya bagaimana pula lebihan harga minyak yang ditawarkan kepada kerajaan akibat kenaikan harga barangan itu di pasaran dunia? Lombong minyak kita di Sarawak dan Terengganu adalah pembekal minyak bermutu tinggi di dunia. Apakah negara tidak mengalami sedikit faedah pun atas kenaikan itu?~ webmaster

Hits: