Bush jelaskan musuh sebenar adalah Taliban 

Assalamu'alaikum wm wbt,

CNN dalam mengulas ucapan Presiden Bush kepada rakyat Amerika Syarikat (state of the nation address) pada 20 September, 2001 (21 September di Malaysia) telah berulang kali menegaskan musuh kepada seluruh dunia yang dimaksudkan oleh Bush bukannya orang Islam, bukannya orang Afghanistan, tetapi musuh yang dimaksudkan Bush itu adalah pengganas-pengganas dan kerajaan-kerajaan seperti Taliban yang bukan sahaja dituduh mendokong keganasan tetapi memerintah mengikut sistem yang bercanggah dengan prinsip demokrasi dan prinsip peri kemanusiaan (yang dimaksudkan adalah sistem pemerintahan Islam dan hukum hudud).

Maka semakin jelas bahawa sistem pemerintahan dan perundangan Islam terutamanya pelaksanaan hukum hudud yang dikuatkuasakan oleh Taliban di Afghanistan itu yang sebenarnya dimusuhi oleh Presiden Bush dan Amerika Syarikat. Bush mengambil kesempatan dari serangan ke atas World Trade Center dan Pentagon untuk memerangi sistem pemerintahan Islam yang dilaksanakan oleh Taliban di Afghanistan. Dan untuk melaksanakan peperangan ke atas sistem pemerintahan Islam di Afghanistan itu, Bush sudah pun berjaya dalam memperalatkan negara-negara Islam dengan menggunakan tipu daya bahawa kononnya yang diperangi adalah pengganas (terrorists). Mana sahaja negara yang tidak mahu bersama diancam "sama ada bersama kami, atau menentang kami".

Dalam ucapannya kepada negara tersebut, Presiden Bush juga menegaskan bahawa keputusan kerajaan Taliban menyuroh Osama bin Laden keluar dari Afghanistan tidak memenuhi tuntutan Amerika Syarikat. Bush berkata kalau pun Osama diserahkan ianya masih belum cukup lagi. Afghanistan kini perlu menyerahkan semua anggota kumpulan jihad di bawah Osama bin Laden. Afghanistan juga sekarang ini dituntut membenarkan tentera Amerika memasuki negara Islam tersebut untuk menyerang sarang-sarang pengganas (kumpulan jihad). Ini semuanya tambahan kepada tuntutan asal Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan sememangnya sudah dijangka.

Apa yang sedang dilakukan ke atas umat Islam di Afghanistan adalah replika kepada penindasan dan kesamsengan Amerika Syarikat ke atas umat Islam di Iraq selama ini. Kita telah melihat setiap kali Iraq memenuhi sesuatu tuntutan, Amerika Syarikat dan Britain dengan berselindungkan PBB akan menokok-tambah tuntutan yang baru untuk dipenuhi Iraq sebelum sekatan ekonomi ditarik balik. Jelas kelihatan di awal-awal ini lagi bahawa Afghanistan akan juga ditindas dan ditekan seperti yang berlaku kepada Iraq. Dan kesalahan mereka sebenarnya adalah kerana mereka negara Islam.

Apa yang hendak dilakukan oleh Amerika Syarikat sangat berbahaya kepada dunia. Lambat laun umat Islam yang masih lalai akan menjadi sedar bahawa musuh Amerika Syarikat sebenarnya adalah Islam. Apabila kesedaran itu muncul pada semua umat Islam di dunia ini maka kemungkinan perang jihad antara Islam dan kafir akan tercetus. Wallahua'lam.

Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

3 Rejab 1422,
21 September 2001

Nota webmaster: Saya hendak menokok tambah apa yang diperkatakan oleh penulis. Apabila melihatkan hasrat Bush mahu memerangi kumpulan Jihad (Taliban) dan mereka yang cuba melindungi Osama ben Laden, maka barulah seakan terserlah hakikat di sebalik tragedi malapetaka 12 September itu. Hasrat itu seolah-olah cuba meperlihatkan satu perkembangan yang selari dengan ucapan pemimpin BN negara ini terutamanya oleh PM Mahathir Mohamad. Justeru saya tidak ingin mempertikaikan malapetaka 12 September sama ada benar ditaja oleh CIA atau perbuatan segelintir yang marah kepada AS mahupun benar-benar angkara jihad kumpulan Taliban di bawah tajaan Osama ben Laden, namun hakikatnya kini 'Islam' menjadi sasaran kemarahan puak Yahudi ini. Islam yang dianuti oleh kumpulan Taliban berserta semangat 'jihad' dilabelkan seolah-olah adalah menyeleweng dan satu kegiatan melampau yang lebih dikenali sebagai kumpulan militan. Di Malaysia kita tahu bahawa agenda militan adalah propaganda UMNO bagi melarang umat Islam berjihad dalam menegakkan Islam yang sebenarnya. Mereka mahu Islam 'versi baru' tajaan UMNO tegak dan diterima masyarakat dunia sebagai tulen tanpa hudud anjuran Allah. Justeru itu tidaklah mustahil segala pergerakan yang mengizinkan jihad bersenjata akan dihapuskan. Perlu kita ingat bahawa tingkatan jihad dalam anjuran Islam bermula dalam diri dari jihad melawan nafsu (tanpa senjata) sehinggalah kepada perniagaan yang dibeli oleh Allah, yakni berjihad dengan 'jiwa dan raga'. Jika nyawa sekali pun perlu dipertarohkan maka syurgalah tempat mereka di sisi Allah bersama para mujahid terdahulu yang terkorban semasa perkembangan Islam di awalnya.~ webmaster

Hits: