KENYATAAN RINGKAS WEBMASTER

BERMULANYA REVOLUSI RAKYAT

Sempena pilihan raya negeri Sarawak Minda Rakyat kembali menghidangkan anda sejarah 3 tahun lalu yang telah bermula dengan pemecatan DSAI pada 2 September 1998. Pada 20 September, di tahun yang sama rumah DSAI telah dipecah masuk oleh sekumpulan anggota komando polis bertopeng lengkap bersenjata dengan peluru hidup seolah-olah ingin menangkap seorang penjenayah berbahaya. Sedangkan yang menunggu di dalam rumah itu ialah seorang manusia yang sedia mengalah dengan menyerahkan dirinya jika pihak polis memintanya berbuat demikian.

Kesalahan DSAI ialah mempertahankan hak rakyat yakni enggan bersetuju 'wang rakyat' digunakan bagi membantu syarikat kroni Mahathir termasuk syarikat anak-anaknya. Akibat tidak bersetuju itulah beliau difitnah 'gilakan' lubang belakang bekas pemandu isterinya, Azizan. Juga difitnah bahawa DSAI juga 'gilakan' lubang belakang Sukma Dermawan, adik angkatnya serta penulis ucapannya Dr. Munawar Anees.

Siri 'Bermulanya Revolusi Rakyat' dirasakan sinonim dengan saat 20 September 1998 di mana DSAI ditahan dan dipukul pula oleh ketua penyangak @ Ketua Polis Negara Rahim 'SiBulldog'. Saya percaya ramai rakyat di negeri Sarawak dan Sabah yang masih belum tahu kisah sebenar peristiwa penting ini kerana sudah pasti tidak akan ada sarjana yang bakal mencatatkan sejarah sebenar akibat takut tertindas oleh kuasa diktator zalim Mahafiraun. Kita amat menghargai budi Marhaintua yang sudi merakamkan detik cemas lagi bersejarah ini untuk kembali dihayati oleh rakyat Malaysia.

Gelombang Reformasi peringkat awal sudah menutup tirainya. Kini perjuangan rakyat berubah corak. Akibat dipukul, dibelasah dan disirami air beracun, rakyat undur perjuangan fizikal. Tahap memasuki gelombang kedua semakin mesra rakyat apabila kita lihat suasana dingin menyelubungi sambutan kemerdekaan tanah air kali ke 44 di mana kibaran bendera tidak sebagaimana yang diharapkan. Sementara itu kita saksikan semakin banyak majlis rasmi yang berkait dengan pemimpin politik tidak lagi disertai rakyat.

Reformasi Tahap 2: Revolusi Minda

Bagi menggelorakan gelombang kedua atau fasa kedua reformasi di negara ini, Minda Rakyat sekali lagi menyiarkan siri Bermulanya Revolusi Rakyat agar setiap patah perkataan yang dituliskan akan diulang baca dan dihayati serta membentuk satu kefahaman yang jitu dengan mengaitkannya dengan suasana sehingga kini. Siri BRR ini adalah dalam tujuh siri dan dua siri terdahulu telah disiarkan pada 20 Sep (Bermulanya Revolusi Rakyat), 21 Sep (Era Putar Alam Yang Menakjubkan) dan hari ini 22 Sep (Apabila Rakyat Menjadi Bingung). Siri penulisan Marhaintua sedang dalam proses kemaskini dan anda boleh merujuknya dalam ruangan Minda dan Budi dalam laman ini.

Saya menyeru kepada anda para netters supaya mencetak siri-siri dan artikel yang tersiar dalam laman ini untuk disampaikan kepada mereka yang masih belum memiliki kemudahan internet. Kepada pengunjung setia laman ini saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda itu dan teruslah mengikuti perkembangan dan berita mutakhir melalui penulis tetap laman ini. Sebaiknya gunakan anonymous url yang tersedia di http://flying.to/mr.

Selamat bereformasi

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat

Hits: