Studio Filem Menjadi Sasaran   Pengganas
(Movie  Studios  Possible Target  of  Terrorists)

Oleh  Seth Schiesel
New  York Times, September 21, 2001.

FBI  telah  memberitahu  beberapa  studio filem yang utama  di  Los Angeles semalam, bahawa  salah satu  studio mereka berkemungkinan menjadi bahan sasaran  pengeboman   pengganas seandainya  Amerika Syarikat  menyerang   Afghanistan.

“Kini   FBI  telah  memberikan  nasihat  mereka  mengenai   ugutan  yang  mungkin  dihadapi oleh  studio filem di Los  Angeles,”  demikian  kenyataan  biro  siasatan  itu.  “Ugutan yang tidak dapat disahkan itu  menyebut nama sebuah  studio di California yang  mungkin  menjadi sasaran   pengganas   yang  mahu  menyerang  sebagai tindak-balas  sebarang   tindakan  Amerika Syarikat  mengbom Afghanistan. Dengan  sifat  berhati-hati,  FBI  memberikan   ingatan  kepada  ugutan  ini.”

Tanpa mahu  nama mereka disebut,  beberapa pegawai  penggambaran  telah berkata  bahawa  Jack Valenti, timbalan presiden   Motion Picture  Association of America, telah mengumpulkan  semua  ketua  studio utama  di sebuah hotel di Los Angeles  pagi semalam untuk bertemu dengan pegawai FBI.

“Kami   menerima   baik  maklumat ini  secara serius  dan  keselamatan  para  petugas  kami  dan juga  para  tetamu  adalah  merupakan  keutamaan  utama,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh  Universal Studios.  “Kerana itu, kami mengetatkan  dan  meningkatkan  pengawasan  keselamatan  sambil berkerjasama  dengan FBI  dan  penguatkuasaan  ketenteraman  tempatan.”

Seorang  juru bicara   Universal  berkata  terdapat antara 5,000 hingga  7,000 pekerja yang bertugas   di  syarikat itu  pada  sesuatu  masa.

Seorang jurucakap  Warner Brothers  berkata, “ Dalam suasana  ini, kami memandang   amaran  FBI itu sebagai sesuatu  yang serius dan  mengambil tindakan   yang  sesuai  untuk  menjamin keselamatan  pekerja  kami.”

Beliau tidak mahu   memberi  penjelasan  lanjut  mengenai  tindakan itu tetapi  berkata  bahawa    antara  3,000 hingga 5,000   pekerja  yang   selalu bertugas  di  kawasan  Warner  Brothers.

Seorang  eksekutif  yang  rapat  dengan  20th Century Fox dan  tidak mahu dirinya diperkenalkan telah  berkata  bahawa  studio itu  mungkin   mengawal  kemasukan  pendatang,  meningkatkan   jumlah  pegawai keselamatan  dan  membina  penghalang  di pintu  masuk. Sekitar 3,500 orang bertugas  di Fox Studio.

Tamat

Hits: