KMM : SATU SANDIWARA KERAJAAN?

Akhbar-akhbar arus perdana hari ini sibuk membincangkan KMM yang mungkin mempunyai jaringannya di negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Philippine dan sebagainya. Sejak isu KMM ini dibangkitkan kerajaan BN telah memenjarakan beberapa pemimpin muda Pas, termasuk anak TG Nik Abd. Aziz.

Apakah sebenarnya tujuan isu KMM ini dibangkitkan? Hanya kerajaan BN sahaja yang mengetahui permasalahan sebenarnya. Apakah sebenarnya KMM itu wujud dan mempunyai jaringan di serata dunia hanya Allah sahaja yang tahu. Bahkan dalam satu hal, keluarnya DAP dari Barisan Alternatif cuba dikaitkan dengan Militan Islam atau KMM ini.

Kita percaya dalam isu KMM ini ia mungkin mempunyai kaitan dengan agenda Barat yang memerangi pengganas di serata dunia, tetapi sebenarnya mereka cuba memerangi Islam dan pejuang-pejuangnya yang berusaha untuk menegakkan sistem hidup Islam di muka bumi ini. Kenapakah Amerika masih ingin menyerang Afghanistan misalnya walau pun keputusan ulama negara itu meminta supaya Osama meninggalkan Afghanistan? Jawapannya adalah kerana Afghanistan adalah sebuah negara yang cuba mendaulatkan Islam secara menyeluruh meski pun ada kelemahan di sana sini.

Oleh yang demikian, isu KMM ini sengaja dibangkitkan oleh kerajaan BN semata-mata kerana ingin memerangkap pejuang-pejuang Islam yang cuba menegakkan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh di negara ini. Walau pun kita tahu matlamat sebenar mereka adalah Pas dan lain-lain  pertubuhan yang memperjuangkan Islam, tetapi skrip KMM diwujudkan untuk mengaburi mata rakyat supaya tindakan mereka yang sebenarnya tidak begitu ketara. Dengan begitu isu KMM samalah seperti Al-Ma’unah, satu isu yang sengaja dicetuskan untuk mencapai matlamat tertentu. Ramai rakyat negara ini percaya bahawa kerajaan BN adalah sekutu kepada Amerika dan rakan-rakannya yang sedang berusaha untuk memerangi apa yang mereka panggil pengganas di serata dunia. Kalau tidak masakan Malaysia termasuk negara yang ada menyimpan pengganas di dalamnya, dan pihak berkuasa diminta memerangi para pengganas ini demi keamanan dan keselamatan dunia!

Siapakah yang selamat, BNkah? Amerikakah, atau Yahudikah? Semua orang tahu di belakang US itu dalangnya adalah Yahudi. Semua orang tahu maksud tersirat dari pengganas dunia itu adalah para pejuang Islam yang berusaha menegakkan Islam di muka bumi ini. Begitulah juga dengan isu KMM. Semua rakyat  Malaysia tahu bahawa yang dimaksudkan dengan KMM itu adalah para pejuang Islam yang mempunyai cita-cita Islam termasuklah Pas dan lain-lain pertubuhan yang berusaha menegakkan negara Islam di bumi bertuah ini! Kalau KMM itu bukan sandiwara mengapakah mereka yang terlibat tidak dihadapkan ke mahkamah  terbuka? Mengapa mereka ditahan di bawah ISA? Mengapakah tidak ada satu penerangan yang jelas tentang KMM, misalnya siapakah pemimpinnya dan jawatankuasanya, di manakah markasnya, siapakah ahlinya dan berbagai-bagai lagi persoalan tentang konsep sesebuah pertubuhan?  

Ini membuktikan bahawa KMM itu hanyalah sandiwara semasa kerajaan BN sahaja. Bidikannya yang sebenar adalah para pejuang yang tidak henti-hentinya berusaha untuk menegakkan keadilan dan menolak kezaliman dari muka bumi ini.  Inilah wajah sebenar militan yang dimaksudkan oleh Mahathir dan kerajaan BNnya!

AlKundangi,
23.9.2001     

Hits:    

Nota webmaster: Kita tambah sedikit maklumat di sini. Maklumat yang dipercayai dari anggota risikan kita dalam ATM bahawa dengan apa pun cara, Mahathir mahu PAS diharamkan, sebelum pilihan raya umum 2003. Justeru itu marilah kita lihat, kaji dan cuba bertindak sesuai dengan apa sepatutnya kita lakukan bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang disogok oleh kerajaan BN. Jika benar ada satu pasukan yang 'mengganas' di negara ini menggunakan label PAS, marilah kita selidiki dulu kerana agama tidak mengajar kita mengganasi orang lain. Walau pun kita diajar membalas kezaliman yang mana kita pernah dizalimi, tetapi jika kita memberi maaf itulah sebaik-baik cara.~webmaster