Apa Yang  Tidak Diketahui  Oleh  Kristian Mengenai  Israel  
(What  Christians don’t know  about Israel)

oleh: Grace Halsell

Yahudi di Amerika yang  bersimpati  kepada Israel  sudah pun menguasai  jawatan  utama  di semua  tahap  pentadbiran kerajaan (AS), di mana  keputusan  penting  diambil  untuk  menguasai  Timur  Tengah. Dengan hal demikian, apakah  ada  sebarang harapan  bahawa  dasar AS itu akan  berubah?  Presiden   Amerika  dan  juga  kebanyakan  ahli  Kongres Amerika menyokong  Israel berasaskan  alasan  yang mereka sedia  faham.  Yahudi  Amerika  yang  menyokong Israel  memberikan  sumbangan  yang  besar  kepada  tabung  kempen  politik  mereka.

Jawapan kepada  usaha   mendapatkan dasar  mengenai Timur Tengah  yang  adil  mungkin  ada  di tempat  lain -  di kalangan  mereka  yang  menyokong  Israel tetapi tidak sedar  kenapa  sebabnya. Inilah kumpulan  yang  datang  dari  majoriti  Amerika  yang  besar. Mereka  ini  ikhlas dan  berfikiran  waras dan beragama  Kristian  yang  dapat  merasakan  kemesraan  kepada  Israel dan  zionisme oleh sebab  perasaan  atavistik (tabiat  yang  muncul semula  selepas  menghilang  untuk  beberapa  keturunan), yang dalam banyak  hal  bermula  sejak  zaman  kanak-kanak  mereka.

Saya adalah salah seorang   manusia  jenis  ini.  Saya  dibesarkan  dengan  didodoikan  cerita  yang  penuh metos,  banyak  andaiannya  dan  menguatkan semangat  untuk  mencintai  Israel.  Semua  ini   berlaku sebelum   munculnya  satu  entiti  politik   yang mempunyai nama  yang serupa  di  atas  peta.  Saya  pernah  menghadiri  kelas  di  Kuliah  Ahad dan  menyaksikan seorang  jurulatih  menurunkan  tabir di jendela  sebelum  membuka  gulung peta  yang   menunjukkan  Tanah Suci.  Saya  dilunakkan  oleh  pelbagai  kisah lama   mengenai  satu  bangsa  yang terpilih  yang  telah bermati-matian  mempertahankan   hak  mereka  terhadap   musuh  yang  ganas  yang   ‘tidak  merupakan  pilihan’  mereka.

Di awal  usia  dua puluhan,  saya mula  menjelajah dunia,  hidup  sebagai seorang  penulis. Saya  mula  menumpukan  kepada  hal ehwal Timur Tengah  hanya  di penghujung  kerjaya  saya. Saya memang  kurang pengetahuan akan  wilayah itu  dan  kebanyakan  pengetahuan saya  mengenainya  adalah  sama dengan  apa  yang  dipelajari pada  Kelas  hari  Ahad  dulu.

Seperti   kebanyakan  penganut  Kristian Amerika, saya   menerima  hakikatnya  betapa  sebuah negara  moden  yang dicipta pada tahun 1948  adalah tanah air  kepada orang  Yahudi  yang telah didera oleh   pemerintahan Nazi  dan menjadi lambang  tapak semangat  dan   metos  Israel yang saya dengar  sejak  kecil dulu.

Pada  1979, ketika  saya mula-mula  menjejakkan kaki  di  Jerusalem, saya telah merancang   menulis  mengenai tiga agama keesaan   yang hebat  di dunia  tanpa  mengaitkan  tulisan  itu  dengan  politik. “Kamu tidak  mahu kaitkan  politik?”, tanya  seorang  Palestine  sambil memegang  pipia  ‘hugah’ di  Kota  Tembok Meratap  (Old Walled  City). “Kami makan politik,  pagi, tengah hari dan  malam!”

Lama-lama  barulah saya sedar, bahawa politik itu  ialah mengenai  tanah,  dan kumpulan yang  turut  menuntut tanah itu :puak  peribumi  Palestine  yang telah menghuni tempat itu  selama 2,000  tahun  dan  kaum Yahudi  yang mula   muncul  di bumi yang  sama  secara besar-besaran  selepas Perang Dunia Kedua .  Dengan  bergerak bebas  di kalangan  masyarakat  Yahudi  Israel,   Palestine Kristian dan  Islam, saya dapat melihat, mendengar, menghidu dan mengalami  segala taktik  polis  negara  Israel    yang  mengganas  terhadap  masyarakat Palestine.

Kajian saya  itu  menghasilkan sebuah buku bertajuk  “Journey to  Jerusalem’ ( Perjalanan  ke  Jerusalem), Perjalanan itu bukan  sahaja  menyeronokkan  saya  dengan  pengalaman mengenai  Israel, tetapi   saya  menjadi  lebih mengerti  sambil  menanam perasaan  sedih  terhadap  apa  yang  berlaku  di  negara  sendiri.

Saya  menyebut fahaman  yang  menyedihkan itu  kerana  saya mula  melihat  betapa dalam  percaturan politik Timur  Tengah, kami  rakyatnya tidak ada  kuasa  membuat  keputusan, kerana  para penyokong  Israel  yang  membuat  segala  keputusan  itu.  Seperti kebanyakan rakyat  Amerika, saya  telah  terfikir   betapa  media  AS   mempunyai  ‘kebebasan’ untuk  menerbitkan setiap  berita secara   terbuka.

Pada  akhir 1970-an, ketika  mula-mula tiba  di  Jerusalem, saya tidak pun sedar  bagaimana  para  editor (pengarang)   mengkategorikan  “berita”berdasarkan  siapa yang melakukan  apa  kepada  siapa. Ketika mula-mula  menjejakkan kaki  ke bumi  Israel-Israel,  saya telah  menemubual  berdozen   pemuda  Palestine. Setiap seorang  antara  empat menceritakan kisah mereka  dizalimi.

Polis  Israel telah datang   di malam hari, merentap dan mengejutkan mereka  dari  tidur dan menyungkup   kepala  mereka  dengan  kin  penutup.  Mereka  disumbat dalam penjara  secara   berasingan, dan dihujani dengan  bunyi bising  yang  membengitkan  telinga, menggantung  mereka  dengan  kaki  ke a as dan  ada  yang  mengalami  azab  apabila  kemaluan mereka  dicemari.  Saya  tidak pernah  mendengar  cerita  semacam itu di  akhbar AS.  Apakah itu  semua  bukan  bahan berita?  Sudah tentu, fikir saya yang masih mentah  itu,  para  editor AS  tidak  lagi  mengetahui  apa  yang  sebenarnya  telah  berlaku.

Ketika saya  pergi  ke  Washington ,DC,  saya  telah  menyerahkan  satu  pucuk surat  kepada  Frank  Mankiewicz, yang ketika  itu  merupakan  ketua  seranta  stesyen  radio   WETA. Saya  menjelaskan  kisah  temu bual yang dirakamkan  itu di mana   pemuda  Palestine telah  didera  dengan  azabnya.  Saya telah  menyerahkan pita  rakaman itu  kepadanya. Saya  tidak pun menerima  sebarang  jawapan, walau pun telah   membuat  beberapa  panggilan  telefon  mengenainya.

Akhirnya  saya  disambungkan  kepada  seorang  Ms. Cohen, yang  menjawab  betapa  surat  itu  telah  tersalah  letak.  Saya pun tulis  lagi. Inilah yang kemudiannya  memberi kesedaran kepada saya:  kalaulah  yang didera  dengan azabnya itu  pemuda  Yahudi,  kisah itu  tentu  sudah dianggap  sebagai  berita.  Tetapi, rakaman  temu bual  dengan  Arab  yang telah  didera  boleh  “hilang” di  WETA.

Ketika  mengusahakan  agar buku saya  ‘Journey to  Jerusalem’  diterbitkan, saya telah  mendapat  satu  pengalaman  yang  hebat.   Bill Griffin, yang telah  menandatangani  satu  perjanjian  dengan  saya bagi  pihak  MacMillan Publishing Company, adalah  seorang bekas  paderi  Roman Katholik. Dia telah berjanji  bahawa  tidak ada  orang  lain  kecuali dirinya  yang  akan  menyunting  buku  saya  itu.  Saya  telah membuat  banyak kajian  untuk  menulis  buku itu,  dengan  melakukan banyak  perjalanan ke  Israel dan Palestine,  dan kerap  bertemu  Griffith, sambil  menunjukkan  contoh  bah  buku itu. “Hebat,”  jawabnya  apabila  melihat  bahan tulisan  itu.

Pada tarikh buku  sepatutnya  siap, saya  telah  pergi  ke pejabat  MacMillan.  Ketika  melaporkan  kehadiran saya di  meja  penyambut  tetamu, saya  nampak  Griffin   di  ruang  dalam pejabat,  sambil  membersihkan  meja tulisnya.  Setiausahanya  Margie   muncul   menyambut  ketibaan  saya.  Sambil  mengalirkan  air mata, dia  berbisik  mengajak saya   menemaninya   di  bilik tandas.  Apabila  kami  berduaan, dia  memberitahu secara  berahsia, “Dia  baru  dipecat.” Margie  memberitahu  bahawa  sebab  pemecatan  ialah  kerana  dia  telah  bersetuju   menerima  sebuah buku  yang  bersimpati  dengan  Palestine. Kerana  itu, Griffin  tidak  mempunyai masa  untuk menemui saya.

Kemudian,  saya telah  berjumpa  dengan  seorang pegawai MacMillan, William Curry.  “Saya  telah diarahkan  menghantar  manuskrip anda  kepada Kedutaan  Israel, kalau-kalau  mereka  dapat  mengesan sebarang  kesilapan,” katanya.

“Mereka  tidak berpuas hati  dan  bertanya  ‘Apakah  buku itu akan diterbitkan?’ Saya tanya  mereka  apakah  ada  kesilapan  dalam buku itu?  ‘Tidak, kata  mereka   Buku  ini tidak boleh diterbitkan,’  kerana  ia  berunsur  anti-Israel.”

Di sebalik  pelbagai  cara  untuk  menyulitkan,  buku itu  diterbitkan  juga.  Setelah muncul  pada  1980,  saya  telah  dipelawa  untuk berucap  di  beberapa   majlis  tajaan  gereja.  Masyarakat Kristian   kerap  terkejut mendengarnya. Ketika iitu, memang tidak banyak  kisah menceritakan   perampasan tanah oleh Israel, kemusnahan rumah  kediaman orang Palestine,  penangkapan rambang  dan  penderaan  yang  dilakukan  ke atas  masyarakat  Palestine.

Setiap kali  saya  bercakap  mengenai  kesengsaraan ini,  saya  kerap  terdengar  soalan  yang  sama, “Bagaimanaakah saya  tidak tahu  perkara  ini, dulu?” Ataupun  ada  seseorang  yang  akan  bertanya, “Saya tidak pernah  membaca  semua  kisah ini di  muka  akhbar.”   Kepada  hadirin  gereja  itu  saya  telah  menceritakan  pengalaman  saya  sendiri, betapa   saya  telah membaca banyak  surat  milik AS  mengenai sebuah  negara  yang  kecil. Saya telah  mengingatkan mereka  betapa saya  tidak pernah melihat  begitu ramai  wartawan  di bandar raya  lain seperti  Beijing, Moscow, London, Tokyo, Paris.   Saya  bertanya, kenapakah  sebuah negara   kecil yang mempunyai penduduk  pada  1980 berjumlah hanya  empat juta  manusia  menarik lebih ramai wartawan  berbanding  China  yang  mempunyai penduduk seramai  satu bilion  manusia?

Saya  mengaitkan  soalan ini dengan  kajian saya   di  The  New  York Times, The Wall Street  Journal, The Washington post dan  kebanyakan  media  cetak  di negara  saya  (Amerika)  yang dimiliki  ataupun  dipengaruhi oleh  Yahudi  yang  bersimpati  dengan  Israel.  Saya  telah membuat  rumusan, disebabkan perkara itu  mereka  menghantar  sebanyak   wartawan  untuk membuat liputan  di Israel dan  menulisnya  dari  kaca  mata  orang  Israel  sahaja.

Saya  juga  mengharungi  banyak  pengalaman  sehingga  timbul satu kesedaran  bahawa  saya  akan mudah  kehilangan  persahabatan seorang  Yahudi, seandainya  saya  mengkritik  negara  Yahudi.   Saya  bebas mengkritik   Peranchis, England, Russia  dan  juga  Amerika  Syarikat.  Saya juga  bebas   menulis  mengenai  setiap aspek  kehidupan  di  Amerika; Tetapi, saya tidak bebas menulis mengenai negara  Yahudi.  Saya telah kehilangan  ramai  kawan  Yahudi  selepas   ‘Journey to  Jerusalem’ diterbitkan. Saya merasa hiba  dengan  kehilangan  kawan-kawan itu.

Pada  1960-an dan  1970-an, sebelum pergi  ke Timur  Tengah, saya telah menulis  mengenai  nasib  masyarakat  kulit  hitam  dalam sebuah buku  berjodol ‘Soul Sister’, dan nasib  masyarakat  American Indians dalam sebuah buku  bertajuk ‘Bessie  Yellowhair’, dan kisah   bermasalah yang  dihadapi oleh pekerja  pendatang  haram  daripada  Mexico.  Semua buku ini  telah  menarik perhatian   seorang “ibu”  kepada The  New  York  Times, Mrs. Arthur  Hays Sulzberger.

Akhbar itu   telah dimulakan oleh  bapanya. Kemudian, suami beliau mengambil-alih dan di tahun-tahun  saya  mengenalinya,  anak lelaki beliau  yang   menjadi penerbit.   Dia  telah  mempelawa  saya  menghadiri  majlis makan tengah hari  dan  makan malam di  apartmentnya  yang sungguh  indah  di Fifth Avenue  (New York). Ada juga  beberapa  ketika, saya  menjadi  tetamu hujung  minggu   di  rumahnya  di  Greenwich, Connecticut.

Mrs. Sulzberger  memang  mempunyai  fikiran  yang terbuka dan  telah  memuji  usaha  saya  menyuarakan nasib  mereka  yang  malang, sehingga  beliau  pernah  menulis  satu surat  khas  untuk saya, "Anda  merupakan seorang  wanita  yang  sungguh  mempersonakan saya.” Saya tidak pernah  sedar  bagaimana  setelah  dipuji  melangit tinggi, satu  hari saya  telah dikecam kerana  mengikut  pandangannya, saya  telah  menulis  untuk membela  masyarakat  malang,  secara  ‘tersilap orang’.

Ketika itu saya  menjadi tetamu hujung minggu  di kediamannya  di Connecticut dan  dia sedang  membaca buku saya ‘Journey to Jerusalem’ yang  dibalut kulitnya. Ketika saya  mahu pulang  dia menyerahkan buku itu semula  kepada  saya dengan  wajah yang tidak  ceria:: “Sayang, anda  telah terlupa  menulis  mengenai  Holokus?’  Dia  berpendapat  kejadian  di  Nazi Jarman  terhadap  orang  Yahudi  beberapa dekad  terdahulu  seharusnya  melenyapkan  sebarang kritikan   terhadap  negara  Yahudi. Beliau  mampu  menumpukan perhatian   kepada  peristiwa  holokus  Yahudi tetapi enggan  menumpukan  perhatian  kepada  holokus  masyarakat  Palestine  masa kini.

Saya  sedar, secara   merasakan  keperitannya betapa persahabatan kami sudah sampai ke penghujungnya.  Iphegene  Sulzberger  telah  mempelawa saya ke rumahnya  bukan sahaja  untuk  bertemu  kawan-kawannya  yang  terkenal, tetapi  telah  mencadangkan betapa  The Times  memerlukan  artikel tulisan  saya.  Saya telah menulis  beberapa artikel   mengenai pelbagai  bidang  termasuk  masyarakat  kulit  hitam  Amerika,  Dayak Amerika,  dan pekerja  pendatang haram.    Sejak Mrs.  Sulzberger  dan beberapa pegawai tinggi Yahudi  di ‘The Times’  menyanjungi usaha  saya membantu  masyarakat  yang tertekan itu,  dikotominya  semakin ketara:  kebanyakan  Yahudi  Amerika  yang  liberal memihak kepada   masyarakat  yang  tertekan itu  kecuali satu  sahaja:  orang  Palestine.

Betapa mudahnya  pembentukan pemikiran  Yahudi ini  cuba  menghapuskan  masyarakat  Palestine, agar mereka  tidak dikenali ataupun  sengaja  mahu  menonjolkan  mereka  sebagai masyarakat ‘pengganas’.

Yang menyeronokkan  saya,  Iphigene  Sulzberger   pernah  berbual dengan saya  mengenai  kehebatan  bapa beliau,  Adolph S. Ochs.  Beliau memberitahu betapa  bapanya bukanlah tergolong kepada  masyarakat  peneroka  Zionis. Malahan bapanya tidak  menyenangi penubuhan  sebuah  negara  Yahudi.

Kerana itu  semakin ramai  Yahudi  Amerika  yang  menjadi mangsa  kepada  pergerakan Zionisme, satu  gerakan  nasionalisme  yang  bertukar rupa  menjadi satu agama.  Ketika  semua  peraturan  etika  kesemua  agama yang besar  di dunia  termasuk  ajaran Nabi Musa a.s., Nabi  Muhammad (saw)  dan  Nabi Isa  a.s.  memberi penekanan kepada ajaran  bahawa setiap manusia itu  adalah  serupa dan setaraf darjatnya,  kumpulan  Zionis  yang militan  telah mengambil pendirian  betapa  pembunuhan  ke atas   orang  bukan-Yahudi  adalah  dibenarkan.

Masyarakat  Israel  hari ini, mengikut   penjelasan  seorang  Yahudi yang anti-Zionis bernama  Israel Shahak, “ tidak  merujuk kepada   etika  keadilan dalam  menilai  agama mereka. Mereka tidak  mahu menerima-pakai  ‘Old Testament’ (Kitab Asal)  dan apa  yang tersirat  di dalamnya.  Sebaliknya  agamawan  Yahudi  merujuk kepada   Kitab Talmud.  Mereka menganggapnya sebagai   hukum  yang  menyerupai  Kitab Injil.  Dalam Talmud  seorang Yahudi diajar  membunuh  seorang  bukan-Yahudi tanpa  takut  akan   kesalahannya.”

Di dalam ajaran Kristian, terdapat  perbezaan dalam  pengajaran Talmud itu.  Tuhan  mengarahkan  agar  yang  luka  diberi rawatan  dan  yang  tertekan diberi bantuan.

Masalahnya sekarang  sehingga  berbahaya ke atas setiap Yahudi Amerika  yang  beragama Kristian,  Israel sudah dijadikan sebagai satu ikon. Kerana  itu  kita  terperangkap dalam satu  jerat merestui  apa juga  gelagat  Israel, termasuk pembunuhan yang  dikatakan  mendapat restu dari Tuhan.

Kini saya tidak lagi berseorangan  dalam usaha  menggembeling  beberapa  kumpulan  gereja  AS  melancarkan  pelbagai  program  menyokong  hak asasi orang Palestine. Usaha  yang baik ini  adalah disebabkan  sebahagiannya  kepada  pertalian bersejarah dengan  tanah kelahiran  Nabi Isa dan sebahagian yang lain itu  kepada  beberapa  isu  berkaitan dengan pembayaran cukai pendapatan  kita  yang sekian lama membiayai  kerajaan Israel   dan  mengizinkan segala  tingkah laku mereka  mencabuli hak asasi  manusia.

Walau pun Israel  dan  penyokong setia Yahudi    sedar bahawa  presiden mereka dan juga  sebilangan besar  anggota Kongres  sudah  masuk perangkap, mereka amat  runsing  kepada akar umbi Amerika yang  merupakan penganut agama   Kristian  dan  yang perihatin  kepada  asas keadilan.

Setakat ini, kebanyakan Kristian,  tidak sedar  apa bendanya yang  mereka tidak faham mengenai Israel.  Minda mereka telah diputar belit oleh  penyokong  Yahudi  di negara  mereka sendiri  dan apabila mereka pergi  ke tanah kelahiran  Nabi Isa, kebanyakan mereka  melancung dengan tajaan  Israel.  Oleh sebab itu adalah tidak mungkin seorang  Kristian  dapat  bertemu  muka dengan seorang  Palestine untuk mengetahui  apa  sebenarnya berlaku konflik  Yahudi-Palestine  itu.

Semua ini semakin berubah  secara  perlahan. Namun, perubahan itu  sudah  menyakitkan hati  orang Yahudi.  Sebagai contoh, para perwakilan   yang menghadiri persidangan Christian Sabeel  di  Baitulmaqdis  pada  awal tahun ini, telah mengadu  betapa  mereka telah diganggu  oleh  Pasukan Keselamatan Israel  di Lapangan Terbang  Tel Aviv.

Mereka  bertanya kami,” kata  seorang  perwakilan,  “Kenapakah anda  menggunakan  syarikat  pelancung  Palestine?  Kenapa tidak gunakan  agensi  Israel? “ Soal-siasat itu begitu menyeluruh dan liar sehinggakan  pemimpin Sabeel terpaksa  membuka satu  sesi  khas  untuk memberi penerangan  kepada para  perwakilan   cara  menangani segala  kekecohan  itu.

Jelas, mengikut pendapat  seorang  perwakilan,  “Israel mempunyai satu dasar  melunturkan  niat kita   menziarahi  Tanah Suci   kecuali dengan  tajaan  mereka. Mereka tidak mahu  warga  Kristian  memahami apa yang tidak pernah mereka ketahui  mengenai  Israel.”


Tamat:   Grace-Halsell,  ialah  seorang  wartawan  yang berpengkalan di  Washington DC.  Beliau juga  merupakan penulis  ‘Journey to Jerusalem’ dan  ‘Prophecy  and  Politics’.

Hits: