Ini Bukannya Perang Melawan Keganasan...
(This is not war on terror. It’s a fight against America’s enemies)

Oleh Robert Fisk  - 25 September, 2001. Independent.

“Kita telah diminta menyokong satu peperangan yang mempunyai sasarannya yang songsang dan bermuslihat.”

Ketika saya membuat liputan akhbar semasa Afghanistan dijajah oleh Russia, ada kalanya saya merentas bandar raya Jalalabad untuk pergi ke sempadan Pakistan dan memasuki Peshawar. Di Hotel Intercontinental ada satu tempat yang menyerupai satu gua yang mempunyai bahagian dalaman yang kelam rupanya, di situlah saya menggunakan satu mesin telex tua yang sentiasa mengerang setiap kali kekuncinya ditekan orang. Mesin telex itu dipasang ialah di sebelah satu pejabat yang dipunyai oleh seorang “Ketua Akauntan”, kerana itulah yang terpasang di hadapan pintu itu. Di satu dinding tidak jauh dari pintu kamar itu, terdapat sehelai kertas yang disimpan rapi dalam cermin yang berbingkai, dan saya tidak pasti apakah Ketua Akauntan itu yang menggantungnya di situ. Pada kertas itu ada tertulis empat baris ayat yang diambil daripada sajak Rudyard Kipling dan saya masih ingat akan baitnya.

“A scrimmage at a border station
 A canter down a dark defile
 Five thousand pound of education
 Felled by a five-rupee jezail.”

(kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu ia boleh bermaksud beginiJ)

Perbalahan di kubu sempadan
Melambatkan langkah di lorong kegelapan
Lima Ribu Pound nilai pendidikan
Boleh musnah oleh rencana murahan.

Saya fikir sekarang ini, sepucuk Kalashnikov AK-47, buatan tempatan di Quetta, ataupun salah satu bilah missail sumpitan yang pernah kita faraidkan kepada para mujahidin dengan banyaknya pada awalan 80-an dulu untuk mereka gunakan membunuh musuh sekutu kita - Russia. 

Akan tetapi, ingatan saya masih banyak tertumpu kepada lorong gelap, gaung dan jurang yang dalam di kaki pergunungan, dengan tembok yang tinggi sehingga 4,000 kaki, gua dan lorong serta ruang pintas yang membolehkan Osama bin Laden menyelinap di antara kawasan pergunungan itu. Di sini, agaknya terdapat ‘lubang-lubang’ yang akan menarik petugas baragt untuk memasang ‘asap-perabun’ untuk menangkap Osama bin Laden mengikut andaian bahawa di sanalah dia kerap bersembunyi ketika melarikan diri. Demikianlah kepercayaan yang semakin menyubur berasaskan cakap kosong yang sentiasa ditutur - betapa Osama bin Laden dan para pengikutnya sentiasa berpindah-randah mencari tempat bersembunyi takutkan penyerang yang mengejar, setiap hari. 

Saya tidak pasti lagi, malahan saya sendiri semakin sangsi apakah betul tindakan Osama Laden masa kini. Malahan, saya sendiri tidak yakin apa yang dilaksanakan oleh Barat adalah tindakan yang betul dan kena pada masanya. Yang kita tahu, kapal pemusnah dan kapal induk pesawat terbang yang dilengkapi pesawat penyerang dan pengebom berserta askar sudah pun bersedia di pengkalannya di rantau Teluk. Kita diberitahu berapa pasukan SAS (komando British) telah pun mula bergerak di pergunungan utara Afghanistan di kawasan pergunungan yang dikuasai oleh pasukan yang dulunya diketuai oleh Almarhum Shah Massoud. Tetapi, apakah sebenarnya rancangan kita itu? Apakah kita akan menculik Osama bin Laden? Apakah kita akan menyerbu perkhemahannya dan membunuh mereka semua: Osama bin Laden bersama pejuang daripada Algeria, Mesir, Jordan, Syria dan Arab di rantau Teluk?

Apakah Osama Laden merupakan Bab Satu dalam episod ‘Timur Tengah’, untuk dilebarkan nanti merangkumi Iraq dan menumbangkan Saddam Hussein, dan kemudiannya kemusnahan Hezbollah di Lebanon, penundukan Syria sebelum Iran dihenyak juga, sebelum direncana pula lakonan satu “proses kedamaian” antara Israel dan Palestine? 

Kalau ini dianggap anih, kita harus mendengar segala berita yang dicerna di Washington dan Tel Aviv. ‘The New York Times’ telah menyebut sumber Pentagon yang mencadangkan agar Saddam Hussein dijadikan Bab Kedua pula. Puak Israel sedang menyediakan Lebanon sebagai satu medan “ pusat keganasan sejagat” mengikut kehendak perdana menteri Ariel Sharon agar dapat dilancarkan serangan untuk sekali-dua, bersama dengan serangan memusnahkan Tebing Gaza yang masih taat kepada Yassir Arafat, dan yang sudah dipastikan oleh Israel sebagai satu markas cawangan Osama Laden.

Sebenarnya, orang Arab memang sudah lama mahukan kedamaian. Tetapi mereka mahu catatkan beberapa nama dalam senarai mereka. Mereka mahu Ariel Sharon mengaku dengan pembunuhan kejam beramai-ramai di Sabra dan Chatila - inilah keganasan kejam yang dilakukan oleh puak Lebanon yang diupah oleh Israel, yang telah dilatih oleh tentera Israel pada 1982. Seramai 1,800 terkorban pada waktu itu, bersamaan satu per empat daripada jumlah yang terkorban pada 11 September (di New York). Penduduk Syria di Hama mahu menuntut agar Rifaat Al-Assad, adik kepada presiden yang sudah mati, kerana terbabit dengan kemusnahan yang dilancarkan oleh Briged Pertahanan ke atas penduduk Hama pada tahun yang sama. Jumlah yang terbunuh ialah 20,000 bersamaan lebih dua kali ganda jumlah yang terkorban pada September 11. 

Rakyat Lebanon mahukan pegawai Israel yang melancarkan penaklukan Lebanon pada 1982 dulu, yang mengorbankan 17,500 nyawa, kebanyakanya orang awam, bersamaan dengan lebih dua kali ganda jumlah korban September 11. Rakyat Sudah yang beragama Kristian mahukan Presiden Omar al-Bashir dibicarakan kerana peristiwa berdarah yang berleluasa.

Tetapi, seperti yang telah diterangkan oleh Amerika, mereka mahu menghambat musuh mereka yang mengganas, bukannya kawan mereka yang mengganas ataupun para pengganas yang telah bermaharajagila di rantau di luar kawasan yang diminati oleh Amerika. Malahan, para pengganas yang hidup senang-lenang di Amerika tetapi tidak berbuat kacau dianggap selamat. Contohnya ialah kumpulan militia pro-Israel yang telah membunuh dua orang askar Ireland pasukan PBB di Selatan lebanon pada 1980, dan kini menetap di Detroit setelah diterbangkan keluar daripada Tel Aviv. Pembunuh Irish itu mempunyai nama dan alamat yang jelas, kalau FBI meminati mereka. Tentu sekali mereka tidak meminatinya. 

Jadi, kita tidak sebenarnya diajak memerangi ‘keganasan dunia’. Kita diajak memerangi musuh Amerika di seluruh dunia. Kalau perjuangan itu bertujuan memerangkap pembunuh yang menjahanamkan New York dan Washington, memang tidak ada sesiapa yang membantahnya. Tetapi yang dipersoalkan kenapakah ribuan mereka yang tidak berdosa dianggap lebih penting, lebih bermakna daripada usaha kita dan mungkin juga darah yang akan mengalir sama, berbanding ribuan lagi yang tidak berdosa. Inilah yang mencetuskan persoalan yang lebih mencurigakan, apakah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan pada 11 September dapat diadili dengan saksama – ataupun apakah itu merupakan satu serangan ketenteraan yang bertujuan untuk memperkasakan kekuatan politik Amerika di Timur Tengah.

Apa caranya, kita telah diminta menyokong satu peperangan yang nampak songsang sasarannya dan terlalu berahsia rencananya. Amerika telah memberitahu kita betapa perang kali ini adalah satu bentuk peperangan yang berbeza. Yang semakin jelas perbezaannya ialah siapakah musuh kita dan berapa lamakah kita akan memeranginya. Yang pasti, tidak ada inisiatif politik yang baru, tidak ada pertembungan politik yang tulen di Timur Tengah, dan tidak ada pengadilan yang berkecuali untuk menyelia konflik yang tidak ada tepiannya. Kehampaan, keaiban dan keperitan penduduk Timur Tengah sudah tidak menjadi pertimbangan kita dalam mencapai sasaran perang - yang penting ialah kehampaan Amerika dan negara barat dan apa juga bentuk kehampaan dan keperitannya. 

Apabila kita sebut nama Osama Laden, tidak siapa yang percaya dengan dakwaan Taliban yang tidak tahu-menahu akan kedudukannya. Dia masih berada di Afghanistan, tetapi apakah dia sudah pergi bersembunyi? Ketika perang Russia dulu, dia kerap muncul, berkali-kali, untuk memerangi penjajah Russia, dan menyerang kuasa besar dunia nombor dua. Dia pernah terluka enam kali, tetapi dia adalah pakar serangan hendap, yang hanya difahami oleh Russia secara terlambat. Segala perilaku manusia yang dirasuk kesyaitanan tidak dapat menggambarkan pembunuhan beramai-ramai di Amerika. Tetapi, kalau semua itu adalah hasil kerja Osama bin Laden, ini tidak bererti dia tidak akan bangkit untuk melawan lagi. Kali ini dia berperang di lamannya sendiri. Memang terdapat lorong gelap yang akan kita susuri, dan tentu banyak senapang murahan yang menghujani kemunculan kita. Itu semua bukannya satu bentuk peperangan baru. seperti yang dikata.

Tamat 
Diterjemahkan oleh SPAR.

Artikel asal (bahasa Inggeris) terdapat di Forum KM2.

Hits: