KHAS BUAT PENGUNDI SARAWAK

Alhamdulillah tamat sudah ulang membaca 7 siri  dalam siri Bermulanya Revolusi Rakyat tulisan Marhaintua. Bagi mereka yang tidak berkesempatan saya lampirkan di sini artikel-artikel itu:

Cuba fahami kesemua artikel ini sebagai membuka minda anda terhadap kepimpinan BN yang selama ini menutupi segala ruang yang ada melalui propaganda media mereka bagi melindungi salah laku mereka terhadap rakyat selama ini. Kebejatan dan kejelekan sifat dan kepimpinan Mahathir dan regim BNnya sudah melampaui batasan sehingga dalam lawatannya ke bumi Kenyalang semalam menyifatkan parti lawan semuanya penipu.

 

Hakikatnya parti lawan memang memiliki kekurangan disebabkan belum menjadi pemerintah. Bagi memerintah mereka sudah ada budget yang nak disampaikan. Jika parti lawan memerintah pun sama, akan membacakan budget yang diluluskan bagi melaksanakan projek rakyat.

 

Kita melihat tindakan Mahathir melaksanakan projek rangsangannya semalam juga adalah hasil terdesak. Saya berharap penganalisis ekonomi dapat membuat kesimpulan akibat dari perubahan dalam penjadualan berbelanja yang diisytiharkan  oleh Mahathir semalam. Saya lihat walau pun projek untuk rakyat, ianya bukan penting sangat dan setiap yang dilakukan biar kena pada tempatnya. Alangkah manisnya jika dalam kegawatan ini kita berbelanja berhemah yakni berjimat cermat. Jangan membeli pakaian baru kerana pakaian yang ada sedia cantik masih boleh digunakan. Bagaimana jika kita melangsaikan hutang yang ada agar di waktu kita susah nanti tidak kita dibebani hutang yang amat sangat.

 

Justeru itu pengundi di Sarawak perlu membuka minda anda kepada pendedahan salah laku yang dibuat oleh kepimpinan BN Sarawak selama ini. Jangan dibiar mereka menjadi 'raja' memerintah berkurun menyapu hak rakyat, tambahan Sarawak ini kaya dengan minyaknya. Dan jangan lupa menjenguk empangan Bakun yang menjadi projek gajah putih di negeri saudara. Lihat betapa rakusnya BN mengagihkan projek kepada kroni tetapi tiada faedah dapat dikecapi rakyat, selain memusnahkan alam sekitar dan menjual balak yang dimusnahkan akibat projek Bakun ini.

 

Akhir kata buat pengundi Sarawak saya percaya anda memang pengundi waras dan bijak. Teliti kembali apakah yang ingin disampaikan oleh insan berpengalaman luas seperti MT dalam tujuh artikel di atas yang saya percaya jika anda menghayati membuatkan anda tersentak dari lamunan dan khayalan kehidupan selama ini.

 

Akhirnya marilah kita semua bersatu menyertai perjuangan rakyat dari Semenanjung agar kita tumbangkan kerajaan BN Sarawak agar kehidupan kita sebagai rakyat akan dapat diperbaiki oleh kerajaan yang berhati rakyat. Kenalilah calon ADUN yang bertanding dan pangkahlah mereka dalam undian lusa (27 September). Akhir kata saya, 'tiadakan berubah nasib sesuatu bangsa, jika tidak diubah sendiri oleh pengundi-pengundinya yang akan membuat perubahan dalam pilihan raya kali ini'.

 

Salam mesra minda,

 

Polong Cyber
Wbmaster Minda Rakyat

25 Sep 2001

Hits: