Bekas anggota tentera udara Amerika Serang WTC, Pentagon

Al Manar TV: http://www.manartv.com/html/news/documents-18_9_2001.html (best view with Explorer)

(Terjemahan laporan Al Manar TV)

Al Manar TV (doc) : Akhbar keluaran petang Iranian Kayhan mendedahkan pengkomplotan serangan di New York dan Washington pada Selasa (11 Sept 2001) adalah bekas juru terbang tentera udara Amerika Syarikat, dan rampasan ke atas pesawat-pesawat tersebut tidak berlaku tetapi adalah helah yang digunakan untuk menutup senario kejadian yang sebenarnya telah berlaku.

Akhbar Kayhan merujuk kepada laporan-laporan awal media cetak Barat yang menyatakan tindakan juruterbang-juruterbang American Airlines dan United Airlines yang tidak menekan butang kecemasan, yang lazim digunakan untuk keadaan cemas atau keadaan bahaya, adalah petunjuk penting dalam kes ini. Ini petunjuk bahawa ke-empat-empat juru terbang American Airlines dan United Airlines sebenarnya terlibat dalam operasi "suicide" tersebut, dan cerita pasal pesawat-pesawat itu dirampas oleh kumpulan pengganas Islam adalah pembohongan belaka. Tidak ada berlaku rampasan ke atas pesawat-pesawat yang terlibat.

Laporan-laporan (awal) beberapa media cetak Barat tersebut telah menyebut bahawa tiga dari juruterbang2 yang terlibat adalah bekas tentera udara Perang Vietnam, manakala juru terbang yang ke empat adalah adik kepada seorang juru terbang tentera udara Amerika syarikat yang terbunuh semasa perang Vietnam. Laporan-laporan awal itu juga menyenaraikan nama-nama juru terbang yang terlibat itu:

1) Charles Berlingham, juru terbang Flight 77. Dia menjunamkan pesawatnya ke Pentagon di mana beliau pernah berkerja untuk beberapa tahun

2) Jason Dahil, juru terbang Flight 93. Pesawatnya ditembak hancur di Pennsylvania. Dilaporkan pesawat ini jatuh terhempas. Pesawat itu tidak jatuh terhempas kerana hanya yang tinggal adalah cebisan dan serpihan. Abang kepada juru terbang ini, Kenneth Dahil terbunuh di Vietnam dalam tahun 1971 semasa berusia 20 tahun.

3) Joe Agotawski, juru terbang Flight 11. Dia menghempaskan pesawatnya ke menara pertama World Trade Center.

4) Victor Sarasini, juru terbang Flight 75. Dia menghempaskan pesawatnya ke menara kedua World Trade Center.

Akhbar Iranian Kayhan merujuk kepada percanggahan antara maklumat yang dikeluarkan oleh American Airlines dan United Airlines sehari selepas kejadian dengan laporan FBI yang disiarkan 3 hari kemudiannya.

Tiga hari selepas kejadian, FBI telah menyiarkan senarai penumpang-penumpang yang termasuklah 19 orang keturunan Arab. Penumpang-penumpang Arab itu tidak wujud dalam senarai yang dikeluarkan sehari selepas kejadian oleh syarikat American Airlines dan United Airlines.

FBI melaporkan pesawat ke-empat jatuh terhempas di sebuah padang di Pennsylvania, tetapi tidak ada tapak kesan di mana kapal terbang itu terhempas, dan sebenarnya pesawat tersebut ditembak hancur oleh jet pejuang Amerika Syarikat dan bukannya juru terbang menghempaskannya.

Akhbar Iranian Kayhan menggunakan maklumat akhbar French Agency yang menyebut bahawa cebisan pesawat ke-empat itu dijumpai sejauh 4 batu dari tempat kapal terbang itu dikatakan terhempas. Dan ini menunjukkan pesawat tersebut meletup di udara setelah ditembak oleh peluru berpandu jet pejuang Amerika Syarikat.

***************

Perhatian: Senarai nama-nama penumpang ke empat-empat pesawat yang disiarkan oleh akhbar British, "The Guardian" juga tidak terdapat nama-nama penumpang Arab.

Diterjemahkan oleh : Jjengok Tengok

Hits: