Skandal PERWAJA – Mahathir Mesti Letak Jawatan!
(Perwaja Scandal: Resign, Mahathir!)

Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah gagal, segagal-gagalnya memberikan penjelasan kenapa Kerajaan beliau tidak berjaya menyelesaikan skandal RM10 bilion Syarikat Perwaja Steel.

Dia pernah membuat pengakuan betapa salah urusan dan penipuan adalah antara penyebab kenapa Perwaja jatuh tersungkur, tetapi dia enggan bertanggungjawab mendedahkan semua bajingan yang terbabit dengan mengalih telunjuk kepada pihak berkuasa di Switzerland kerana enggan mendedahkan satu akaun bank yang mempunyai simpanan sejumlah RM 76 juta, yang disedut secara haram daripada Perwaja Steel.

Penjelasan Mahathir Tidak Boleh Diterima

Pertama, ia menyalahi kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah - BPR (Ahmad Zaki Husin) setahun yang lalu, ketika Zaki mendedahkan dia hampir menyudahkan siasatan Perwaja itu melalui pengesanan satu akaun di Swiss dengan kerjasama Kerajaan Switzerland. Namun, pendedahan Zaki itu telah diikuti oleh satu pengumuman yang mendadak betapa khidmat Zaki di BPR tidak dilanjutkan. Sejak itu, tidak ada didengar lagi daripada pegawai yang menggantikan tempat Zaki, seorang bekas pegawai polis, yang kini menunjukkan peranan yang begitu senyap sehingga dia tidak kelihatan ataupun kedengaran. (Alasan penamatan mendadak khidmat Zaki itu ketika dia hampir merangkul kejayaan siasatannya dapat dilihat pada perenggan yang akan disiarkan di bawah).

Kedua: Jumlah yang tersimpan di dalam Akaun Swiss bernilai 76 juta ringgit itu adalah merupakan daki songlapan sahaja, kalau dibandingkan dengan RM10,000juta (10 bilion) kerugian rakyat jelata negara ini (apabila segala kerugian Perwaja diambilalih oleh kerajaan). Apa jadinya dengan segala urusniaga yang mencetuskan hutang bertapuk yang menggunung tingginya? Sudah tentu semua urusan ini tidak pernah dilaksanakan oleh kakitangan Perwaja dan terjadi di negara ini? Jika demikian, bagaimana pula BPR tidak mampu mengesan satupun kegiatan ini untuk didakwa, sedangkan terdapat ribuan kakitangan syarikat itu dan selepas menjalankan siasatan selama lebih 7 tahun?

Adalah amat jelas samada BPR terlalu haprak dan tidak berguna, ataupun kerajaan sengaja menyerkap skandal ini. Akal yang waras menunjukkan perkara yang disebut terbelakang adalah keadaan sebenarnya, dan ini adalah dicetuskan oleh perkara berikut:

Mantan timbalan perdana menteri Malaysia Anwar Ibahim yang membuat aduan polis pada 22 Julai 1999 (Report No. 19625/99) telah menuduh Mahathir secara berterus terang sebagai manusia musibat yang mengawasi secara terus Pengarah Urusan Eric Chia yang bertanggungjawab dengan menjahanamkan Perwaja dan menyebabkan siasatan mengenainya. Anwar melaporkan dalam laporannya:

.. Beliau (Eric Chia mendakwa secara berulang-ulang betapa tindakannya mendapat restu dan sokongan serta arahan terus daripada Perdana Menteri Dr, Mahathir.. Perkara ini diperkukuhkan oleh bukti surat tulisan Mahathir sendiri. Dengan mandat seperti itu, Majlis Lembaga Pengarah, terpinggir, segala prosedur pemberian tender telah ditolak tepi dengan begitu sahaja sedangkan semua itu boleh dipertikaikan. Bayaran yang tidak menepati kesahihannya telah dilaksanakan kepada pihak tertentu.

MELALUI LAPORAN POLIS INI, Anwar telah berterus terang menuduh Mahathir sebagai ketua mafia paksi Mahathir-EricChia yang menyebabkan kejatuhan Perwaja melalu salah laku. Semua tuduhan itu memanglah berbentuk berat yang ditujukan kepada pemimpin sebuah kerajaan, oleh bekas timbalan ketua kerajaan yang sama, dan dilakukan melalui jentera penguatkuasa utama negara (polis) dan membabitkan kisah skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara kerana kerugiannya adalah bersamaan dengan satu per sepuluh belanjawan negara.

Lim Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang, memang tepat dalam mengusahakan satu pembentangan agar Parlimen membahaskan isu itu dan meminta penjelasan daripada Perdana Menteri mengenainya. Seperti yang diduga, permohonan Lim telah dihalang oleh Speaker yang menjadi hamba abdi Mahathir apabila beliau menolak usul itu atas alasan ia tidak merupakan satu perkara penting.

Sehingga kini, Mahathir tidakpun menjawab segala tuduhan itu. Begitu juga polis ataupun BPR yang dketahui telah tidak mempedulikan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Seandainya Mahathir tidak bersalah, apakah dia tidak mampu mengalu-alukan peluang kewujudan sidang Parlimen untuk menyatakan dia tidak bersalah dan apakah polis ataupun BPR tidak mampu bertindak dengan pantas untuk mendedahkan bahawa tuduhan Anwar itu adalah satu pembohongan besar?

Persekongkolan untuk membisu di kalangan yang tertudh utama (Mahathir), Parlimen, polis, BPR dan pihak media dan stesen pemancar yang sentiasa akur menjadi hamba abdi Mahathir bila dihantui dengan perkara yang mencemarkan martabat PM sendiri hanya membawa makna bahawa orang tertuduh utama itu memang bersalah.

Hanya ada satu jalan sahaja yang dianggap terhormat menjadi pilihan Perdana Menteri, dan jalan itu ialah beliau meletakkan jawatannya. Walaupun mungkin wujud satu perkara ganjil yang dia tidak terpalit dengan skandal ini, dia sudah berbuat dosa yang tidak boleh diampun, kerana sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawab terus terhadap BPR, dia seharusnya bertindak menanggung beban dan tanggungjawab kerana kegagalan BPR untuk menyatakan sebarang kesan yang boleh diterima-pakai terhadap penipuan yang amat besar itu, memandangkan masa yang panjang untuk menyiasatnya.

Kim Quek

Tamat. SPAR.

Hits: