Promosi MAS Yang Haprak
(MAS Promotion that is not)
MGG Pillai 16/3/02.
MAS sudah menjadi begitu bercelaru seakan-akan insan yang menunggangnya tetapi
kini melangkah bergaya menuju ke bank sambil ketawa. Ia seakan-akan ayam togel
yang dimainkan oleh Tajuddin Ramli sepuas-puasnya sehingga sebarang usaha untuk
mendapatkan kembali sokongan penumpang , tidak ramai yang mengetahuinya. Akhbar
Malaysia menyiarkan iklan semuka penuh senarai tambang istimewa kepada keluarga
dan warga tua ketika berlangsungnya ekspo pelancongan MATTA antara 15 hingga 17
Mac, 2002. Daripada iklan yang diedarkan ada tercatat: 'Tambang murah kepada
destinasi pilihan, tambang khas untuk keluarga dan warga tua, dan lebih 100
potongan harga untuk pekej percutian'. Kalau anda cuba membuat tempahan tiket
melalui telefon, anda tidak akan menghadapi masalah. Tetapi, kalau anda pergi ke
tapak ekspo MATTA untuk membeli tiket itu, bermulalah masalah anda untuk
mendapatkannya.
MATTA mengenakan tiket masuk sebanyak RM3, yang menjanjikan hadiah tiket
memasuki litar lumba F-1 di Sepang. Kisah kelentongan dan penipuan niaga memang
sudah menjadi sebahagian budaya kita. Alangkah beraninya MATTA beranggapan oleh
kerana saya bercadang untuk bercuti ke Ougadougou, tentu saya mempunyai
keinginan menyaksikan perlumbaan kereta F-1. Tetapi, anda mengetahui hal itu
hanya selepas tiba di sana. Setelah membelinya dan pergi ke kaunter tiket MAS -
anda mesti ingat betapa di Malaysia ini, setiap yang percuma sesiapa sahaja
termasuk anak-pinak mereka akan muncul mengutipnya; budaya ‘kiasu’ (takut
kalah) adalah satu cara hidup di sini dan juga di Singapura. Tetapi inipun akan
memeranjatkan anda, kerana tidak ada benarnya dengan apa yang dijanjikan oleh
MAS.
Isteri kepada seorang teman mahu membeli tiket untuk pergi ke Perth. Kalau anda
percaya dengan iklan MAS, anak lelakinya boleh terbang sama. Tetapi janji itu
dinafikan oleh petugas kaunter MAS. Untuk layak dengan kemudahan itu anda perlu
membeli dua tiket untuk orang dewasa. Tak mengapalah, belilah dua tiket untuk
orang dewasa, untuk penerbangan minggu hadapan. Maaf, kata petugas itu, tambang
istimewa itu bermula hanya pada 14 April. Tetapi, perkara itu tidak pula
dicatatkan di dalam iklan. Kaunter tempahan MAS, yang dihubunginya, tidak pula
tahu-menahu akan perkara itu. Jadi, diapun menempah tiket biasa, untuk
diberitahu oleh wakil pelancongannya bahawa MAS sudah menyekat penjualan tiket
kepada destinasi tertentu, dan dia tidak bersedia menjualkan tiket seperti itu.
Inilah caranya MAS menguruskan hubungan serantanya. Ia menaikkan tambang laluan
tempatan untuk menaikkan hasil pendapatannya, tetapi mengurangkan perkhidmatan
sajian supaya mereka yang membeli tiket murah ke destinasi luar negara boleh
menjamu selera dengan memakan caviar (telur ikan) dan chateaubriand (kiju
murahan). Tetapi, anda tidak boleh mengatakan pusat MAS di MATTA itu tidak
berguna. Bukannya anda mahu terbang ke Sri Lanka? Anda boleh terbang ke sana,
bersama anak secara percuma dan pulang selepas satu minggu bercanda. Dengan lain
perkataan, promosi MAS itu adalah satu penipuan besar. Kalaulah sebuah syarikat
kecil yang membuatnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
tentu bergegas secepat mungkin menjenguknya. Oleh kerana kelentongan MAS begitu
besar hapraknya, kementerian yang sama tidak tahu bagaimana memulakan siasatan
mereka.
Mereka yang menggunakan khidmat MAS sedar betapa bercelarunya pusat perniagaan
MAS di seberang laut. Di India ia bersaing dengan Air India untuk memberikan
khidmat yang paling buruk sekali. Walaupun anda mempunyai tiket yang diperakukan
tempat duduknya, dan jarak destinasi penerbangan anda ialah lima ratus kilometer
jauhnya di sebuah perkampungan terpencil, kerana itu anda mahu diyakini akan
penerbangan yang akan dinaiki. Anda berkemungkinan diberitahu disebabkan tidak
membuat pengesahan, tiket anda sudah dijual kepada orang lain. Ramai pengembara
ke India lebih selesa memilih seribu pejuang Taliban yang menjerit kerana
tersilap mengecam beliau sebagai George W Bush, daripada membuat tempahan tiket
MAS menuju destinasi ke India.
Seperti kebanyakan institusi Malaysia, MAS tidak mempunyai kepercayaan betapa ia
mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hati para penumpang dan pengembara.
Ataupun membuat mereka ghairah mahu melancong bersama MAS. Pada kebiasannya saya
tidak menggunakan MAS kalau saya mahu singgah sebentar di beberapa perhentian
dalam perjalanan yang ketat jadualnya. Saya terpaksa menghabiskan masa panjang
cuba menentukan tiket yang sudah diperakukan berbanding persoalan kenapa saya
menggunakannya. Walaupun saya diharamkan mendarat di Singapura dan tidak pernah
menjenguk negara itu selama 12 tahun, saya masih memilih SIA kerana kecanggihan
perkhidmatan mereka. Yang perlu saya lakukan ialah untuk tiba dengan masa yang
tepat di lapangan terbang. SIA wujud untuk memberikan perkhidmatan; MAS
diwujudkan supaya para pemiliknya boleh membalun harta dan memberikan
perkhidmatan haprak kepada pelanggannya sehingga mereka memilih perkhidmatan
lain. Inilah yang jelas dilihat disetiap bentuk perkhidmatan MAS, apa yang
terjadi di MATTA adalah contohnya yang baik. Mampukah MAS memberikan penjelasan
apa yang terjadi? Jauh panggang dari api!
MGG
pillai@mgg.pc.my
Hits: