Para Peguam Kini Boleh  Mengiklan Perkhidmatan Mereka
(Lawyers can now hawk their   services)
12/12/2001.


Garis pemisah  yang sungguh nipis  antara perjawatan dan perkhidmatannya  sudah lama ghaib  satu ketika dulu apabila sekolah mula  mengejar keuntungan besar. Ketika itulah munculnya  kerjaya  yang melambangkan  perkhidmatan awam,  sukar untuk menjadi anggotanya tetapi masih boleh diusahakan. Bidang itu tidak  mempunyai banyak   peraturannya dan  membolehkan sesiapa   memasukinya, cuma ia menjadi  mahal untuk keluar darinya. Sekarang, perkara begitu sudah tidak seperti dulu. Sekitar satu juta  ringgit  diperlukan  dan sedikit  lebih lagi untuk mendapatkan satu ijazah professional, dan hampir sama banyaknya  untuk memasuki bidang profession itu. Jika  para professional boleh  mengiklan perkhidmatannya, kenapa pula hak itu dinafikan kepada para peguam?  Di Malaysia budaya berlagak  adalah satu kemestian dalam bidang undang-undang seperti juga dalam bidang pertukangan, walaupun  bidang pertukangan kini sedang diruntun hutang bertapuk yang  berbilion banyaknya  membina satu jambatan daripada satu tempat yang tidak menentu ke satu tempat yang tidak ada orang  yang  tahu. Para peguam di Malaysia kini adalah merupakan orang perniagaan, dan bertegas mereka adalah laksana orang berniaga, mesti mengiklan perkhidmatan mereka. Majlis Peguam sengaja  melecehkan hal ini  bertahun lamanya bukan untuk menyelesaikan  isu ini, seperti yang dijangka dalam  Darulboleh, apakah relevan isu itu, tetapi lebih untuk mengelirukan sesama sendiri.


Dengan demikian, segelintir firma  guaman yang mempunyai puluhan, kalau bukan ratusan  peguam yang  berkepak di sarang mereka, telah bertindak mengiklan perkhidmatan mereka di laman web sendirian  dan sekaligus  memperlekehkan  perdebatan yang usang  itu. Majlis Peguam berfikiran tidak guna  meributkan keadaan,  walaupun ada  segelintir peguam akan diberi ingatan  agar patuh kepada peraturan piagam, selalunya apabila keghairahan  memasang iklan itu menjadi semakin galak. Banyak firma ini memang angkuh dan   perpengaruh  dan ada yang  mempunyai kekebalan  melanggar piagam mengikut   selera mereka.  Saya tidak perlu menamakan firma yang seperti ini.  Hinggalah menjadi satu perkara biasa  apabila ‘Legal Profession (Publicity) Rules 2001’ melonggarkan peraturan yang begitu ketat itu  yang pada asalnya mereka hanya diterima untuk  menjadi  peguam dan peguam cara. Dalam paparan muka depannya   pada 11 Disember, 2001,The New Straits Times  telah memberikan gambaran berapa para peguam yang dibelenggu  peraturan  memasang iklan itu kini  boleh bernafas lega.  Mereka boleh memasang iklan di luar negara, dan meminta diberi peluang yang sama, apa sajakah maknanya,  boleh bersaing  untuk menjalankan tugasan korporat di rantau ini yang memang mahal  bayarannya, dan  menonjolkan Malaysia  di peta  dunia.

Saya tidak percaya  pengiklanan seperti itu akan banyak  gunanya. Ia hanya akan menyauk seorang asing yang tidak berwaspada,  tetapi ini bersamaan dengan memujuk rayu untuk mendapatkan peluang perniagaan. Kebanyakan orang yang memerlukan  firma seperti  itu adalah  syarikat besar, bukannya orang persendirian dan tentu mereka telah menerima pandangan  penasihat undang-undang mereka siapa yang harus disauk. Keputusan seperti itu tidak akan dilakukan oleh seorang rakan niaga dengan cara  melayari laman web  ataupun melalui iklan yang terpapar di New York Times, The Guardian,  ataupun The New Straits Times. Tetapi gelagat begini yang mengembangkan hidung keegoan syarikat tersebut. Lagi besar syarikat itu, lagi tebal tahi minyak keegoannya.  Iklan hanya merupakan pelicin dalam proses itu. Terdapat beberapa  syarikat guaman di negara  ini  yang memang merupakan  satu tenaga  perundangan antarabangsa  kerana kepakaran  mereka  mengenai Malaysia dan telahpun mencapai  martabat unggulan   tanpa memasang iklan  kerana mematuhi   amalan piagam lama. Ada yang sudah  dibiarkan begitu sahaja, itu pun disebabkan  rakan perkongsian memikirkan mereka lebih selesa  bergantung kepada nama baik firma itu sejak dulu-dulu.

Tetapi, begitulah keadaannya, orang masih percaya bahawa peguam tidak boleh mencanang  perkhidmatannya,  (saya boleh menyebut  beberapa  nama peguam yang sengaja memasang iklan merata tempat); mereka tidak  memasang iklan (tetapi saya kerap melihat mereka mengunjuk kad perniagaan di majlis koktel); mereka dikatakan  cekap dan  menjalankan tugas dengan cermat; (tetapi saya kenal segelintir yang  haprak bertugas dalam firma yang terbaik).  Saya telah berurusan dengan  peguam yang baik dan kurang baik, ada yang boleh saya percaya dengan nyawa sendiri dan ada yang  memang tidak saya senangi  untuk berurusan.  Tidak ada bezanya dengan  profesion  yang lain.

Selalunya  melalui hebahan mulut  ke  mulut, yang membolehkan  kita memilih seorang peguam yang kita senangi. Itulah juga caranya nama mereka didengari oleh   peguam berwibawa di  luar negara.  Tetapi, syarikat guaman kini mengiklan perkhidmatan mereka secara menyeluruh di  luar negara.  Ini memerlukan kita peka dengan  amalan guaman di seberang laut. Ia tidak seharusnya  dicanang sebagai  bertujuan untuk berdaya-saing secara   berkesan  dengan peguam asing. Kalau anda berkesan, sudah tentu ada kesannya. Apakah  anda seorang peguam yang   berkesan sedangkan tidak ada kesannya?  Tetapi  banyak  firma guaman korporat ghairah dengan mainan baru mereka  ini. Apa yang kerajaan lakukan ialah memberikan kemudahan  mereka bermain-main. Kerajaan pun bukannya suka bermain lebih dari itu.

pilli@mgg.pc.my

Hits: