TARBIAH
MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID
Tarbiyah
Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya,
beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin
yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan
Allah SWT.
Rasulullah
SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka,
sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam
berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan
sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila
Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai
harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh
keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn
Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.
Semua
ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di
dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan
ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata
tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW
pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan
meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan
kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah
(berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun.
Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam
syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di
atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Hasan
al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad
adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
Sabda
Rasuluilah SAW:
"Barangsiapa
mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya
seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah
tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan
setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara
kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad
dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan
cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan
tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.
Proses
Tarbiyah mesti berterusan
Proses
Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan
separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat
seorang muslim. Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan
pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai
atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan
layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.
Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah
kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan
keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan
melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin
berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya
iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa
kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al
Hakim dan At Tabrani)
Faktor
kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr.
Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa
faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
i.
Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling
berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai
kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani
sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan
Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap.
Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan
untuk sampai kepada kejayaan.
ii.
Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua
aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii.
Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni.
Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat
dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan
dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak
dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan
berjemaah.
iv.
Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan
kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada
hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap
perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan.
Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati
telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu
benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."
v.
Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan
pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka
yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau
pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di
sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat,
jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang
memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang
pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan
dengan prinsip-prinsip atau
PENUTUP
Menjadikan
Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah
lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan
sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan
masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.
Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses
berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).
Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak
akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang
bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan
keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.
Hits: