TAZKIRAH 18: MENGENAL MUSUH-MUSUH ALLAH

Alhamdulillah. Segala puji dan pujian hanyasanya layak bagi Allah s.w.t sahaja. Salam dan selawat      ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Betapa durjananya tentera-tentera syaitan yang masih meneruskan agenda terkutuk mereka ke atas bumi Afghanistan. Tentera-tentera syaitan ini sedikitpun tidak merasa segan silu malah terus merasa angkuh terhadap orang-orang Islam. Kita di Malaysia ini setidak-tidaknya mestilah menghantar bantuan kewangan, sokongan dan doa untuk para mujahid Islam di sana. Kita janganlah takut kepada ancaman orang-orang munafik di sini yang cuba menghalang kita. KIta hanya takutkan Allah s.w.t. dan tidak terhadap manusia. Sesungguhnya orang-orang munafik di sini juga akan hancur sebagaimana hancurnya nanti tentera-tentera syaitan, Insya-Allah. Kita akan meneruskan siri pengajian ilmu Islam kita hasil tulisan Dr. Yusuf Al-Qardawy dan sahabatnya yang bertajuk ' Tipu daya Orientalis, Atheis & Missionari terhadap Islam'. Kita akan mengkaji dari Bab 1 dan 2 buku ini.

Bab 1 - Serangan Lapuk :

Serangan yang dilakukan terhadap agama apa pun bukan suatu hal yang baru. Bukan yang hanya dilakukan oleh golongan materialisme Marxisme, yang beranggapan agama sebagai racun masyarakat.

Seorang pujangga Perancis, Foltaire berkata, bahawa gagasan mengadaklan Tuhan itu dibuat-buat oleh para penipu licik terhadap orang lain yang mahu membenarkan apa yang mereka perkatakan, dari golongan bodoh dan lemah fikirannya. Foltaire bukanlah orang yang pertama yang berkata begitu. Sememangnya telah ada yang beranggapan begitu,iaitu golongan Sophistic Yunani. Golongan ini mengingkari segala wujud atau meragukan adanya. Di antara kesesatan dan keraguan yang tersebar luas di kalangan mereka ialah, bahawa pada mulanya manusia itu hanya tunduk pada kekuatan, bukan kepada agama atau undang-undang. Kemudian dibuat undang-undang dan setelah itu segala gejala kerosakan yang kecil-kecil mulai berkurang. Tetapi kejahatan yang tersembunyi terus bertebaran di sana-sini. Lalu timbul idea pada sebahagian golongan ramai, bahawa di langit sana ada kekuatan yang kekal abadi, yang boleh melihat segala sesuatu, boleh mendengar apa sahaja dan dengan kebijaksanaannya boleh mengawal sesuatu.

Adanya aqidah tertentu dan model ibadah yang dibuat oleh setengah manusia memang boleh terjadi. Adapun hakikat idea beragama sama sekali tidak ada dasar, kalau timbul sesudah manusia berkembang.

Bab 2 - Beragama adalah bersifat fitrah.

Di dalam ensiklopedia La Rose abad ke 10, mengatakan : ' Naluri beragama ada pada setiap bangsa umat manusia, sekalipun pada manusia yang sangat biadap dan cara hidupnya lebih dekat pada haiwan. Dan memperhatikan masalah Ketuhanan dan segala yang ghaib merupakan salah satu dorongan yang bersifat universal'.

Henry Bergson telah berkata: ' Sesungguhnya telah ada dan akan tetap ada masyarakat manusia yang tidak berilmu, tidak berpengetahuan, tidak berseni dan tidak berfalsafah. Tetapi tidak akan pernah ada masyarakat tanpa agama'.

Ernest Renan dalam buku Tarikhul Adyan telah berkata : ' Adalah tidak mustahil segala sesuatu yang kita sukai akan lenyap dan kebebasan berfikir, ilmu dan industri akan hilang. Akan tetapi mustahil naluri beragama boleh lenyap. Bahkan akan selalu tampil sebagai bantahan yang mengingkari kebenaran aliran materialisme, yang bermaksud mengurung pemikiran manusia pada lapangan kehidupan dunia yang sempit lagi rendah '.

Terhadap  pernyataan ini, Dr. Farid Wajdi dalam Ensiklopedia Daairatul Ma'arif telah memberi komentarnya pada bab 'din'. Katanya: ' Memang mustahil hidup beragama boleh lenyap. Sebab idea ini merupakan dorongan nafsaniyah tertinggi dan emosi yang paling harus. Perhatikanlah dorongan naluri menundukkan kepala ( untuk memberi hormat). Bahkan dorongan ( beragama) ini akan bertambah kuat. Naluri beragama selalu melekat pada diri manusia selama ia mempunyai akal untuk memikirkan yang baik dan yang buruk dan naluri ini menjadi bertambah kuat, bila manusia bertambah tinggi dan luas ilmu dan pengetahuannya'.

Memang beriman kepada kekuatan Maha Tinggi, beriman kepada Pencipta alam semesta ini, pengatur dan pengendali urusan dalam sisirem yang yang amat bijak, adalah sesuatu keharusan akal, di samping menjadi keharusan naluri dan kesedaran hati nurani. Akal manusia tanpa ilmu dan pengetahuan apapun mahu percaya kepada hukum sebab-akibat, bahawa tidak ada wujud tanpa pembuatnya. Tanpa beragama dan iman, maka pertanyaan yang diajukan oleh Al-Quran akan membuat kebingunagn tanpa boleh dijawab: Firman Allah Ta'ala : ( Terjemahan ) " ( Mengapa mereka tidak beriman)? Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?" " Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? ( Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini ( kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya)". ( Surah At-Thur : 35-36 )

Jelaslah kiranya seperti jelasnya terang di siang hari, bahawa mereka tercipta bukan tanpa Pencipta dan jelas pula bahawa mereka tidak mencipta diri mereka sendiri. Tidak seorang pun manusia boleh mengaku mencipta satu pun zarrah ( atom ) di langit atau di bumi. Tidak ada jalan lain kecuali harus mengakui adanya Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berilmu dan Yang Maha Bijak, yang telah memberikan wujud kepada segala yang ada, kemudian memberinya petunjuk.

Keingkaran mereka untuk mengakui adanya Tuhan hanyalah kerana Tuhan itu tidak dapat dilihat oleh mata. Maka, mereka lalu berlindung pada kekuatan lain, yang mereka namakan ' alam '. Para penyembah berhala dan kaum jahiliyah dahulu justeru berfikir sederhana sahaja, tidak berbelit-belit dan tidak berputar-putar seperti kaum naturalisme, kerana mereka mahu mengakui tuntutan naluri dan akalnya. Kaum penyembah berhala itu kalau di tanya, siapakah pencipta langit dan bumi? Mereka menjawab dengan tegas dan tepat: " Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Tahu. ' Al-Quran dengan tegas pula menyatakan : ( Terjemahan ) "Katakanlah kepada mereka ( yang musyrik itu ) : Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang yang mentadbirkan urusan sekalian alam? ( Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka        ( yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya. Oleh itu, katakanlah: ( Jika kamu mengakui yang demikian, maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa)?"  ( Surah Yunus : 31)

....................bersambung lagi, Insya-Allah.

H.M.Subuh

Hits: