SIAPA INI SHAYKH KABBANI?
Cili Api terpegun kerana para pemimpin tertinggi BN dan media pengampu mereka
begitu cepat sekali mengikut rentak lagu sumbang yang didendangkan oleh Shaykh
Muhammed Hisham Kabbani. Beliau diagung-agungkan sebagai pemimpin “Islamic
Supreme Council of America” (atau Majlis Tertinggi Islam di Amerika – ISCA).
Siapakah Shaykh ini dan apakah ISCA itu?
Mengikut maklumat yang diketahui, Shaykh ini lahir di Suria dan lulus universiti
dari Beirut dan Damshek. Beliau seorang tokoh dalam Tarikah Naqshabandi, yang
dipimpin oleh Shaykh Nizam, berpusat di Cyprus. Tarikat ini terkenal
mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang sultan dan pembesar di
Malaysia dan Brunai.
Pada tahun 1991 Shaykh Kabbani telah dihantar oleh pemimpinnya untuk membuka
pusat-pusat tarikat ini di Amerika Syarikat dan Kanada. Cili Api dinasihatkan
bahawa ISCA menggabungkan terutama sekali golongan tarikat ini di AS, dan
Shaykh ini cuma memimpin majlis ini saja. Tidak lebih dari itu.
Cili Api dapat khabar hubungan Shaykh ini dengan kebanyakan pertubuhan Islam
lain di AS tidak begitu baik. Mengikut sebuah risalah yang ditulis oleh bekas
Duta AS, John R. Mallot, Shaykh ini pernah membuat ucapan di Jabatan Negara pada
tahun 1999, menuduh konon banyak wang yang dikutip oleh pertubuhan-pertubuhan
Islam di AS digunakan untuk membeli senjata membantu golongan militan. Beliau
juga mendakwa 80 peratus daripada 2000 buah masjid di AS adalah diselenggara
oleh pertubuhan-pertubuhan ekstremis Islam.
Beberapa buah pertubuhan Islam di AS telah membantah dan mendesak supaya Shaykh
ini membuktikan tuduhan palsu beliau. Mereka meminta beliau menarik balik
tuduhazn itu. Akan tetapi sehingga sekarang beliau tidak menarik membuktikan
tuduhan atau menarik baliknya. Cili Api nampak, Shaykh ini suka baling batu dan
sembunyi tangan. Serupa macam Dolah Badwi juga. Ini bukan cara Islam.
Kebetulan, ISNA (Islamic Society of North America atau Persatuan Islam Amerika
Utara) menyelenggara 80 peratus daripada masjid di AS. Nyata sekali secara
berselindung Shaykh itu menuduh ISNA. Kebetulan juga lagi, ISNA telah menarik
balik undangan kepada Dr M @ Cek Det untuk berucap dalam persidangan anjuran
mereka di Chicago pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2001, ISNA telah
mengundang Dr Wan Azizah pula untuk berucap. Sampai ke telinga Cili
Api bahawa Cek Det sangat murka kerana merasa terhina.
Sangat pelik bin ajaib sekiranya ISNA dituduh sebagai pertubuhan ekstremis. Bak
kata Malott, bukankah pertubuhan-pertubuhan Islam yang dituduh oleh Shaykh itu
telah bertemu dengan Presiden Bush? Jikalau mereka ekstremis dan menyokong
keganasan, bolehkah mereka diterima ke Rumah Putih? Lagi pula, bukankah
Presiden ISNA salah seorang pemimpin pelbagai agama yang telah diundang
untuk membaca doa dalam majlis memperingati mangsa-mangsa serangan ganas11
September, yang diadakan di bawah riayah Presiden Bush?
Cili Api lihat Dolah Badwi telah digoreng saja oleh Shaykh ini.
Hits: