LAGI MENGENAI USTAZ SHAMSURI
Assalamualaikum,
Sedikit mengenai isu Ustaz Shamsuri. Saya tidak bercadang utk mengulas article oleh LyMetalBrutal sebab dari isi articlenya yg berunsur fitnah dan kutukan, sudah mencerminkan peribadinya dan hati budinya. Rasulullah S.A.W pun pernah mengatakan jika baik hati, maka baiklah peribadi. Malah, saya tidak yakin bahawa beliau adalah seorang reformist sebenar, tak mustahil dia adalah sb sb yg dilatih untuk memburuk-burukkan peribadi seseorang yg punya banyak pengaruh di kalangan reformist. Wallahua'lam.
Saya cuma ingin mengulas article oleh Tok Perang. Saya respect sikapnya yg tidak mahu menerima bulat bulat apa apa berita yg tidak dilihatnya sendiri. Dia sanggup pergi dan siasat sendiri apa jua dakwaan yg diterimanya. Namun, ternyata beliau mengambil sikap untuk terus menyalahkan Ustaz Shamsuri di atas kontroversi yg timbul baru baru ini. (Bukan bermaksud taksub pd mana mana guru, tapi, saya fikir org Pas pun akan bangun membela jika TG Nik Aziz difitnah begitu).
Saya pernah menulis dahulu bahawa kita tidak pernah merasa seperti apa yang org spt Ustaz Shamsuri ini rasakan. kita belum pernah ditangkap isa. berdasarkan pengalaman mereka mereka yg pernah merasa diisakan, memang kita dapati penyiksaannya teruk sekali. cara mereka ditorture hingga menimbulkan kekeliruan dan silap silap boleh diturnover. saya tidak salahkan mereka seratus peratus, kerana kita sendiri tidak pernah merasa bagaimana ditorture begitu rupa. kita hanya boleh mengatakan... "eleh, torture sikit pun dah mengalah. kalau aku.....heh...." tapi, kita tidak duduk di situ. di mana kita hanya keseorangan dan 'mereka' ramai dan dengan sumber maklumat yg ada hanyalah dari mereka. kalau dah setiap hari diberitahu benda yg sama, tak kira siang malam, tak kira kita bersedia atau tidak, letih mengantuk dsbnya. dengan tak ada siapa untuk memberi sokongan, bagaimana otak kita boleh menepis sepenuhnya maklumat palsu yg mereka beri? dgn keadaan kita mahu lari dari siksaan yg sebegitu hingga berbulan lamanya, apakah tidak mungkin akhirnya seseorang itu akan mengalah? paling tidak pun sekurang kurangnya mereka akan berpura pura telah 'diturnover' kerana tidak mahu lagi disiksa jika menunjukkan keras kepala. lantas, kita yg tetiba melihat mereka seolah telah diturnover mudah mudah menuduh mereka sudah berpaling tadah. sehingga ada yg berani menuduh munafiq! Nauzubillah hi min Zalliq! patutkah begitu?
Saya kira begitulah juga dalam kes Ustaz Shamsuri ini (itulah juga sebab kita tengok mereka mereka yg ditahan isa akan memberitahu bahawa mereka tidak diapa apakan, dilayan dgn baik... tetapi hanya sewaktu sb sb/polis di sisi.) Pada saya tidak ada salahnya Ustaz Shamsuri berdakwah di atas pentas umno waktu itu, kerana memang majlis itu adalah majlis ilmu (walaupun jika sekadar kulit sahaja). lagipun, ilmu atau dakwah tidak terbatas tempatnya. malah gerakan Ikhwanul muslimin dahulu berdakwah hingga ke pub dan disko disko! Jadi di mana salahnya jika Ustaz Shamsuri berdakwah jika hanya di atas pentas umno sedangkan apa yg disampaikan adalah Ilmu ALLAH? dan di atas kebenaran? Bagaimana kita mahu menghilangkan prejudis sesetengah orang pd PAS atau pihak pembangkang lainnya, jika kita sendiri prejudis pd orang lain? ya, kita sesekali tidak akan masuk ke dalam umno atau terlibat dgn apa apa yg berkaitan dgn umno, sekalipun dibunuh. (benarkah?!) Tapi, bukankah TG NIk Aziz sendiri ada mengatakan bahwa pas akan dibubarkan kalau umno bersedia untuk menjadikan Quran dan Sunnah sebagai landasan perjuangan. bermakna bukan umno itu yg penting tetapi sikap pemimpin dan rata rata ahli ahli mereka yg kita mahu perbetulkan. Betul tak? Saya sendiri pun memang benci dgn umno ini tapi saya masih menyanjung seorang guru Ugama di tempat saya -sekadar contoh- (bekas guru besar saya) yang ikhlas memperjuangkan Islam. Beliau menyebarkan Ilmu ALLAH melalui kitab kitab yg dibacanya di surau surau dan masjid walaupun saya tahu dia memegang jawatan dlm umno (ketika itu) dan bukan ahli pas. Kehidupan dan anak isterinya tidaklah seperti kebanyakan ahli umno yg lain dan nampak dia mempraktikkan apa yg diajarnya kepada anak anak muridnya. Malah ketika dia sedang berceramah, dia akan duduk sewaktu minum air sekalipun dia sedang berdiri waktu berceramah. Sikapnya seperti sikap Ustaz Shamsuri yg mengajar ilmu kepada umat Islam tanpa menghentam dan menamakan mana mana pihak (kecuali kalau ada yg terkena atau terasa). Bagi saya, walaupun saya wonder kenapa dia bergiat dlm umno (sekarang saya tak pasti lagilah), namun saya tetap pergi ke majlis majlis ilmu beliau, kerana banyak ilmu yg saya dapati dari beliau. kisah kisah dan tauladan yg diceritakannya banyak yg saya belum pernah dengar, menunjukkan dia seorang yg sgt rajin membaca. Kerana pada saya tak kiralah dia umno ke apa, asal dia menyampaikan Ilmu ALLAH dan yg penting dia MEMPRAKTIKKAN ilmunya, saya tetap akan pergi padanya utk mendapatkan ilmu.
Berbalik pada Ustaz Shamsuri. Memang Ustaz Shamsuri bukan maksum. (kita bagaimana?) kalau ada sedikit kesilapannya adalah kerana dia juga manusia biasa. Apakah kita lupa berapa banyak ilmu yg ALLAH beri pd kita melalui Ustaz Shamsuri yg sanggup kita lupakan hanya kerana kesilapan kesilapan kecil seperti yg kita semua nampak. Malah, Tok Perang sendiri ada memberitahu tentang bagaimana beliau mengikut kuliah yg latest Ustaz Shamsuri berikan (selepas Ustaz keluar isa) seperti ada sesuatu yg mahu disampaikannya, ternyata dia masih seperti dahulu. Pada saya, hal ini menunjukkan betapa hatinya bersih, jauh dari sifat berdendam pada orang yg menganiayanya. Saya rasa jika Ustaz Shamsuri adalah manusia hipokrit, yg tidak mengamalkan apa yg diajarnya seperti tuduhan sesetengah pihak, sudah tentu, waktu itu dia sudah terang terang akan menghentam pembangkang seperti mana yg biasa kita lihat oleh sesetengah orang yg lompat parti. Lagipun apa guna dia membenarkan dirinya berada dalam situasi yg boleh menyebabkan dia ditangkap lagi kerana hal itu menyebabkan dia tidak dapat lagi menyampaikan kuliah kuliah Agamanya, kerana seperti yg kita maklum ganjaran orang yg menyebarkan Ilmu ke jalan ALLAH sangat besar ganjarannya. Ganjarannya bukan habis hingga ke liang lahad tetapi berterusan selagi orang mengamal ilmu yg kita ajarkan walaupun sehingga kiamat. Lagipun kalau dah semua orang yg mengajar Agama menyatakan terang terangan stand mereka mengikut parti pembangkang (seperti yg sesetengah orang mahukan), siapa lagi yg akan menyampaikan Ilmu ALLAH dgn ikhlas kalau dah mereka mereka ini ditangkap? Di sinilah peranan Ustaz ustaz seperti Ustaz Shamsuri dan yg lain nya itu. Lagipun, ceramah atau kuliah yg begini akan menarik minat kesemua orang, tidak kira dari parti mana atau yg jenis tak minat politik. Kerana kita tahu org umno tidak akan ke kuliah org pas dan begitulah sebaliknya. mana lebih baik dan lebih meluas penyampaian ilmunya?
Akhir sekali, buanglah sikap prejudis sepertimana kita tidak mahu orang lain prejudis dgn kita. Akuilah kesalahan dan kesilapan sendiri dan terimalah kebenaran walaupun dari seorang kanak kanak. Akhir kata, yg benar dari ALLAH, yg jahat dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.
-Hamba ALLAH.
Hits: