Pemimpin Politik Malaysia Laksana Telur di Hujung Tanduk
(Malaysian leader walks political tightrope)
oleh: Anthony C. LoBaido
Artikel asal ada di halaman Webantu
https://members.tripod.com/lamankm2/cgi-bin/forum.cgi?read=6776

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad ialah seorang 'maverick' dan merupakan satu enigma kepada rakan dan musuhnya.

Dia telah menghumban musuh politik beliau seperti mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim untuk dipenjara selama enam tahun, namun dia berlagak sebagai seorang insan yang menyuarakan fahaman moderasi. Dia telah menunjukkan sokongan kepada usaha Presiden Bush memerangi dunia untuk memusnahkan keganasan sambil celupar menyatakan 'unsur anti-keIslaman' dalam usaha itu. Warga Israel tidakpun dibenarkan melawat negaranya.

Mahathir bertegas betapa dia menyokong globalisasi tetapi dia telah merancang beberapa peraturan unilateral untuk menentukan kedaulatan kewangan Malaysia. Dia menyerang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah pertubuhan yang dikuasai oleh 'kelab orang putih'.

Memang menjadi pengetahuan umum bahawa Mahathir amat membenci hegemoni kewangan dan budaya dunia barat.

Pada 1997, kewangan Asia dihenyak oleh krisis kewangan dunia, Mahathir telah mempertahankan kedudukan kewangan Malaysia dengan menutup bekalan wang ringgit kepada penyamun matawang barat. Ketika itu Setiausaha Negara Amerika Madeleine Albright berpendapat bahawa 'pendapat Dr. Mahathir tidak boleh diterima-pakai'. Tetapi Setiausaha Perbandaharaan Amerika, Robert Rubin telah memuji tindakan Mahathir sebagai satu tindakan proaktif untuk menangani krisis kewangan ketika itu.

Apabila ahli-ahli sosiologis Malaysia mengeluarkan satu laporan menunjukkan peningkatan angka ibu tunggal, Mahathir yang dianggap berfahaman populis, telah mengarahkan Rais Yatim untuk memperkasakan nilai keIslaman dengan membentuk satu mahkamah khas menangani isu itu. "Persoalan yang perlu direnungkan sekarang ini apakah rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam, telah menyimpang daripada landasan nilai hidup asal mereka yang sudah dianggap sebagai normal," kata satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri. "Angka ini menunjukkan bahawa kita akan dihambat krisis sosial."

Menangani isu itu tidaklah sehebat usaha menyusun semula Jabatan Peguam Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan media massa.

Siapakah manusia yang menyelamatkan Malaysia daripada ekonomi negaranya yang merudum dan menentukan kadar tukaran matawang negaranya, penggabungan bank, derivatif, dasar fiskal dan kewangan dan kawalan modal? Siapakah insan itu yang merancang pembinaan semula keseluruhan ibu negaranya Kuala Lumpur untuk menjadi satu bandar masa depan yang mesra alam dan menjanjikan usaha menghambat militan Islam yang anti-Barat di merata negaranya?

Avi Moran ialah seorang pakar teknologi tinggi (high-tech) Israel dan bekas pegawai pasukan khas Sarayat Matkal (perisik ganas polis Israel, semacam Mossad - penterjemah) baru-baru ini menghabiskan dua bulan di Malaysia. Dia menceritakan satu kisah sebuah negara yang banyak percanggahannya.

"Saya menjadi hairan bagaimana Malaysia boleh mendakwa bersikap menentang keganasan Islam sedangkan ia mempersetujui segala tindakan Palestin," kata Moran yang menyatakan dia dapat bebas melancong di Malaysia hanya disebabkan dia memiliki paspot Peranchis, ibunya seorang warga Israel tetapi bapanya daripada Peranchis.

"Pilihanraya di Malaysia sepanjang kuasa di tangan Mahathir memang berkecamuk, kalau kita menggunakan kata halus," kata Moran. "Keseluruhan hutan rimba telah ditebang sebagai lambang cara Mahathir menguruskan negaranya. Dia mahukan pelaburan asing dan bantuan teknologi luar, tetapi mengikut syaratnya yang tersendiri."

Gelagat Mengimbang

Walaupun Mahathir sudah mengguna-pakai pada sebahagian besar kaedah Barat dalam memerangai keganasan, dia tidak pula melepaskan peluang untuk mengganyang Israel, melalui cakap besarnya, dengan menyetujui perjuangan Palestin.

Malaysia sudahpun menjadi tumpuan utama peperangan keganasan itu. Tiga orang lelaki, termasuk dua orang pengganas yang menumpang sebuah pesawat yang menghunjam Pentagon pada 11 September, pernah bertemu di Malaysia dengan seorang pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia pada tahun 2000.

Minggu lalu, Malaysia mengambil pertimbangan untuk mengekstradisi seorang warga Malaysia yang ditangkap di Singpura kerana tuduhan terbabit dengan aktiviti keganasan. Faiz Abu Bakar Bafana, adalah namanya. Sekitar 50 warga Malaysia dipercayai terbabit dengan jaringan Al Qaeda, dan sebahagian besar mereka itu diakui oleh Mahathir 'telah dilatih di Afghanistan'.

Kumpulan Jihad Malaysia (yang didakwa Mahathir sebagai) 'KMM' sudah merupakan sasaran penguatkuasa antarabangsa yang aktif memerangi keganasan. Ada seorang pengganas yang sedang dijejaki oleh Malaysia, 'Hambali' yang juga dikenali sebagai Riduan Isamuddin, dipercayai mengetuai satu sel keganasan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Hambali didakwa mempunyai kaitan dalam pengeboman USS Cole.

Mahathir telah memberitahu majalah Jepun 'Chuokoron' minggu lalu betapa "sama ada mereka (Al Qaeda) mempunyai satu sel di Malaysia ataupun sama ada mereka bergerak secara bebas, kita tidak pun tahu. Bagi kita, niat mereka itu yang tidak baik."

Walau bagaimanapun, Mahathir telah mengkritik peperangan membasmi keganasan itu, dengan mendakwa 'para panglima' yang bergiat dalam peperangan itu hanya berperang mengganasi negara Islam. Dia juga mengulang-ulang cemuhannya yang menyebut 'keganasan yang ditaja oleh kerajaan' Israel.

"Memanglah itu satu peperangan memerangi keganasan, tetapi ia adalah satu peperangan berpilih-pilih terhadap keganasan sahaja setakat ini," kata Mahathir kepada Chuokoron. "Tidak ada pertanda untuk menghambat pengganas yang lain, termasuk di Palestin, sedangkan ini merupakan soalan utama umat Islam. Setakat ini, fokus ditumpukan terhadap pengganas Islam, seolah-olah tidak ada pengganas yang lain. Lebih 200,000 rakyat Islam Bosnia telah terbunuh, tetapi tidakpun ada satu pertubuhan dunia berbentuk satu gagasan untuk memerangi pengganas Serbia."

Kata Mahathir "nilah yang memberikan gambaran betapa kematian 200,000 umat Islam itu dianggap tidak penting seperti kematian 6,000 manusia yang mati di Amerika. Adalah tidak mungkin anda dapat merangkul kerjasama negara Islam apabila merea melihat hanya pengganas Islam sahaja yang dihambat."

Ketika beliau bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi, Mahathir telah memberi persetujuan kepada Menteri Luarnya, Syed Hamid Albar, untuk berkata: "Jepun percaya bahawa persolan Palestin perlu diselesaikan untuk mencapai kedamaian dan meminimakan ketidak-adilan."

Koizumi sedang mencuba mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Malaysia. November lalu, ASEAN, telah bersetuju dengan China untuk mengadakan satu zon perdagangan bebas Asian membabitkan 2 bilion penduduk sehingga 2012. Tindakan Jepun kali ini adalah bertujuan untuk menyanggah perjanjian perdangan itu, kata pengamat politik.

Ketegangan Jalinan Politik

Walaupun Barisan Nasional pimpinan Mahathir pernah menguasai 148 kerusi daripada 193 yang dipertandingkan untuk kerusi Parlimen Malaysia, dan beliau telah memenangi mandat rakyat sebanyak lima kali, asas sokongan Melayu yang dikuasainya sudah semakin terhakis oleh pengaruh fundamentalis Islam.

Politik Malaysia adalah satu laluan sukar antara UMNO dan PAS. Beberapa parti etnik China seperti DAP turut terbabit dalam pertembungan itu.

UMNO telah lama merupakan parti politik utama Malaysia untuk beberapa dekad dan memang pro-Melayu serta mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Kerajaan Mahathir telah mengaitkan PAS kepada perjuangan 'ekstremis Islam dan kumpulan militan'.

"PAS menguasai satu wilayah penting dalam Malaysia. Negeri Terengganu adalah sumber gas asli dan deposit petroleum," kata Sambok Chittin, seorang pegawai risikan tentera Thailand.

Order baru Dunia

Walaupun Mahathir sedang menghadapi banyak cabaran untuk meminpin kerajaannya ke jalan yang betul, ambisinya tidak semestinya terhad kepada Kuala Lumpur. Dia mahu menubuhkah satu 'order baru dunia' mengikut acuan pemikirannya yang tersendiri.

"Hanya order baru dunia tajaan Mahathir yang akan mendominasi Hemisfera Selatan, dan bukan oleh puak daripada Utara," kata Chittin kepada World Net Daily.

Mahathir memang menyetujui "New International Economic Order" seperti yang dicanang oleh negara membangun sejak tahun 1970-an.

Bulan Mei lalu, Presiden Cuba, Fidel Castro telah diberikan sambutan VIP setibanya di Malaysia untuk berbincang dengan Mahathir akan masa depan negara membangun dan caranya agar 'suara kita boleh didengar'.

Kedua-dua pemimpin itu telah 'berbincang panjang lebar untuk mewujudkan satu order baru dunia yang lebih adil dan lebih saksama', mengikut kata Albar.

Mahathir adalah arkitek yang merencana agar PBB mempunyai hak ke atas Antartika. Dia memberitahu persidangan PBB "semua khazanah dunia yang belum diteroka adalah hak asasi manusia sejagat dan seharusnya menjadi hak politik yang dikuasai oleh Dunia Ketiga."

- Anthony C LoBaido ialah wartawan WorldNet Daily.

Terjemahan SPAR

Hits: