Kisah Pelacur Antara Masyarakat Penguin
(Antarctic Shocker: Penguin Prostitutes)

London: Ada satu cerita yang mengejutkan di Antartika apabila kajian menunjukkan wujudnya penguin betina di Antartika yang mempunyai perangai seperti pelacur di kalangan mereka, seperti yang didedahkan dalam laporan akhbar British. Ini adalah kisah burung betina yang melakukan gelagat pelacuran seolah-olah satu persekongkolan di kalangan mereka.

Para saintis di Ross Island, 800 batu daripada Kutub Selatan, melaporkan penelitian mereka betapa penguin jantan daripada jenis Adelie, memuaskan nafsu tabii mereka dengan membayar upah dalam bentuk ketulan batu, mengikut ‘The Daily Telegraph’ dan ‘The Journal Auk’

Ketulan batu itu diperlukan untuk pembikinan pelantar sarang untuk melindungi telur penguin daripada limpahan salji, dan semua ketulan itu menjadi barangan berharga dan sukar diperolehi jika dicungkil daripada lumpur yang sudah membeku.

Ada penguin yang mencuri ketulan batu batan daripada puak lain, sambil menghadapi risiko serangan tuanpunya barang yang dicuri.

Tetapi, Fiona Hunter daripda Cambridge University dan Lloyd Davis daripada University of Otago, yang ditaja oleh New Zealand Antartic Programme berkata mereka telah merakamkan gelagat penguin betina yang merayu penguin jantan untuk melepaskan nafsu tabii dan membayar dalam bentuk ketulan batu-batan miliknya.

“Penguin betina sudah pandai membuat helah untuk mencuri ketulan batu-batan tanpa diserang balas,” kata Hunter.

Sambil merayap keluar daripada kehangatan badan 'teman lelaki' (suami) mereka, penguin betina menyelinap masuk kawasan sarang penguin jantan yang tinggal bersendirian, sambil memberikan isyarat yang memberahikan seperti mengagguk-angguk dan memberikan jelingan tajam yang menarik nafsu jantan yang kesunyian.

Seandainya penguin jantan yang dipikat itu terpedaya, penguin betinapun bersiap sedia untuk menadah curahan percintaan yang akan dimangsakannya. Selesai ‘membuat kerja’ penguin yang melacur itupun memilih ketulan batu untuk dibawa pulang ke sarang miliknya.

Ada kalanya pelanggan yang merasa kepuasan membenarkan penguin yang menjalang itu membawa pulang lebih daripda seketul batu, dan ada pengguin betina yang sudah pandai betapa ransangan yang mempersonakan sudah mampu melembutkan penguin jantan, merelakan pengambilan seketul dua batu, secara percuma.

Ada seekor penguin yang mamjpu mengumpulkan ‘harta batu’ sebanyak 62 ketul, dengan cara ini, kata Hunter.

‘Penguin jantan mungkin terpedaya dengan tanggapan bahawa penguin betina itu mungkin bersedia untuk menjadi teman hidupnya,” kata beliau.

Namun demikian, kata Huntere, ini tidak bermakna penguin betina itu adalah pelacur upahan.

“Saya tidak fikir penguin betina itu memang idamkan ketulan batu, sahaja. Mungkin juga penguin betina itu ‘berzina’ dengan jantan lain kerana alasan tertentu, untuk meningkat kutipan genetik yang berbeza dalam kelahiran anaknya.”

Para saintis membuat andaian betapa kerja-kerja pelacuran di kalangan penguin betina mungkin juga satu bentuk berjaga-jaga untuk menjalin hubungan intim dengan jantan lain, sebagai satu bentuk insurans seandainya rakan hidup yang ada menemui kematiannya. Kajian pelacuran di kalangan penguin itu akan diteruskan lagi dan pasukan saintis itu kini merancang satu lagi pengembaraan untuk menyelidik banyak lagi rahsia hidup penguin.

Tamat. (Apakah saintis ini berkongsi maklumat dengan saintis Malaysia yang membuat kajian kaitan angin dan salji dengan banjir di Kota Bharu???)

Terjemahan oleh SPAR

Hits: