KETERBUKAAN MINDA YANG BAGAIMANA WAHAI
RAJA KELENTONG?
Mahathir a/l Mohamed Iscander berbaka Kutty memanglah merupakan seorang Perdana
Menteri yang paling kontroverSIAL dalam sejarah moden negara. Mainan halus
politik jahatnya kini semakin menampakkan rupanya yang amat hodoh sehinggakan
seluruh peringkat rakyat membencinya, samada yang profesional maupun yang
hidupnya sederhana. Hatta kemunculan mukanya di dada akhbar mampu menjatuhkan
jualan untuk hari tersebut. Begitulah dahsyatnya kebencian dan kemajalan rakyat
marhaen dalam menyentuh isu seorang Perdana Menteri – Mahathir si Haprak @
Raja kelentong.
Seringkali akhir-akhir ini beliau menyeru rakyat khususnya penyokong parti
pembangkang supaya membuka minda dalam memahami isu negara. Sambil itu sempat
dimomoknya media akhbar pembangkang sebagai penghasut dan pemfitnah serta bikin
cerita bagaimana minda rakyat yang tertutup dan dipengaruhi pembangkang. Tidak
cukup dengan itu pemimpin barisan Alternatif dijadikannya sebagai beg tinju bagi
dia melepaskan geram dan menyalahkan mereka sebagai punca kerajaan serta
partinya dihindari dan dibenci rakyat terbanyak terutamanya orang-orang Melayu.
Sikap menyalahkan orang memanglah sudah sebati dalam jiwanya.
Tanpa segan silu dia sanggup memainkan dan meniup hasutan perkauman bagi
mewujudkan ketegangan dan menimbulkan kemarahan orang Melayu seperti isu Suqiu
yang hanyalah merupakan Rayuan Pilihanraya yang telah pula diterimanya dengan
baik di Parlimen!! Nasib baiklah orang Melayu sekarang sudah sedar akan tipu
helah dan tak mudah terperangkap oleh sentimen perkauman.
Suatu masa dahulu semasa ia kalah dalam pilihanraya Kota Setar kepada calon PAS
Allahyarham Yusof Rawa pun ditudingnya kepada orang lain sebagai punca.
Walhalnya dia sendiri begitu sebok dengan rakan perniagaan Tionghua sehingga
tidak menghiraukan kebajikan pengundi di konstituensinya.(Ingat tak kisah dia
menyewakan kedai miliknya menjadi sebuah gereja kecil di Alor Setar dahulu!!)
Orang Melayu adalah bangsa yang lemah-lembut dan sangat sopan dengan jiran
tetangganya. Atas kelembutan dan sifat baik inilah makanya negara kita menjadi
suatu masyarakat yang majmuk yang aman dengan menolak kejadian terpencil seperti
13 Mei atau peristiwa kampong Medan. Prinsip hidup Melayu yang kebetulannya pula
Islam amat mudah sekali dan mempercayai kuat akan Qadha’ dan Qadar. Inilah
sikap baik orang Melayu yang telah dieksploit oleh Mahathir siRaja Kelentong.
Tentu sahaja dengan bantuan pemimpin Umno lain yang tiada jauh dan berbeza sifat
mereka.
Apabila minda rakyat terbuka, Umno pun terluka
Bermula dari isu Mufti Selangor dan kemudiannya kes DS Anwar Ibrahim sehinggalah
sekarang, orang Melayu telah melakukan perubahan sikap dan pegangan politik yang
agak drastik. Retorik Mahathir tentang Islam selama ini hanyalah tempelan dalam
melindungi topeng Yahudi dan munafik yang dimilikinya. Belang dan topengnya mula
terdedah dan menghanyir seluruh alam Melayu Nusantara. Kebajingan Mahathir telah
memalukan dan menjatuhkan maruah orang Melayu yang sangat sayangkan Agamanya.
Peristiwa fitnah dan penganiayaan fizikal terhadap Mantan TPM telah meyakinkan
kan lagi rakyat betapa sudah sampai masanya Umno dan kepimpinannya dihumban
serta dikuburkan perjuangan songsangnya. Tingkahlaku Mahathir dan
menteri-menteri jongos yang mewarnai ulasan kes itu dalam akhbar
menimbulkan kebencian yang bukan sedikit dan memberi kesan serius terhadap
kesinambungan parti tersebut.
Keburukan dan kekejian Mahathir terserlah di sepanjang perbicaraan itu.
Pendedahan yang kununnya dikatakan sebagai salahlaku Anwar dalam TV dengan aksi
lucahnya dengan menggunakan jari ( haaa……dari sinilah Adnan Brutal dapat
idea!) sepatutnya meletakkan dia di kandang saksi utama. Namun begitulah rupa
sebenar Mahathir yang dari seorang berhati singa menikus ketakutan sebaik saja
disapina oleh peguam Anwar. Penyalahgunaan kuasanya begitu jelas sehingga
seorang Hakim baka anjing membatalkan pulak sapina itu atas arahan
‘tersembunyi’ dan ugutan dari Mahathir.
Rakyat bangkit dari lena, Umno mula merana dan menggila
Kebangkitan dan kesedaran rakyat memuncak dan akhirnya diterjemahkan dalam
keputusan pilihanraya tahun 1999. Lantas tanpa tangguh Mahathir menggunakan
segala kuasa dan institusi bagi menyekat dan melemahkan arus kebangkitan rakyat.
Sekatan media pembangkang, ugutan polis,gangguan polis dalam ceramah dan
kekerasan lain digunakan. Maharaja berhati Syaitan ini menggunakan seluruhnya
senjata politik samada secara sah mahupun haram bagi mencapai matlamatnya.
Informasi disekat, rakyat disakat –motto Umno
Pembangkang dihalang berceramah dengan menggunakan polis, manakala mereka pula
berleluasa menyalak dalam segala peluang yang ada. Peti TV,akhbar harian,majalah
semuanya menjadi medan mereka menyongsangkan dan merobotkan minda rakyat supaya
mengikut kemahuan mereka. Hasutan, adudomba, fitnah dan segala perlakuan yang
haram di sisi Agama mahupun moral dilakukan oleh si Raja kelentong tanpa ditegur
oleh Syaitan-Syaitan Bisu (pemimpin lulusan Islam dalam Umno) yang leka
berebutan habuan dan saham. Keadaan inilah yang menyebabkan Mahathir berterusan
menjadi penyangak sambil dalam masa yang sama berlakun seolah dianya seorang
penjaga ketuanan Melayu dan negarawan terulung.
Raja Kelentong tak sadar di untung
Si Raja Kelentong ini kesana-sini menjaja buah pemikiran songsang (ditulis
orang) yang sering pula sesat jika menurut neraca Islam. Ketiadaan pemimpin yang
berani menegur dan membetulkan Mahathir dalam Umno menambahkan luka parah yang
dahsyat dalam Umno. Ini melengkapkan penyakit kemungkaran dalam parti itu. Tanya
sajalah apa jenis kejahatan dan dosa yang tidak dibuat dan dibanggakan sesama
pemimpin Umno.Ada yang rasuah, pecah amanah,larikan wang,membela gadis demi
berahi dan bermacam lagi. Rakyat Marhaen tersentak apabila kesemua pekung
kemungkaran yang membarahi Umno itu terdedah dan ini menimbulkan kebencian yang
amat sangat.( Terimakasih kepada Ulamak dalam PAS yang menjadi benteng Islam
dari cerobohan pemimpin Umno!)
Tidak cukup dalam negeri dibawanya pula permasalahan dia ke luar negara dengan
mencerca parti PAS dan gabungan BA di hadapan orang asing di New York!! Apa
punya penyangak yang menghina bangsa sendiri! Tidak pernah lagi pemimpin
terdahulu atau negarawan asing mengheret musuh politiknya yang sah dari segi
undang-undang untuk dicerca kerana itu adalah perbuatan meludah kelangit.
Akhirnya ia akan menimpa ke batang hidungnya yang besar itu!! Memang dia tidak
menggunakan hikmah di sebalik pepatah Melayu itu kerana ia hanyalah si mamak
haprak yang mempunyai sesudu darah Melayu juga.
Apakah menjadi kesalahan bagi orang Melayu yang sedar akan penipuan kerajaan
selama ini lalu berubah dan menebus kembali kesalahan lalu dengan berjuang
bersungguh-sungguh menumbangkan kerajaan Zalim si Raja Kelentong? Apakah salah
untuk rakyat mencari sumber berita alternatif sesudah seharian disogok dengan
propaganda kerajaan yang menyeleweng dan tidak berpijak di bumi nyata? Apakah
tidak patriotik bagi kita berhempas pulas menumbangkan kerajaan yang culas dan
khianat? Seterusnya bukankah Demokrasi membuka ruang berpolitik secara sah bagi
rakyat dalam memilih mana-mana kerajaan yang disukainya? Lagipun kita adalah
warganegara yang mempunyai suara. Rakyat sudah muak dengan politik kain pelikat
dan RM50 seperti yang diamalkan oleh kerajaan Umno. Rakyat mahu kerajaan yang
lebih baik dari itu.
Sebenarnya disebabkan rakyat telah membuka minda lah makanya pemerintahan zalim
UmnoBN dimusuhi dan dibenci. Tiada apa lagi hujah yang mampu menaikkan martabat
mereka yang telah terperosok hina oleh tangan mereka juga. Kalaulah laungan
‘bukalah minda’ oleh Mahathir bertujuan supaya rakyat berterimakasih dan
bersyukur kepadanya, ternyata ia silap untuk sekian kalinya.Rakyat marhaen
ingatkan……….
‘SUDAHLAH..MAHATHIR!!’
Dr Nologareng
Hits: