Antara Ketua Kampung Dan Perdana Menteri

Apalah sangat nak bandingkan jawatan Ketua Kampung dengan post tinggi, gah dan kuasa Perdana Menteri. Memang jarak bezanya sangat jelas seperti antara langit dengan bumi. Tapi bagi maksud memahamkan rakyat di desa-desa atau mereka yang tidak faham-faham tentang ERTI AMANAH DAN TUGAS dari segi tugas atau tanggungjawab kedua jawatan tersebut. Bukan beza tentang status/kedudukan BESAR KECIL jawatan itu.

Orang sekadar melihat akan betapa kecilnya KUASA seorang Ketua Kampung atau pengerusi JKKK atau yang setaraf dengannya. Dan orang atau rakyat melihat akan betapa hebat, besar, gah dan tingginya kemuliaan jawatan PM atau orang yang menjawat jawatan PM itu, sehingga orang terpukau dan terpaku...bahawa seorang PM itu teramat mulianya?, maksum?, tidak pernah buat dosa kepada rakyatnya?, jangan ada siapapun menghina dia, sekalipun dia salah dan memang melakukan banyak kesalahan seperti Dr Mahathir yang digelari PM keempat itu, jangan kritik Mahathir, jangan cuba malukan Mahathir sekalipun dia wajar dimalukan kerana dia sudah hilang rasa malu dan kemaluannya selama 20 tahun menjawat jawatan PM yang dimuliakan rakyat Malaysia. Bukan peribadi Mahathir yang bergelomangan rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dll yang patut dimuliakan. Tapi...tapi nama jawatan PM Malaysia itu selama orang yang menjawat itu benar-benar memiliki sifat kemuliaan dalam kepimpinannya, peribadi dan wataknya.

Penulis lebih melihat seorang Ketua Kampung yang menjadi pemimpin kecil kepada masyarakat kampungnya adalah lebih mulia, selama dia mengenakan sifat-sifat mulia dan kemuliaan dalam pimpinannya. Dia seorang yang amanah, jujur, ikhlas, taqwa, beriman, berilmu, ahli ibadah pula dan dia bukan seorang kaki rasuah, bukan salah guna kuasa, bukan kaki betina, bukan kaki judi, bukan penyokong kejahatan, bukan zalim, bukan gelap mata dengan kuasanya. Berbanding dengan seorang berjawatan PM yang sudah hilang sifat mulia dan kemuliaannya. Kerana beberapa kerja, perbuatannya dan tindakannya selama memegang jawatan besar PM itu. Dengan segala macam amalan dan tindakannya yang bersifat zalim, tidak amanah, tidak telus, kemudian bersifat tamak, gila kuasa, gila nama, gila pangkat, gila mega, gila megah-megah, gila membikin mahligai, mementing diri, anak bini, ipar duai, kroni, mengutamakan orang-orang kaya/korporat/tauke, membazir wang rakyat, membela kroni yang rasuah, kaki maksiat, kaki pukul, apa lagi...yang anda teringat mengenai sifat buruk seorang PM yang akan menghilangkan harga diri dan kemuliaannya.

Seorang PM Belum Tentu Mulia Dari Seorang Ketua Kampung

Kemuliaan seseorang bukan terletak atau bergantung kepada jawatan/pangkat/kuasa yang dipegangnya. Kemuliaan sebenar ialah apabila seseorang itu memiliki sifat-sifat terpuji. Dalam al-Qur'an disebutkan bahawa "sesungguhnya semulia-mulia dikalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" (Surah Al-Hujurat: 13).

Sifat taqwa adalah sifat tertinggi kemuliaan yang menjadi milik orang-orang mukmin. Seorang yang beriman akan nampak lebih mulia kerana sifat taqwanya. Begitulah seorang Ketua Kampung atau PM mereka tidak akan menjadi mulia atau bertambah kemuliaannya kerana jawatannya. Tidak mustahil seorang Ketua Kampung atau PM akan jatuh hina kerana kepimpinan mereka yang buruk. Maka marilah kita bezakan antara jawatan milik seseorang dengan sifat kemuliaan.

Sifat mulia dan kemuliaan akan terhias pada diri semua orang, hatta pada seorang miskin di desa terpencil sekalipun dengan rumah usangnya, walaupun dia bukan kumpulan orang besar, berpangkat dan berjawatan tinggi seperti PM, kerana sifat mulianya dia tetap tergolong mulia kerana sifat-sifat mulia yang ada pada dirinya seperti amanah, jujur, ikhlas, taqwa, sabar, beramal soleh, berbuat baik, tidak bersekongkol dengan kejahatan, kezaliman dan lain-lain sifat jahat. Sekalipun orang itu berjawatan tinggi, berkuasa dan sebagainya contohnya dia adalah PM, tapi disebabkan sifat-sifat buruknya kerana jahatnya, zalimnya, rasuahnya, gila dunianya dan lain-lain keburukan yang bersarang dalam dirinya sebagai PM atau Raja sekalipun, akhirnya dia akan dipandang hina, tidak mulia dan jatuh darjat di sisi Allah Ta'ala dan dihadapan manusia.

Akhirnya, janganlah anda pandang pada fizikal, pangkat dan kedudukan seseorang. Tetapi pandanglah kemuliaan orang kerana sifat-sifat mulia lagi terpuji yang menghiasi diri, percakapan, pemikiran dan tindakan kepimpinannya.

KALAU KETUA KAMPUNG ITU AMANAH DIALAH LEBIH MULIA KALAU PM ITU TIDAK AMANAH DIALAH PM PALING TIDAK MULIA @ HINA KALAU KETUA KAMPUNG ITU KAKI RASUAH DIALAH JUGA TIDAK MULIA KALAU PM ITU ZALIM, JAHAT, SALAHGUNA KUASA DLL DIA PULA PM PALING TIDAK DIMULIAKAN... BEGITULAH BAB-BAB LAINNYA.... SUDAH LAMA KITA BELAJAR ISLAM, SUDAH LAMA JUGA KITA DITERMERDEKAKAN MASUK KE 45 TAHUN...KENAPA MASIH TIDAK PANDAI MENILAI MANA INTAN MANA KACA, MANA YANG BAIK MANA YANG JAHAT, MANA YANG AMANAH MANA YANG KHIANAT, MANA YANG BENAR MANA YANG PEMBOHONG/AUTA...MANA...MANA...APANAMAAAA...............................

Ibn Sabah, 
22.3.2002M.

Hits: