BARUA
Antara pengucap dan pelakunya.
Barua adalah satu perkataan Melayu yang kasar dan kesat maknanya. Akan tetapi
kadangkala ia menjadi gelaran yang menghiburkan dan diguna meluas untuk bergurau
sesama rakan yang rapat terutama di kalangan remaja. Ia membawa erti sebagai
orang suruhan yang bahlol, lurus bendul dan lagi mengampu pula sifatnya.
Ianya adalah bahasa yang meluas digunakan dalam masyarakat mengikut maksud dan
tujuan pengucapannya yang tersendiri. Kelompok remaja akan bergelak ketawa
sehingga merah muka apabila perkataan itu ditujukan kepadanya. Kadang-kadang
tanpa alasan tersirat pun ia menjadi bahasa lelucon yang popular digunakan. Di
Utara dan Pantai Timur penggunaannya luas asal mencapai maksud dan difahami pula
oleh penerimanya sehinggakan tidak timbul adegan menyinsing lengan.
Penggunaannya tidak terhad, malah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Pelajar,
guru, pemimpin, orang kampong, orang bandar atau juga kelompok Agama. Memang lah
ia perkataan yang tak elok, akan tetapi jika ia ditujukan secara serius
bermaknanya si polan yang dituju itu adalah seorang yang juga tidak elok sifatnya.
Kalau kita melihat seekor anjing, tentulah anjing yang kita panggilkan dia. Tak
kan pula kita nak gelar ‘kucing’. Adalah melucukan pula atau zalim jika kita
panggil lembu. Udah memang anjing zahir dan perwatakannya, maka anjinglah
panggilan yang diberi.
Barua pula adalah kata sifat untuk pelakunya. Jika pelakunya bersifat sedemikian,
takkan salah jika dipanggil demikian sedangkan itulah kejiwaan dan tingkah lakunya. Apakah kita nak panggil dia Tok Guru kerana perlakuannya yang
menjadi suruhan lagi pembodek. Itulah bukti kayanya bahasa kita. Tok Guru pula
ialah gelaran yang tinggi maksud dan nilainya. Tidak semua ulama dipanggil
demikian. Apatah lagi jika dinisbahkan kepada Juhalak Ugama seperti Mahathir,
jauh panggang dari api.
Hari ini(23/3/2002) dalam Utusan Malaysia ada penulis bernama Hamzah Sidek (entah-entah
arahan ZAM tak?!!) yang mengatakan bahawa Mahathir @ Raja Kelentong sebagai
berdakwah dalam program ‘makan anginnya’ ke seluruh dunia. Dia mendewa-dewa
dan membesarkan Mahathir kununnya Mahathir sendiri mungkin tidak sedar akan
tugas mulianya itu?? Pada suatu perenggan yang lain dia mengatakan
Mahathir kini dikenali sebagai pejuang keadilan globalisasi. Kita hampir rasa
nak termuntah dan gelihati akan penulisan itu. Ini juga adalah contoh
kerja-kerja BARUA dalam akhbar seolah-olah rakyat ini tidak tahu mana intan mana
permata. Mereka cuba terus merobot dan memutarbelitkan otak rakyat. Apakah hujah
yang nak diguna bagi mengatakan lawatan yang membazirkan wang rakyat itu sebagai
berdakwah?
Dakwah adalah tugas murni yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang menurut
keupayaannya. Cara dan kaedah juga adalah berbeza mengikut sasaran dan suasana.
Ada ketika kita lembutkan bahasa dan dihidangkan cerita-cerita yang mengasyikkan
bagi menambah semangat berbuat baik sesama makhluk. Biasanya ia adalah
cerita-cerita syurga dan berkaitannya. Manakala cerita khabar menakutkan pula
bagi mengelak manusia dari membuat kejahatan. Cerita itu semua adalah
perkhabaran ghaib dari Allah melalui kitab dan Hadis Rasul (saw). Akan tetapi
ada seorang yang digelar ‘pemimpin pendakwah’ @ Raja Kelentong pernah
mempertikaikan hal dosa pahala dengan mengatakan secara sedar (tanpa pengaruh
alkohol) bahawa siapa tahu dia berdosa kah berpahala, kerana orang yang mati tak
pernah hidup semula dan memberitahu orang yang masih hidup!! Di mana pendirian
Islamnya sehingga mampu mencipta fitnah ke atas Anwar tetapi takut menikus
apabila disapina?? Mungkin Hamid Barua boleh jelaskan..!!
Rakyat kini sudah melampaui era ‘ampun tuanku beribu-ribu ampun’. Kuasa kini
bukan lagi pada Raja dan Sultan. Kesemuanya telah berpindah kepada Maharajah
baka Kutty @Raja Penyangak. Cerita bagaimana tiadanya majlis rasmi kepada Isteri
Almarhum Agung Salahuddin adalah bukti Mahathir memperlekehkan kebudayaan dan
adat Istiadat Istana.
Dahulu yang menjadi dongeng kini sudah pun menjadi berita benar. Manakala yang
dahulunya benar sudah bertukar dongeng pula. Dewan Parlimen dahulunya adalah
tempat di mana perbahasan penting berlaku bagi membincangkan sesuatu projek
peringkat nasional dan untuk kepentingan rakyat. Perdana Menteri dahulu seperti
Tun Abdul Razak dan Hussein Onn menghadirkan diri dalam setiap persidangan bagi
membahas dan menjawab persoalan pentadbirannya. Setiap isu diperdebatkan dan
diperhalusi demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.
Kini keadaan jauh berubah dengan ketua negara @ Raja Kelentong kerap pula
menghilangkan dari demi mengelak dari terjahan soalan yang mampu memerahkan
hidung besarnya itu. Sikapnya yang memperlekehkan Parlimen bertitik tolak pula
dari peranan Dewan yang telah dikembirikannya. Segala perancangan negara bukan
lagi hasil dari Parlimen melainkan dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pula.
Yang anehnya kesemuanya itu merugikan orang Melayu secara umum. Yang kaya
bertambah kaya dan miskin papa kedana. Dengan penguasaan 2/3 Dewan itu
membolehkan Mahathir berangkara dan mengkhianati rakyat dengan alasan ‘Demi
kepentingan negara’.
Kejayaannya yang besar pula apabila berjaya meletakkan Pak Angguk dan para Barua
sebagai wakil yang bukannya lagi mewakili rakyat, akan tetapi wakil bagi pihaknya!! Mereka ini hanya tidur dan menepuk meja dewan sahaja tugasnya semasa
persidangan berjalan. Jika diteliti laporan hansard Parlimen mahu kita ketawa
dibuatnya. Wakil pihak kerajaan menjadi pakar benang basah dan pakar kuntau
lidah seperti mana juga ketua mereka si Raja Kelentong. Bagai tong kosong yang
mengeluarkan bunyi- tiada isi!!
Apabila menonjolkan diri sebagai barua…BARUA lah anda!!
Kehebohan media yang sering memutarkan minda Melayu ini timbul apabila dikatakan
bahawa Nik Aziz telah melemparkan kata-kata nista itu terhadap Brigadier(B)
Hamid Zainal Abidin. Siapakah Hamid ini? Dahulunya beliau adalah Pengarah Pusat
Islam Malaysia (baca: Mahathir) yang telah menggemparkan negara dengan kejadian
‘koir Booo’ oleh jemaah dalam khutbah Jumaat sehari sebelum Pilihan raya tahun 1999. Khutbah adalah tugas Imam dan Khatib yang telah digilirkan secara
mingguannya. Kenapa pula dia menyebok untuk menyampaikan khutbah? Itulah peranan
pentingnya dalam menjadi barua untuk menghalalkan dan menyolek imej Mahathir
sehingga ke dalam khutbah.
Siaran secara langsung itu telah menggemparkan negara dan menjadikan dia
terkenal dan memperolehi nikmat dari Mahathir sebagai Menteri dan segala
keistimewaannya. Spontan rakyat menggelar dia barua. Semua peringkat rakyat yang
menyedari penyalahgunaan kuasa mereka menggelar ia sebagai barua kerajaan. Tidak
boleh ia bercakap politik dengan jelas dan terang-terangan kerana ia ketika itu
adalah kakitangan kerajaan yang tidak boleh terlibat dalam politik. Tetapi
seorang barua tidak akan nampak semua itu!!
Sekali lagi dalam Pilihan raya kecil Indera Kayangan beliau telah menonjolkan
sikap baruanya itu. Pada suatu sembahyang Jumaat yang dihadiri Abdullah Badawi
dan Tok Guru Nik Aziz beliau sekali lagi naik mimbar membaca khutbah dengan
memperlekehkan Imam dan ahli qariah tersebut. Nasib baik tidak diboo orang lagi.
Namun khutbahnya menimbulkan rasa tidak senang di hati jemaah.
Jika kaca mata rakyat biasa yang kurang pengetahuan Agama pun nampak akan sikap
hodoh Hamid ini, sudah tentu neraca yang digunakan Ulama dan TG Nik Aziz lebih
tepat dan jitu sesuai dengan pengetahuannya. Bukankah ungkapan ‘Shaitan
Bisu’ telah menjadi sinonim dengan mereka? Mana lebih dahsyat antara Syaitan
Bisu dengan Barua?? Fikirkanlah..
Sebenarnya bukan Hamid ini seorang sahaja yang menjadi barua kepada Mahathir,
senarainya menjadi terlalu panjang sama ada ahli politik mahupun kakitangan kerajaan. Mana-mana individu yang melakukan
gerak kerja yang menyalahi perlembagaan
dan prinsip Rukun Negara dan tunduk sujud pula kepada kehendak Mahathir, mana
ada gelaran yang lebih layak buat mereka. BARUA adalah sebaik dan semulia
bahasanya untuk mereka.
Terimakasih Tok Guru atas pendekatan dakwah anda….
Dr Nologareng
Hits: